BAB 10 ⚓

6.1K 320 21
                                    

Mereka berdua berjalan bersama-sama seperti pasangan kekasih. Wajah Eva juga cuba untuk dimaniskan walaupun dirinya terasa terseksa.

Lelaki yang sememangnya mengawal di luar bangunan itu menjeling ke arah mereka berdua. Dari atas ke bawah lelaki itu melihat. Kening diangkat sebelah tanda bertanya.

"Bang. Sini bukan ke tempat makan yang famous dengan nasi lemak dia?" Soal Nahdi. Berpura-pura seolah melancong di kawasan itu.

"Kau salah arah ni. Patutnya kau pergi belakang sikit" ucap lelaki itu tanpa rasa sangsi.

"La yeke bang. Aduh bang. Terima kasih. Sayang, kita kena jalan sikit. You okay kan?" Tutur Nahdi sebagai lakonan.

Eva terus menjeling ke arah Nahdi. Sakit hatinya apabila Nahdi memanggilnya dengan nama sayang. Nahdi yang melihat jelingan Eva hanya mampu berdoa. Dia risau jika penyamaran mereka berdua terbongkar.

"Hmmm. I dah penat la you. I nk rehat dekat sini" ucap Eva dan mengambil kerusi lelaki itu lalu duduk.

Lelaki itu mula mengerutkan dahi. Dia malas hendak melayan pergaduhan di antara suami isteri itu. Nahdi hanya melayan sahaja kehendak Eva.

"Abang. Tak de kipas ke dekat sini? Saya panas la" rengek Eva dan melemparkan senyuman ke arah lelaki itu.

"Takde. Takde. Kau orang dua pergi dari sini. Ini bukan tempat rehat" halaunya kasar.

Eva terus berdiri dan bergerak ke arah Nahdi.

"Apa ni bang. Hormat sikit dekat isteri saya" marah Nahdi.

Eva sudah memasamkan wajahnya. Semakin menjadi pula lakonan Nahdi. Disebabkan rasa geram dengan lakonan Nahdi, Eva terus menampar wajah lelaki itu sehingga terduduk.

Nahdi terus tercengang apabila melihat lelaki itu rebah di atas jalan. Lelaki itu juga menayangkan wajah yang cukup terkejut. Belum sempat dia berdiri, Eva sudah melayangkan satu tendangan padu sehingga membuatkan lelaki itu pengsan.

"Awak biar betul?" Soal Nahdi dengan nada tidak percaya. Matanya terus melilau ke arah sekeliling untuk memantau.

"Aku rimas dengan lakonan kau. Cepat lah masuk" arah Eva dan terus bergerak ke pintu.

Nahdi hanya mengeluh perlahan dan menurut sahaja Eva dari belakang. Dia juga tidak sangka Eva sedegil itu untuk mengikut rancangannya.

Ketika mereka melangkah masuk ke dalam, satu bau yang cukup busuk mula menerjah deria bau mereka. Dengan laju, Eva dan Nahdi menutup hidung mereka. Walaupun terasa mual, mereka tetap perlu menerusnkannya.

Kaki di bawa dengan penuh berhati-hati. Eva yang berada di hadapan sentiasa bersedia dengan pistol di tangan kirinya. Begitu juga dengan Nahdi. Mereka berdua bergerak dengan penuh perlahan dan senyap.

"Stop"

Tangan Eva yang diangkat menghentikan langkah Nahdi. Nahdi terus meninjau ke arah sekeliling. Matanya terus tertancap ke arah sebuah bilik yang hanya ditutupi dengan kain plastik lutsinar. Hanya di bilik itu sahaja, kelihatan cahaya bewarna perang.

"Aku rasa dia orang dekat situ" bisik Eva perlahan.

Mereka berdua terus bergerak ke arah sebuah sudut yang agak gelap. Kedengaran juga suara beberapa orang yang sedang berbual.

"Boss. Buah pinggang ni macam dah tak sihat je" ucap seorang lelaki dengan bahasa yang cukup pekat.

"Kalau tak sihat. Cari orang lain. Jangan benak sangat" balas seorang lelaki yang bersuara lebih dalam.

"Susahlah bos. Orang semua dah mula sorokkan diri dia orang dekt rumah. Dengar cerita pihak tentera dah datang sini"

"Pihak tentera tu menyemak je. Habis orang aku mati dekat dia orang. Celaka!" Cemuh lelaki itu.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now