Eva menjeling tajam ke arah Nahdi. Mereka sudah sampai di hotel yang ditempah oleh Nahdi. Tidaklah jauh dari Kuala Lumpur iaitu di Cameron Highlands sahaja.
Di hadapannya sekarang, terdapat dua patung swan yang membentuk hati. Malah taburan bunga ros juga menghiasi katil itu.
Nahdi sudah tergelak apabila melihat muka masam Eva. Dia juga terkejut dengan hiasan bilik itu. Dia hanya memberitahu staff hotel itu bahawa dia mahu membawa isterinya berehat. Bukannya honeymoon.
"Ni mesti awak yang suruh kan?" Soal Eva dan mengambil patung swan itu.
Selepas itu, dia terus meletakkan di tempat lain.
"Eh tak lah. Saya tak beritahu pun yang kita ni nak berhoneymoon. Saya cuma cakap yang saya nak bawa isteri saya rehat dekat sini. Salah ke?" Jawab Nahdi tanpa rasa bersalah.
"Berehat la sangat!!"
Eva terus melemparkan patung swan itu ke arah Nahdi. Nahdi hanya ketawa besar saat itu. Dia tahu Eva sedang marah.
Disebabkan malas hendak melayan kerenah Nahdi, Eva terus bergerak ke arah balkoni. Udara yang nyaman dan sejuk itu membuatkan dia memeluk tubuh. Terasa tenang dirinya kerana suasana itu.
"Ciptaan Allah semua indah-indah kan. Tapi ciptaan Allah yang ni adalah yang paling indah" muncul Nahdi dan memeluk Eva dari belakang.
Eva mula meronta supaya dilepaskan tetapi tidak berjaya. Nahdi tetap mengemaskan pelukan itu. Hujungnya Eva malas hendak bergaduh. Dia juga penat dengan perjalanan mereka ke situ.
"Apa salahnya suami peluk isteri dia kan?" Soal Nahdi tiba-tiba.
"Saya rasa rimas. Tak selesa"
"Sebab tu lah saya nak biasakan awak. Kalau boleh setiap masa saya nak peluk awak. Tak nak lepas" usik Nahdi. Dia tahu Eva akan melenting sebentar lagi.
"Scarynya. Betul lah apa yang saya rasa. Awak ni psiko" ujar Eva tanpa rasa bersalah.
"Kenapa pula psiko? Psiko ni suami awak tau. Suami yang sah untuk pegang awak. Mana ada scary kalau itu suami dia. Bukannya saya pukul awak pun" ucap Nahdi dengan tenang.
Diam.
Eva hanya mengunci mulut. Diamnya Eva dapat diteka oleh Nahdi. Nahdi terus menjengah ke arah belah kanan sehingga pipinya dan pipi Eva berlaga.
Eva yang sedang mengelamun terus tersentak. Dia terkejut apabila wajah Nahdi yang begitu hampir dengan wajahnya. Dadanya terus berasa berdebar.
"Eva. Boleh saya tahu your secret?" Pinta Nahdi dengan lirikan mata ke arah Eva.
"My secret? Kenapa?"
"Sebab saya nak jadi pengubat segala duka dalam hati awak. Saya nak buat awak tersenyum dan bahagia. Saya tak nak letak awak dalam satu kurungan gelap. Saya nak isteri saya ni hidup dalam keadaan yang tenang tanpa ada sebarang halangan" ujar Nahdi.
"InsyaAllah one day. Kalau saya dah percaya dekat awak, Nahdi. Saya akan beritahu. Awak jangan risau. But not now" jawab Eva dan melarikan matanya daripada Nahdi.
"Okay. Saya faham. Bila awak dah bersedia. Awak beritahu saya ya"
Nahdi sedar Eva mempunyai rahsia yang besar dan berat. Malah rahsia yang tidak siapa tahu. Rahsia gelap yang membuatkan gadis seperti Eva sentiasa mengelamun sendiri.
"Jom lah masuk dalam. Cuaca dan makin sejuk" ajak Nahdi dan meleraikan pelukan mereka.
Eva hanya menurut sahaja. Kadang dia berasa bersalah dengan Nahdi. Tetapi hatinya masih belum kuat untuk menerima kehadiran Nahdi. Dia risau jika Nahdi juga mempunyai sikap yang sama dengan lelaki yang dia benci.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomantizmPertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...