Eva melepaskan sahaja rambutnya melepasi bahu. Cukup jarang dia membiarkan rambutnya tidak diikat. Tetapi selepas Nahdi memberitahunya yang mereka akan ke rumah Pak Lang, Eva terpaksa bersiap.
"Aku takut lah. Macam mana kalau Aunty kau tanya soalan pelik-pelik?" Eva sudah cuak apabila mereka berdua berjalan ke rumah Pak Lang.
"Tak payah nak takut. Mak Lang sejenis yang ramah. Dia okay je nanti" lembut sahaja Nahdi menyakinkan Eva.
Eva hanya mengigit bibirnya kerana berasa resah. Jujur hatinya rasa tidak sedap. Saat Nahdi memberi salam, Eva sudah gelabah. Dia risau pandangan Mak Lang padanya yang tidak memakai tudung.
"Waalaikumussalam. Nahdi. Mari lah masuk" pelawa Mak Lang sambi memandang ke arah Eva.
Eva hanya tersenyum malu. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Hatinya benar-benar terasa mahu meletup.
"Jom masuk dulu. Dekat luar panas" bisik Nahdi.
Mereka berdua langsung masuk ke dalam. Mak Lang masih memandang ke arah Eva walaupun tangannya menuang air ke dalam gelas.
"Pak Lang mana Mak Lang?" Soal Nahdi.
"Pak Lang kamu dah pergi kerja. Ini siapa Nahdi?" Mak Lang langsung duduk di sebelah Eva. Eva mula berasa resah.
"Kenalkan Mak Lang. Bakal isteri Nahdi" ucap Nahdi dengan senyuman lebar.
"Huh? Bakal isteri? Cantiknya Nahdi. Orang mana ni" jerit Mak Lang kerana terkejut.
Eva juga terkejut dengan teriakan Mak Lang. Seolah-olah dirinya hantu pula.
"Dia orang KL juga Mak Lang. Nama dia Eva" tambah Nahdi.
"Nama saya Eva Alilah, Mak Lang. Selamat berkenalan" ucap Eva dengan ramah.
Nahdi yang mendengar nama penuh Eva terus tersenyum. Sedap nama gadis itu rupanya.
"Awww. Nama Mak Lang. Julia. Tapi kamu panggil Mak Lang je. Mak Lang ni mak saudara pada Nahdi. Belah ayah dia. Dah lama ke bercinta?" Soal Mak Lang.
Eva sudah terkedu. Dia manalah tahu nak berbohong macam mana. Eva terus memandang ke arah Nahdi. Meminta pertolongan.
"Kita orang bercinta tak lama pun Mak Lang. Nahdi tak nak bercinta lama-lama kalau penghujungnya tak pasti kan. Jadi Nahdi nak bernikah terus" jelas Nahdi.
Eva yang mendengar kata-kata Nahdi seolah faham. Beberapa hari lepas juga dia bertembung dengan Nahdi selepas lelaki itu putus cinta. Pasti disebabkan kekecewaan, Nahdi memilih untuk bernikah terus. Tetapi kenapa perlu dirinya. Jerit Eva di dalam hati.
"Betul lah tu. Eva ni ada kacukan ke? Nampak macam orang luar negara. Tak macam orang Melayu" puji Mak Lang dalam sedar tak sedar.
"Aah Mak Lang. Mak saya orang Turki. Tapi ayah saya orang Malaysia. Melayu dan Islam" jelas Eva.
Nahdi yang mendengar juga tersentak. Wajarlah wajah Eva lebih ke arah sana. Pada mulanya dia fikirkan bagaimana Eva boleh masuk ke dalam unit UTK jika bukan warganegara Malaysia. Rupanya ayah Eva adalah orang Malaysia.
"Padanlah cantik macam mat salleh. Jadi Nahdi, dah beritahu Umi kamu belum?" Soal Mak Lang lagi.
"Belum lagi Mak Lang. Balik ni, nak beritahu terus"
"Baguslah macam tu. Nanti beritahu Mak Lang bila tarikh nikah. Mak Lang nak juga datang" tutur Mak Lang dengan semangat.
"InsyaAllah Mak Lang"
Eva berasa sedikit lega dengan penerimaan Mak Lang. Dia suka cara Mak Lang yang tidak terus menghakiminya malah melayannya dengan begitu baik. Tiba-tiba dia berasa sebak kerana teringat pada mamanya. Sudah lama dia tidak berbual dengan mamanya kerana sibuk dengan kerja.
⚓
Puan Ain tersentak apabila cawan yang dipegang jatuh menyembah lantai. Habis pecah cawan tersebut. Malah jarinya juga terluka kerana terkena serpihan cawan itu.
"Ya Allah Ain. Macam mana boleh pecah?" Muncul Tuan Zamir dengan wajah yang risau.
"Mungkin saya mengantuk sangat. Kita kan baru sampai. Penat sangat sampai termamai tadi. Tu yang terlepas daripada tangan" ucap Puan Ain.
Tuan Zamir langsung mengambil penyapu dan penyodok. Disapu dan dibuang dengan pantas setiap serpihan cawan yang ada.
"Kamu pergilah rehat. Nanti sakit kepala kamu datang" pesan Tuan Zamir.
Risau dia melihat isterinya itu. Terlalu kuat bekerja. Mereka juga baru sahaja tiba dari Negeri Sembilan. Puan Ain hanya mengangguk dan berjalan masuk ke biliknya.
Ketukan di pintu membuatkan Tuan Zamir bergerak ke depan semula. Saat membuka pintu rumah, tiada sesiapa pun di situ. Perasan takut mula menjelma dalam diri Tuan Zamir.
Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya tersentuh sesuatu di bawah. Matanya terus terarah ke arah sebuah sampul. Dia juga sempat memerhati kawasan sekeliling. Mahu melihat jika masih ada si pemberi. Tetapi sunyi.
Selepas pintu rumah dikunci, Tuan Zamir duduk di kerusinya sambil membelek sampul tersebut. Hatinya mula berasa tidak sedap.
"Astagfirullahalazim" ucapnya saat melihat isi sampul tersebut.
Tangannya terus mengurut kepala apabila melihat gambar Nahdi yang tidak berbaju bersama dengan seorang perempuan yang sedang berkemban. Dia hanya mampu mengucap ketika itu. Mujurlah Puan Ain sudah masuk ke bilik, jika tidak pasti kemarahan Puan Ain memuncak.
Gambar itu segera dimasukkan semula ke dalam sampul. Dia perlu menanti Nahdi untuk pulang ke rumah dahulu. Dia mahu mendengar sendiri daripada Nahdi. Adakah semua itu benar atau tidak. Dirinya juga kecewa dengan gambar tersebut.
⚓
"Aku doakan urusan kau dengan Nahdi dipermudahkan" ucap Sarah apabila melihat Eva mengemas bajunya.
Eva yang sedang memasukkan bajunya ke dalam beg terus berhenti. Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir sendiri.
"Eh. Jangan nangis Eva. Aku percaya yang Nahdi akan jaga kau baik-baik. Kau untung sebab orang tu Nahdi. Kalau lelaki lain, mesti dia orang akan lari" pesan Sarah sambil memeluk Eva.
"Macam mana kalau dia pun sama dengan papa aku. Aku takut Sarah. Aku tak nak kahwin. Kau tahu kan prinsip aku" ucap Eva dengan nada sedikit marah.
"Aku tahu semua tu. Tapi bila takdir kau berpusing macam ni, kau kena redha. Kau kena ikhlas. Kalau kau lemah macam ni, lebih mudah nenek kebayan tu nak hapuskan kau. Ingat janji kau dengan mama kau" pujuk Sarah lagi.
"Aku kenal Nahdi tu macam mana. Dia lelaki yang baik. Trust me Eva. Aku yakin kau akan bahagia dengan dia" bersungguh Sarah menyakinkan Eva.
Eva hanya menangis semahu-mahunya di bahu Sarah. Hanya di depan Sarah sahaja dia menayangkan air matanya. Jika orang lain, pasti dia akan bersikap kuat dan seolah tidak menjadi masalah padanya.
"Kalau satu hari nanti, Nahdi buat benda buruk dekat kau. Kau beritahu aku. Aku akan bawa kau lari daripada Nahdi"
Eva yang mendengar ayat Sarah tersenyum sedikit. Dia tahu Sarah benar-benar maksudkan semua itu. Sarah jika gila, memang dia akan gila.
"Doakan urusan aku dipermudahkan" tutur Eva dengan senyuman hambar.
"Sentiasa sahabat. Aku yakin kau mampu tempuh semua ni. Aku doakan supaya kau bahagia dengan Nahdi"
Mereka berpelukan buat kali kedua. Kali ini, Sarah juga mengalirkan air mata. Dia berasa sedih dengan ujian sahabatnya itu. Terlalu besar dan berat.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
Lãng mạnPertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...