Eva membuka matanya perlahan-lahan. Tubuhnya masih terasa lemah saat itu. Ubat yang dihidunya juga agak kuat. Suasana di dalam bilik itu membuatkan Eva berasa pelik.
Dia cukup kenal dengan bilik itu. Itu adalah basement syarikat Empire. Classic. Apa yang mengejutkan dirinya, tangannya diikat kemas pada kerusi kayu itu. Sedaya upaya Eva cuba untuk melepaskan tangannya tetapi tidak berjaya. Ikatan itu cukup ketat.
"Nampaknya kau dah sedar" muncul satu suara daripada arah belakangnya.
Bunyi tongkat kayu itu menyedarkan Eva tentang pemilik suara tersebut. Dadanya terus berdebar apabila dia memandang kaki Tuan Amri melepasi kerusinya.
"Seronok kena ikat?" Perli Tuan Amri dan berdiri di hadapan Eva.
Eva mengetap bibirnya dengan kuat. Hatinya retak apabila mengetahui tentang cara papanya memperlakukan dirinya. Dirinya saling tidak tumpah seperti boneka. Malah jarak hubungan mereka berdua juga bukan seperti seoarang ayah dan anak.
"Kenapa papa buat Eva macam ni?" Luah Eva dengan nafas yang cuba dikawal.
Disebabkan terkejut, nafasnya menjadi sesak. Malah suasana basement yang gelap dan hanya disinari dengan satu cahaya lampu di atasnya menambahkan rasa gusar di hati Eva. Kejadian silam terimbau kembali di fikirannya.
"Sebab kau degil. Kau tak nak dengar arahan aku! Kau dah makin kurang ajar dengan aku" ucap Tuan Amri dengan nada lantang.
"Apa yang papa nakkan lagi daripada Eva. Tak boleh ke papa beri Eva kebahagiaan" luah Eva dengan air mata yang mula mengalir.
"Kebahagiaan kau adalah menjadi anak yang mendengar kata aku. Kenapa kau nak sangat bersama dengan jantan tu? Dia tak beri kau apa-apa faedah"
"Papa silap. Nahdi dah berjaya buat Eva sayang dia. Hati Eva dah bertakhta dalam hati dia. Apa yang papa buat sekarang tak menjamin untuk Eva kembali pada papa. Eva bukan lagi di bawah tanggungjawab Papa" balas Eva dengan nada kendur.
"Disebabkan tu lah aku nak jantan tu ceraikan kau. Dia dah ambil hak aku. Dan aku nak semula hak tu" Tuan Amri mula mengusap dadanya yang tiba-tiba terasa senak.
Kesihatannya juga sudah semakin merosot dari hari ke hari. Semuanya disebabkan oleh kebocoran maklumat syarikatnya tentang duit haram 5 tahun yang lepas. Dia juga tidak tahu bagaimana kebocoran maklumat itu sampai di pihak polis. Tetapi dia tahu siapa puncanya.
Elainor. Bekas isterinya. Hanya wanita itu sahaja yang berani mengugutnya.
"Kalau Nahdi ceraikan Eva. Eva akan mati" tutur Eva dan mengangkat wajahnya demi menatap wajah Tuan Amri.
Dahulu, wajah itu yang dikaguminya sehingga umurnya 13 tahun. Selepas itu, semuanya musnah kerana perselisihan faham antara Tuan Amri terhadap Puan Elainor. Hidupnya dulu bagaikan seorang puteri di rumah agam itu musnah. Tuan Amri juga berani membawa wanita lain masuk ke dalam rumah mereka walaupun dia dan Puan Elainor masih belum bercerai.
Disebabkan rasa marah, Puan Elainor lantas meminta cerai. Tetapi Tuan Amri menuduh Puan Elainor yang berlaku curang demi menutup air mukanya di hadapan khalayak ramai. Puan Elainor terpaksa menerima kecaman beberapa kawan rapatnya kerana bersikap curang kepada Tuan Amri.
Malah hak penjagaan Eva juga jatuh kepada Tuan Amri kerana Puan Elainor yang tidak mempunyai kewangan yang stabil. Semuanya berubah sekelip mata selepas Tuan Amri berkahwin dengan Puan Jamilah.
Tiada lagi kasih sayang seorang ayah kepada anak. Setiap hari dia akan dijerkah dan dipukul jika tidak menurut perintah Tuan Amri mahupun Puan Jamilah. Hidupnya seolah berada di dalam penjara. Dunia remajanya juga tidak seindah remaja yang lain.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...