BAB 16 ⚓

5.6K 326 33
                                    

Nahdi bergerak ke meja urus setia. Dia mahu mengambil kunci biliknya yang sudah ditempah pada petang tadi. Badannya juga terasa lenguh. Dia hanya membayangkan katil sahaja ketika itu.

"Bilik 201 ya" ucap Nahdi kepada pengurus di kaunter itu.

Gadis itu terus mencari nama Nahdi di dalam komputer. Mulanya kening gadis itu berkerut kerana tidak menjumpai nama Nahdi. Setelah diperiksa, barulah dia mengangguk.

"Maaf ya atas kelewatan. Ini kuncinya. Bilik Encik di tingkat 1" ucap gadis berkaca mata itu dengan ramah.

"Terima kasih"

Tanpa menunggu lama, Nahdi terus berjalan pergi. Dia sudah mengantuk ketika itu. Cadangnya mahu pulang pada jam 9 malam, tetapi Mak Lang mengajaknya berborak sehingga jam 10.30 malam. Terpaksalah dia melayan Mak Langnya itu.

Matanya ralit mencari nombor 201. Saat terpandang kepada nombor tersebut, dia terus membuka pintu bilik itu. Nahdi hanya berkerut kerana pintu bilik itu sudah terbuka. Malah kuncinya juga tidak berfungsi.

Disebabkan rasa mengantuk yang semakin dahsyat, Nahdi membiarkannya sahaja. Dia yakin tiada sesiapa pun yang mahu datang mencuri kerana chalet itu juga dilengkapi dengan cctv dan pengawal keselamatan.

Beg yang digalas terus diletakkan di birai katil. Baju tshirt yang dipakai juga ditanggalkan untuk menghilangkan rasa panas. Malah sliding door juga dibuka sedikit bagi merasai angin pantai. Nahdi terus merebahkan badannya ke atas katil empuk itu.

Saat matanya hampir terkatup, satu jeritan nyaring menyinggah di hujung telinganya. Nahdi terus membuka mata kerana terkejut.

Nahdi terus bangun dan terbuntang matanya apabila melihat Eva yang hanya berkemban di hadapannya. Dengan laju dia mengalihkan matanya ke arah lain. Dadanya terus berdebar laju. Dia cukup terkejut dengan kehadiran gadis itu di bilik tersebut.

"Kau buat apa huh dekat bilik aku?" ucap Eva dan melarikan diri ke bilik air semula.

Hampir luruh jantungnya saat memandang seorang lelaki tidak berbaju berbaring di atas katil. Hatinya bertambah debar apabila melihat lelaki itu adalah Nahdi. Lelaki yang tidak disukai olehnya malah didoakan supaya tidak bertembung.

"Saya tak tahu. Ini bilik yang saya tempah. Bilik 201" jawab Nahdi dengan polos. Dia masih terkejut dengan kejadian itu.

"Bod*h. Kau memang sengaja kan nak ngendap aku!" marah Eva dari dalam bilik air.

"Apahal pula. Saya datang sini nak rehat, bukannya nak ngendap awak" bela Nahdi yang nyata bengang dengan tuduhan Eva.

"Penipu! Bilik ni nombor 202. Kau yang gatal, salahkan aku" ujar Eva dengan nada geram.

Nahdi yang mendengar ayat Eva terus bergerak ke pintu masuk. Saat itu dia terus menepuk dahinya apabila melihat nombor 202 tertera di muka pintu. Salahnya juga kerana tidak memeriksa dua kali.

"Salah saya. Saya termasuk bilik yang salah" akui Nahdi dan bergerak ke katil untuk mengambil beg pakaiannya semula.

Nahdi juga dapat mendengar bebelan Eva daripada bilik air itu. Dia tahu pasti gadis itu sedang memasang dendam dan makian kepadanya. Bodohnya dia kerana tidak berhati-hati.

Belum sempat dia memakai bajunya, pintu bilik itu diterjah secara tiba-tiba daripada luar. Nahdi terus ternganga apabila melihat lebih kurang lima orang lelaki memakai kopiah dan songkok masuk ke dalam bilik itu. Malah terdapat juga dua orang wanita berusia yang masuk sekali. Masing-masing memasang wajah yang cukup ketat.

"Maaf. Kamu semua ni siapa?" soal Nahdi dengan nada resah. Dia dapat rasakan hidupnya akan musnah saat itu. Dengan segera dia menyarungkan baju ke tubuh.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now