BAB 24 ⚓

5.9K 322 30
                                    

Eva membuka matanya perlahan-lahan. Ukiran siling yang berbeza dengan rumahnya membuatkan Eva mengalami kejutan. Dia terus bangun dan memandang sekeliling bilik itu.

Tiba-tiba dadanya terasa sesak. Dia tidak suka berada di satu tempat yang dirinya tidak kenal. Malah keadaan bilik yang agak suram itu menambahkan lagi rasa sempitnya.

Eva mengusap dadanya yang kian semakin sesak. Dia mahu berdiri tetapi tidak berdaya kerana rasa sakit akibat dipukul oleh Tuan Amri.

"Na..Nahdi" panggilnya perlahan sambil mengusap dadanya.

Dia hanya dapat memikirkan Nahdi sahaja ketika itu. Hanya lelaki itu sahaja yang boleh membantunya.

Nafasnya semakin susah untuk ditarik. Eva sudah berasa nyawanya seperti di hujung tanduk. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu yang dikuak. Dia hanya memandang dengan mata yang tak berdaya.

Nahdi yang melangkah masuk ke bilik terkejut melihat Eva yang sudah pucat. Malah keadaan Eva yang tampak seolah sesak nafas mengejutkan dirinya juga.

Dia terus bergerak ke arah katil dan memegang lembut bahu Eva.

"Tarik nafas awak slow-slow. Jangan risau, tak de sesiapa dekat sini yang boleh cederakan awak" pujuk Nahdi dengan lembut.

Eva yang berasa Nahdi di sisinya berasa sedikit lega. Dia sedaya upaya mencuba untuk kekal tenang. Malah lampu katil yang dipasang oleh Nahdi juga membuatkan bilik itu kembali terang.

"Good. Tarik nafas perlahan-lahan" bantu Nahdi lagi sehingga nafas Eva menjadi reda.

Eva hanya bersandar di dada Nahdi kerana masih berasa penat. Malah tubuhnya juga sudah berasa sakit dan sengal. Pukulan Tuan Amri juga bukannya perlahan tetapi cukup kuat.

"Rehatlah secukupnya. Saya ada untuk teman awak. Kejap lagi, saya bawa naik makanan. Perut awak kena isi juga" ucap Nahdi dan membantu Eva untuk berbaring semula.

Belum sempat Nahdi berdiri, tangannya disentuh lembut oleh Eva. Nahdi lantas duduk di birai katil semula.

"Ya. Awak nak apa-apa ke?"

"Sorry" luah Eva dengan mata yang berair.

"Awak takde apa-apa salah dekat saya. Tapi saya yang ada salah dengan awak. Saya minta maaf. Disebabkan saya, awak terpalit dengan masalah lain. I'm sorry" luah Nahdi dan mengucup lembut tangan Eva.

"Hari pertama kita kahwin, awak dah kena hina dengan ayah saya. Maafkan saya Nahdi"

"It's okay. Nasib kita sama. Kalau awak ada masalah, saya akan bantu awak. Awak dah jadi isteri saya yang sah. Jadi masalah awak adalah masalah saya juga. Don't worry" tutur Nahdi dan tersenyum.

Eva hanya memandang ke arah wajah Nahdi. Lelaki yang dia benci menjadi suaminya. Malah menjadi seseorang yang membantunya saat dirinya dibuang oleh ayahnya sendiri.

"Nahdi. Saya lapar" ujar Eva tiba-tiba.

Nahdi yang asyik termenung dengan wajah Eva terus tersentak. Dia terus berdiri dan mengusap belakang tengkuknya. Terasa malu apabila sedar yang Eva memandangnya juga.

"Kejap. Saya turun bawah ambil makanan. Awak rehat je" ucap Nahdi dan bergerak keluar daripada bilik.

Eva memandang ke arah kipas yang berpusing. Baginya semuanya seperti sudah selesai dan dia hanya membuka halaman baru yang kosong. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjadi seorang isteri. Dengan sikap kasarnya itu, dia risau Nahdi akan membencinya.

Nahdi memerhati sahaja Eva yang sedang menjamah nasi goreng yang dimasak olehnya. Wajah sembab Eva saat itu membuatkan Nahdi berasa lucu. Malah Eva yang nampak benar-benar lapar, menunjukkan lagi wajah Eva yang lucu. Tersenyum-senyum Nahdi melihat Eva ketika itu.

"Awak dah kenapa? Tersengih-sengih macam donkey" tegur Eva.

Dia sudah perasan bagaimana Nahdi memandangnya dan tersenyum. Dia tahu pasti lelaki itu mengutuknya di dalam hati. Eva melemparkan satu jelingan tajam.

"Muka kacak macam ni boleh dikatakan macam donkey" terkejut Nahdi apabila Eva mengatakan dirinya seperti donkey. Jatuh sahamnya ketika itu.

"Siapa suruh sengih macam kerang busuk. Saya tengok pun ngeri" balas Eva dan menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Tak kisah la donkey ke, kerang ke. Kalau itu yang buatkan awak rasa selesa dengan saya. Saya tak kisah" jawab Nahdi dan tersenyum.

"Rasa menyesal pula terima awak sebagai suami" jawab Eva dan meneguk air.

"Haa. Cakap macam tu, derhaka tau. Syurga awak dekat bawah tapi kaki saya dah" ucap Nahdi dengan bangga.

Eva terus terdiam. Perubahan sikap Eva membuatkan Nahdi berasa serba salah.

"Kenapa? Awak tersentap ke?" Soal Nahdi pelik.

"Tak ada apa. Syurga saya bukan dekat mama saya lagi tapi dekat awak" ucap Eva dan tersenyum tipis.

Nahdi terus terdiam. Dia terlupa saat itu Eva masih dalam fasa bersedih. Dia hanya memaki dirinya di dalam hati.

"Saya minta maaf"

"Tak de apalah. Saya okay. Betul lah apa yang awak cakap. Saya kena sedar yang kita berdua ni dah sah jadi suami isteri. Lelaki yang saya tak pernah kenal sedalamnya, dah jadi suami saya"

"Tapi saya rasa takdir kita berdua ni indah sebenarnya" tutur Nahdi.

"Kenapa pula?"

"Sebab dari benci jadi sayang"

Anak mata Nahdi yang memandang tepat ke arah anak mata Eva membuatkan jantung Eva berdegup laju. Dia terus berasa berdebar ketika itu. Terasa seperti wajah Nahdi sedang bercahaya.

"Rasa sayang saya dekat awak takde lagi tau. Kita baru je nikah pagi tadi. Saya pun masih tak suka dekat awak" bela Eva dengan bersungguh.

Nahdi tergelak kecil. Dia nampak wajah Eva yang tampak gelisah. Anak mata Eva juga cuba untuk dilarikan daripada memandang ke arah Nahdi.

"Sebab tu saya akan buat rasa sayang awak bercambah untuk saya" balas Nahdi.

"Kenapa pula?"

"Sebab saya dah mula rasa sayang dekat awak"

Nahdi langsung mendekatkan wajahnya dengan wajah Eva. Sebuah senyuman dipamerkan dengan lebar. Wajah Eva terus berubah merah kerana terkejut dengan tindakan Nahdi.

Bunyi telefon Nahdi memecahkan suasana debar itu. Nahdi hanya tersenyum dan mengambil telefonnya. Selepas itu dia bergerak keluar bilik bagi menjawab panggilan itu.

Eva masih terkedu di atas katil. Jarak wajah mereka sahaja tadi sudah hampir membuatkan dia jatuh pengsan. Malah tarikan Nahdi juga dapat dirasakan oleh Eva.

"No. Aku tak boleh jatuh cinta dekat dia. Bahaya" ucap Eva berulang kali sambil menampar lembut pipinya.

Eva mengerang rasa sakit apabila berada di dalam bilik air. Dia mahu membersihkan tubuhnya. Tetapi tangan kirinya terasa sakit dan belakang badannya juga terasa perit.

Mahu meminta tolong Nahdi, jauh sekali. Dia tidak mahu mendedahkan parut di tubuhnya. Dia risau Nahdi berfikir tentang hal lain pula terhadap dirinya.

Eva duduk di atas tab mandi itu sambil mengeluh. Tangannya terasa seperti terseliuh kerana pukulan kuat oleh Tuan Amri itu. Bekas luka saat dirinya ditembak sewaktu operasi di Lahad Datu juga seperti berdarah.

Bajunya juga sudah menunjukkan tompok darah di bahagian perut. Mujurlah Nahdi tidak perasan kerana badannya yang ditutupi dengan selimut.

Eva mengangkat bajunya untuk naik ke atas. Dia mahu melihat luka di perutnya itu. Darah yang banyak di bahagian luka membuatkan Eva berasa resah. Kotak first aid tiada di dalam bilik air itu.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now