Puan Ain memandang lama ke arah Nahdi dan Eva yang baru sahaja tiba petang tadi. Hatinya tiba-tiba berasa kurang senang. Tambah pula Nahdi membawa pulang seorang perempuan yang tidak dikenali olehnya.
"Kita tunggu abah kamu turun" ucap Puan Ain.
Nada dingin daripada Puan Ain dapat dirasakan oleh Eva. Malah pandangan Puan Ain kepada Eva juga tidak semesra pandangan Mak Lang. Nahdi beberapa kali tersenyum ke arah Eva. Dia tidak mahu gadis itu berasa cangung di sisinya.
Beberapa minit kemudian, barulah Tuan Zamir turun dari biliknya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat asar. Saat memandang ke arah Eva di sebelah Nahdi, wajahnya berubah seratus peratus. Dia terkejut melihat gadis itu di situ. Sama dengan gambar yang diterimanya kelmarin.
"Siapa ni?" Soal Tuan Zamir. Dia cuba untuk beriak biasa.
"Saya pun tak tahu abang. Along tiba-tiba bawa petang ni" jawab Puan Ain dan menjeling ke arah Nahdi.
"Maaf Umi, Abah sebab tak beritahu tentang perkara ni. Sebenarnya ini kekasih baru Along" ucap Nahdi dengan penuh sopan.
Puan Ain nyata terkejut dengan pengakuan Nahdi itu. Malah wajahnya juga jelas nampak yang dia terkejut. Tuan Zamir masih berlagak biasa walaupun hatinya dipalu hebat.
"Macam mana Along boleh ada kekasih baru dalam masa seminggu Along balik sini? Beritahu Umi dengan jujur Along!! Kamu ada bohong apa-apa ke dengan Umi" tutur Puan Ain dengan kuat.
Tuan Zamir juga terkejut dengan perubahan sikap Puan Ain. Eva sudah mengigil kerana ketakutan. Tetapi Nahdi masih berada dalam fasa tenang.
"Betul Umi. Hati Along dah diambil oleh dia dan Along cintakan dia" luah Nahdi.
Eva terkaku. Dia merasakan ucapan Nahdi saat itu benar-benar untuknya. Terasa keikhlasan di balik ayat itu.
"Nahdi Sayf ! Jangan bohong dengan Umi. Umi tahu kamu masih belum move on daripada Bella!!" Bentak Puan Ain dengan kuat.
"Ain. Sabar. Jangan bentak macam tu" tegur Tuan Zamir.
Dia terkejut melihat Puan Ain yang berubah garang. Dia dengan jelas dapat melihat isterinya benar-benar terluka.
Eva yang mendengar nama Bella disebut lantas tersedar. Dia hampir terlupa bahawa lelaki di sebelahnya baru sahaja putus dengan teman wanitanya. Lelaki itu masih terluka di hati.
Bella.
Ungkap Eva di dalam hati. Tiba-tiba dia berasa sedikit sedih dengan nama itu disebut.
"Maafkan Along, Umi. Along buat keputusan untuk bernikah dengan Eva. Along perlu jaga maruah dan air muka dia. Begitu juga dengan Along. Along minta maaf Abah. Along tak berjaya jadi anak yang baik" kata Nahdi dan melutut di hadapan Puan Ain dan Tuan Zamir.
Puan Ain yang mendengar kata-kata Nahdi lantas mengalirkan air mata. Pedihnya hati seorang ibu saat anaknya berkata seperti itu.
"Apa yang Along dah buat? Jujur dengan Abah dan Umi" ucap Tuan Zamir walaupun dia sudah tahu semuanya.
"Kami berdua ditangkap khalwat dekat Pulau Pangkor. Semuanya salah Along. Along tersilap bilik dan orang masjid datang tangkap kita orang. Along minta maaf sebab jadi anak yang tak baik. Along akan bertangungjawab untuk semuanya. Umi jangan marahkan Eva. Dia mangsa keadaan" jelas Nahdi dan memberanikan dirinya memandang ke arah Puan Ain.
Hatinya terus remuk saat memandang ke arah air mata Puan Ain yang mengalir turun ke pipi. Selama ini dia tidak pernah mengecewakan hati Puan Ain. Itulah pertama kali, dia dapat melihat Puan Ain yang benar-benar terluka dengan perbuatannya.
Tuan Zamir juga memejam rapat matanya saat mendengar pengakuan Nahdi. Eva juga sudah menitiskan air mata kerana berasa serba salah. Dia takut jika hubungan kekeluargaan Nahdi hancur berkecai.
"Semuanya pasti kau yang atur kan!!" Bentak Puan Ain tiba-tiba dan bergerak ke arah Eva.
Rambut panjang Eva dicengkam kuat oleh Puan Ain. Tuan Zamir terus berdiri. Begitu juga dengan Nahdi. Masing-masing terkejut dengan tindakan Puan Ain.
"Umi. Jangan buat macam ni. Along dah cakap semuanya salah Along" Nahdi berusaha menarik semula Puan Ain ke belakang tetapi tidak berjaya.
Eva sudah menitiskan air mata. Dia tidak mahu melawan Puan Ain kerana dia menghormati umi kepada Nahdi. Dia hanya merelakan sahaja perbuatan Puan Ain saat itu. Dia sedar dirinya berhak diperlakukan seperti itu.
"Dasar perempuan jalang. Aku tengok kau masuk rumah aku, aku dah tahu kau perempuan tak baik dekat anak aku!! Kau dah musnahkan hidup anak lelaki aku!! Kau dah hancurkan harapan aku!!" Tengking Puan Ain seperti kerasukan.
"Ain!!" Jerit Tuan Zamir dan menarik dengan kuat Puan Ain daripada Eva.
Eva terus terduduk di atas karpet selepas pegangan Puan Ain dilepaskan. Tuan Zamir dengan erat memeluk tubuh Puan Ain. Dia tahu isterinya sudah hilang had sabarnya.
Nahdi terus berdiri di hadapan Eva. Dia tidak mahu menyalahkan Eva. Dia tahu dirinya juga mangsa. Tetapi Eva adalah mangsa sebenar kerana semua perkara itu adalah untuk mengenakan Eva.
"Along minta maaf Umi. Along akan kahwin juga dengan Eva. Along akan bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Eva hanya mangsa keadaan. Along harap Umi dapat restukan kami berdua. Along minta maaf, Umi" rayu Nahdi dengan air mata yang sudah mengalir lebat.
"Kenapa Along buat Umi macam ni? Kenapa perempuan tu? Kenapa dia mangsa keadaan kalau dia yang atur semuanya? Umi tak kan restu hubungan kamu berdua. Umi kecewa dengan Along" ucap Puan Ain dan meleraikan pelukan Tuan Zamir.
Selepas itu, dia terus naik ke biliknya. Bunyi pintu yang dihempas kuat menandakan kemarahan Puan Ain yang masih ada.
Tuan Zamir hanya mengeluh perlahan. Nahdi yang sudah menangis teresak-esak ditarik ke dalam pelukan. Belakang badan Nahdi diusap lembut oleh Tuan Zamir.
"Abah percaya pada Along. Along tak kan sentuh anak dara orang sesuka hati. Along jangan risau, Abah halalkan dan restu hubungan kamu berdua. Along jangan risau, tentang Umi, biar Abah yang pujuk" ungkap Tuan Zamir dengan mata yang berair.
Dia kenal anaknya. Mustahil Nahdi akan melakukan hal terkutuk itu tanpa hubungan yang halal. Matanya tertala pula kepada Eva yang sudah mengigil ketakutan di atas karpet.
"Siapa nama kamu?" Soal Tuan Zamir dan merendahkan dirinya seiring dengan Eva.
Eva yang mengangkat wajahnya berasa takut apabila memandang wajah Tuan Zamir. Tuan Zamir hanya melemparkan senyuman ke arah Eva.
"E..Eva" jawab Eva dengan nada perlahan.
"Eva. Maafkan isteri Uncle. Dia tak berniat nak tuduh kamu macam tu. Dia cuma terkejut dengan apa yang berlaku. Uncle minta maaf atas kesilapan anak Uncle. Disebabkan silap dia, kamu menjadi mangsa keadaan. Maafkan Uncle" ucap Tuan Zamir dan melutut di hadapan Eva.
"Tak apa Uncle. Saya juga ada salahnya. Saya minta maaf atas apa yang berlaku" ucap Eva dan merendahkan dirinya sehingga kelihatan seperti sujud.
Nahdi sudah berasa kasihan dengan Eva. Dia tidak sanggup melihat gadis itu berada di tahap seperti itu. Air matanya juga tidak berhenti mengalir. Hati jantannya remuk saat itu.
"Bangunlah. Uncle ni bukan tuhan untuk kamu sembah. Uncle maafkan semuanya. Uncle harap kamu dapat jadi isteri yang baik buat anak Uncle" ujar Tuan Zamir dengan lembut.
"Eva. Bangunlah. Awak buat Abah rasa tak selesa" bisik Nahdi.
Setelah itu, barulah Eva mengangkat tubuhnya kembali. Air matanya diseka laju. Dia benar-benar terharu dengan kebaikan Tuan Zamir saat itu. Pandangannya kepada Nahdi berubah sayu. Dia tahu bagaimana perasaan Puan Ain kepada Nahdi saat itu. Pasti Puan Ain sudah membenci dirinya.
Nahdi berdoa di dalam hati. Dia berharap Puan Ain dapat memaafkan dirinya. Bukan niatnya untuk memberi luka sedalam itu kepada uminya. Tiada sesiapa yang minta perkara itu berlaku. Tetapi semuanya berlaku atas kehendak Allah. Ku Faya Kun Allah itu adalah yang paling hebat.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomansaPertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...