Nahdi mematikan enjin keretanya dan terus melangkah keluar. Hatinya berasa berdebar kerana meninggalkan Eva sendirian di rumah.
"Assalamualaikum" ucapnya dan meletakkan kunci kereta di dalam kotak kunci.
Sepi.
Malah lampu di bahagian ruang bawah juga tidak dipasang. Nahdi mula berasa lain. Dia terus bergegas naik ke tingakt atas. Di dalam bilik, tiada sesiapa. Eva juga tidak kelihatan di situ.
Telefon bimbitnya segera dikeluarkan. Dia terus menghubungi nombor Eva. Jantungnya terus berdegup laju apabila panggilan itu tidak berjawab.
"Eva. Awak ke mana" ucapnya sendiri dan terus turun ke bawah.
Kunci keretanya diambil semula dan dia terus menghidupkan kereta. Dia tidak tahu di mana dia harus mencari Eva. Buntu.
Telefon yang berdering tiba-tiba diangkat laju.
"Eva?" Ucapnya terus.
"Maaf Nahdi. Saya tak minta izin dekat awak untuk keluar" ucap Eva dengan nada serba salah.
"Tak pe ayang. Awak ada dekat mana sekarang? Saya pergi ambil awak" ucap Nahdi dengan resah.
"Rumah papa"
Jawapan Eva membuatkan Nahdi menekan break secara mendadak. Beberapa buah kereta juga menekan honk ke arah kereta Nahdi.
"Ayang bergurau kan?" Soal Nahdi dengan nada tidak percaya.
"Awak jangan datang ke sini ya. Papa tengah mengamuk. Biar saya sendiri yang settlekan. Saya sayang awak Nahdi" ucap Eva dan menamatkan panggilannya.
"Ayang. Eva!! Eva!!" Jerit Nahdi apabila panggilan itu dimatikan.
Nahdi terus melempar telefon bimbitnya ke arah tempat duduk sebelah. Minyak ditekan dan dia terus memandu laju ke rumah Tuan Amri.
⚓
Nahdi terus memberhentikan keretanya di luar pagar rumah Tuan Amri. Pengawal yang melihat Nahdi segera berjalan ke arahnya.
"Encik ni suami pada Miss Eva ke?" Soal pengawal itu.
"Ya. Betul. Isteri saya ada balik ke sini ke?" Soal Nahdi dengan nada gemuruh.
"Ada Encik. Saya rasa better Encik masuk ke dalam dengan cepat" ucap pengawal itu dengan nada risau.
Nahdi terus berlari sambil mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang langsung dihubunginya.
"Saya perlukan bantuan awak" ucapnya dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.
⚓
Puan Jamilah hanya memerhatikan sahaja keadaan Eva yang sudah dipukul oleh Tuan Amri. Sejak dari dulu itu sahaja pemandangan buatnya jika Eva melakukan kesalahan. Disebabkan itu dia pelik kenapa Tuan Amri masih mahu memberikan hartanya kepada Eva.
Eva sudah terbaring lemah di atas karpet itu. Malah pandangannya juga sudah menjadi kabur. Dia sudah tidak berdaya untuk bertahan.
"Aku dah cakap!! Cerai dengan jantan tu!! Kenapa kau tak nak dengar cakap aku!! Kau nak masuk neraka ke huh!? Ikut jejak betina sundal tu!!!" Maki Tuan Amri.
Saat itu keadaan Tuan Amri seolah dirasuk. Sejak Eva tiba di rumah itu, pasu di ruang tamu itu terus dilempar oleh Tuan Amri ke arah Eva. Eva juga tidak sempat untuk berkata apa-apa.
"Anak yang tak kenang budi. Aku jaga kau dari kecil. Ini yang aku dapat?! Dekat luar sana, masih banyak lelaki yang lagi hebat daripada jantan kau" sambungnya sambil menyepak tubuh Eva.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
عاطفيةPertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...