BAB 9 ⚓

5.8K 336 20
                                    

Situasi di pangkalan TLDM menjadi muram. Berita tentang kematian Munir telah diketahui oleh semua. Kepten Fozi sudah mengarahkan supaya pengebumian dilaksanakan dengan segera.

Anggota yang lain juga merasa sedih dengan kehilangan itu. Terutama sekali Keith. Munir itulah sahabat karibnya. Tetapi mereka semua sedar dengan tugas berat yang mereka bawa. Nyawa mereka boleh hilang bila-bila masa sahaja.

Selepas selesai memberi tabik terakhir, Nahdi terus berlalu pergi. Dia hanya meminta Aizat untuk menggantikan tempatnya.

Dia masih perlu menyelesaikan misi itu. Walaupun sudah ramai geng lanun yang tumpas, mereka masih tidak menjumpai dalang di sebalik semua yang berlaku itu. Rata-rata yang mati hanyalah anak buah.

Kereta yang dipandu oleh Nahdi bergerak masuk ke dalam kawasan kawalan anggota Hanbali. Topi dipakai di atas kepala. Beberapa anggota yang bertugas sebagai pengawal hanya menundukkan kepala ke arah Nahdi.

Hanbali yang sedang menyemak beberapa laporan berkalih ke arah pintu apabila pintu itu dibuka dari luar. Dia terus meminta Nahdi untuk duduk di kerusi.

"Kau okay?" Soal Hanbali.

"Alhamdulillah. Aku okay. Terima kasih sebab selamatkan nyawa aku dan anggota aku yang lain" ucap Nahdi.

"Semuanya berkat Eva. Dia dapat rasa akan ada yang menanti di bahagian jeti" jelas Hanbali.

Nahdi yang mendengar hanya mengangguk perlahan. Dia juga tidak sangka Eva yang melepaskan tembakan kepada 3 orang lelaki itu.

"Jadi sekarang kau dah dapat kesan ke ketua dia orang dekat mana? Kepten Fozi beritahu aku yang anggota dia dapat kesan ada sebuah markas dekat perairan timur Sabah" jelas Nahdi.

"Buat masa sekarang, anggota aku dapat kesan sebuah bangunan dekat area tengah. Eva dah pergi untuk lihat bangunan tu. Kita hanya perlu tunggu laporan daripada dia" jelas Hanbali.

"Dia pergi seorang?" Soal Nahdi. Inginkan kepastian.

"Jangan pandang rendah dekat Eva. Kalau dia lemah, dia takkan jadi Inspektor" Hanbali berdiri dan mengambil telefonnya di atas rak.

Nahdi hanya tersenyum sesaat. Dia sedar semua itu. Kebolehan Eva juga bukannya biasa-biasa. Jika Eva itu lemah, mustahil gadis itu dapat masuk ke dalam Unit Tindakan Khas itu.

"Sekarang aku cuma minta kau uruskan markas dekat bahagian kau. Aku dengan Eva akan uruskan markas dekat sini" ucap Hanbali.

"Okay. Aku faham"

Nahdi lantas mengambil beberapa maklumat berkaitan dengan geng lanun yang masih tersisa. Mereka akan sedaya upaya untuk membanteras mereka semua selagi ada. Malah kawalan di bahagian sempadan negara juga sudah diperketatkan lagi.

Eva berjalan dengan keadaan biasa. Lagaknya seperti pelancong di situ. Tambah pula dia hanya melepaskan rambutnya melepasi bahu.

Bibirnya terus mengukir senyum apabila orang yang dicari berselisih dengannya. Tanpa sesiapa perasan, dia mengubah jalannya supaya berada di belakang orang tersebut.

"Kenapa kau lambat" marah rakannya apabila lelaki itu sampai di sebuah bangunan lama.

"Aku lapar" balas lelaki itu tanpa rasa bersalah.

"Ah tak de. Makanan tu untuk bos. Kau pergi jaga dekat luar" marah lelaki itu.

"Aduh. Aku lapar la gila. Bagi la aku makan sikit" bentaknya kasar.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now