Nahdi menolak kerusi roda Eva ke ruangan rehat di hospital itu. Tahap kesihatan Eva sedikit membaik apabila Eva menjalani kemoterapi. Tarikh pembedahan Eva juga sudah dipilih oleh Puan Elainor.
"Nahdi. Saya nak tengok muka awak" rayu Eva apabila mereka berada di ruangan rehat itu.
Nahdi terus berhenti menolak dan bergerak ke arah depan. Badannya direndahkan bagi menyamai paras Eva.
"Ye ayang. Kenapa?" Soalnya lembut. Tangan Eva dielus lembut.
"Saya nak tatap wajah awak puas-puas. Nanti saya rindu macam mana?" Ucap Eva dan tersenyum tipis.
"Tenunglah wajah saya sehingga awak puas. Saya akan sentiasa ada dalam fikiran dan hati awak. Saya tak kan tinggalkan awak" luah Nahdi dan membawa tangan Eva ke wajahnya.
"Terima kasih sebab ada dengan saya. Terima kasih sebab sudi jadi suami saya. Maaf kalau saya masukkan awak dalam masalah saya" air matanya mula bergenang.
"Itulah nilai kesetiaan saya buat awak. Awak hadir secara tiba-tiba dalam hidup saya. Dan awak berjaya taut hati saya. MasyaAllah. Keindahan dan kasih sayang ini adalah hanya untuk awak. Keikhlasan hati saya hanya untuk awak seorang" tutur Nahdi dan mencium lembut tangan Eva.
"Saya doakan supaya suami saya sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah. Saya yakin dia akan berjaya suatu hari nanti. Awak adalah seseorang yang cukup hebat di mata saya. Sentiasa sabar dengan sikap saya dan mampu melindungi negara kita. SubhanaAllah. Bertuahnya saya dapat miliki awak sebagai suami saya" kali ini tangan Eva pula yang mengelus rambut Nahdi.
Nahdi tersenyum saat mendengar kata-kata Eva. Dia sudah bersetuju dengan rancangan Puan Elainor. Jika itu yang terbaik untuk tahap kesihatan Eva, dia redha. Malah Eva juga mahu kembali pulih demi berada di sisinya. Dia juga tidak sanggup melihat Eva berada dalam keadaan sakit.
Malah takdir juga seolah mahu memisahkan mereka buat seketika. Nahdi dipanggil bertugas semula di Sarawak. Kegawatan yang berlaku di sana memerlukan kekuatan Nahdi. Seberapa lama Nahdi di sana, tidak dapat dipastikan.
Tangan Eva digenggam dengan lembut. Kucupan dihadiahkan pada tangan putih bersih itu. Cincin di jari manis dielus dengan penuh kasih.
"Saya akan ada dengan awak sampai hujung nyawa saya" tuturnya dengan mata yang berair.
"Dapat awak sebagai suami saya pun dah cukup membahagiakan saya. Terima kasih" balas Eva dengan mata yang tampak berair. Hanya menanti air itu tumpah sahaja.
"Percaya pada kuasa Allah. Kita akan bahagia untuk selamanya. Saya cuma nak awak sorang je yang jadi kawan gaduh saya. Bukan orang lain"
Kali ini air mata jantannya dulu yang jatuh. Bibirnya juga sudah terketar-ketar kerana menahan sebak. Dia tidak mahu berjauhan dengan Eva. Tetapi semuanya perlu untuk merasai nikmat bahagia itu kelak.
"Sentiasa doakan saya ya. Saya akan kembali sembuh dan dakap awak semula. Janji dengan saya yang awak akan berlari bila jumpa saya dalam keadaan saya dah sihat" ucap Eva dan menghulurkan jari kelingkingnya.
"Bukan ayang tak suka dengan janji ke?" Soal Nahdi dan tersemyum.
"Jika janji itu dibuat dengan awak, saya akan senang hati. Sebab saya tahu, suami saya pasti akan penuhi segala janji yang dia buat dengan saya" balas Eva dengan mata berkaca.
"Okay ayang. Saya janji akan dakap awak bila awak dah sembuh. Percaya yang Allah akan bantu ayang untuk sembuh. Kuat okay macam pertama kali saya jumpa awak"
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...