Nahdi duduk berehat di masjid Nabawi. Beberapa hari lagi dia akan bergerak ke Turki. Hatinya sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Eva.
Suasana petang itu cukup mendamaikan hatinya. Dia sedang menunggu azan maghrib berkumandang. Tambah pula, hotelnya berada di sekitar itu sahaja.
Selesai menunaikan solat maghrib dan isyak, Nahdi berdiri untuk pulang ke hotelnya. Dia berjalan terus ke pintu keluar. Di situ dia melihat ramai pasangan yang menunggu pasangan mereka yang baru selesai solat. Bibirnya diukir senyum. Ada seorang pakcik arab menceritakan bahawa pintu pagar 338 itu adalah pertemuan suami isteri selepas mereka selesai solat.
Nahdi tersenyum sendiri. Terasa rindu di hatinya yang semakin menebal buat Eva. Sudah berbulan lamanya dia menanti isterinya untuk pulih dan kembali pada dirinya.
Tiba-tiba angin pada malam itu terasa sejuk. Nahdi memandang ke arah dada langit yang gelap. Tiada bintang pada malam itu.
Apabila dia menoleh ke belakang, tubuhnya terus pegun di situ. Orang yang lalu lalang juga memandang pelik ke arah Nahdi. Nahdi terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Air matanya lantas mengalir perlahan ke pipi.
Dia melihat seorang wanita yang memakai jubah hitam dan selendang labuh bewarna hitam sedang memandang ke arahnya. Wanita itu juga mengalirkan air matanya sama seperti Nahdi.
"Ayang?" Soal Nahdi dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Eva.
Apabila jarak mereka sudah dekat, tubuh Eva lantas didakapnya. Lama dia merasakan kehangatan tubuh itu. Dia terkejut dengan kehadiran Eva di situ.
"Assalamualaikum abang" ucap Eva dengan nada sebak.
Nahdi terus meleraikan pelukan dan menatap lama wajah Eva. Hatinya seperti mahu berteriak kerana terkejut dengan kehadiran Eva di depan matanya. Air matanya tidak henti mengalir.
"Waalaikumussalam ayangku. Betul ke ni isteri saya?" Soalnya dengan nada tidak sangka.
"Alhamdulillah. Berkat doa abang. Saya dapat ke sini" jawab Eva dengan air mata yang deras.
"Terima kasih ya Allah. Terima kasih" ucap Nahdi berulang kembali. Mereka berdua hanya menangis antara satu sama lain. Orang yang lalu lalang juga hanya tersenyum melihat pertemuan suami isteri itu.
⚓
"Apa yang berlaku? Mama cakap yang ayang masih belum sedarkan diri?" Soal Nahdi dan memegang lembut tangan Eva.
Mereka sudah kembali ke hotel milik Nahdi. Nahdi mahu meluangkan masa dengan Eva tanpa dipandang pelik oleh orang yang lalu lalang.
"Saya dah sedar sejak bulan lepas. Dr dah sahkan yang tubuh saya dah bebas kanser. Dan alhamdulillah, tumor tu berjaya dikeluarkan. Mama cuma nak uji abang je. Maaf ya Nahdi. Mesti awak susah hati" jelas Eva dengan nada bersalah.
Dia mahu kembali ke Malaysia pada awal bulan itu tetapi Puan Elainor memberitahu yang Nahdi sudah membeli tiket untuk ke Turki. Disebabkan itu dia mahu menunggu Nahdi di sana sahaja.
"Ya Allah. Terima kasih kerana kembalikan isteriku. Aku bersyukur sangat" ucap Nahdi dan terus memeluk tubuh Eva.
Eva juga tersenyum kerana senang dipeluk oleh Nahdi. Kehangatan tubuh yang cukup dirindukan olehnya. Nahdi mengucap berulang kali perkataan alhamdulillah. Dia dapat merasakan tubuh Eva yang sudah semakin sihat. Malah Eva juga tidak kurus seperti kali terakhir mereka berpisah.
"Kenapa abang buat umrah seorang diri?"
"Sebab saya nak tenangkan diri saya. Saya nak doakan kesihatan ayang. Tak sangka rupanya isteri saya ni dah sembuh dari sakit" ucap Nahdi dan mengusap lembut pipi Eva.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...