Nahdi sudah berdebar dalam menanti penjelasan daripada Dr. Irshad. Eva juga hanya terbaring lemah di atas katil bersama dengan alat bantuan pernafasan.
"Kenapa dengan isteri saya, Dr?" Soal Nahdi selepas Dr. Irshad selesai melihat Eva.
"Cik Eva hanya mempunyai sedikit masalah pernafasan. Tiada apa yang serius. Cuma saya minta pada Cik Eva supaya kawal pernafasan kamu dengan baik. Sesak nafas yang berlaku tu juga adalah daripada kesan panik. Cik juga tahu yang Cik Eva mempunyai anxiety?"
"Tahu Dr" jawab Nahdi.
Tangannya masih memegang erat tangan kiri Eva. Tidak langsung dia lepaskan genggaman tangannya itu.
"Jadi saya harap Cik tak libatkan dia dalam masalah yang boleh triggered herself. Maksudnya, jangan buat dia berasa dalam keadaan yang tidak selesa. Kita cuba untuk hindarkan dia daripada situasi panik" pesan Dr. Irshad.
"Baik Dr. Saya akan usahakan" ucap Nahdi dengan nad sedikit risau.
Selepas Dr. Irshad beredar, Nahdi terus berkalih ke Eva. Wajah penat Eva ditenung lembut. Dahi Eva juga dikucup lama.
"Don't worry. Saya akan ada dengan awak. Saya akan jaga awak" bisik Nahdi perlahan.
Eva hanya tersenyum perlahan. Dadanya masih menunjukkan tanda yang masih sukar untuknya bernafas.
"Maaf Nahdi" luah Eva perlahan.
"Ianya bukan salah awak ayang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya redha" tangan Eva dielus lembut.
Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk menjaga Eva. Dia tidak akan meninggalkan isterinya seorang diri.
⚓
"Saya minta tolong Kak Nis untuk jagakan Eva sekejap ya. Saya ada urusan kejap" ucap Nahdi apabila Hanis tiba di hospital.
"Boleh je Nahdi. Kak Nis pun free sekarang" jawab Hanis.
Mulanya dia terkejut kerana mendapat panggilan daripada Nahdi. Selepas mendapat tahu tentang keadaan Nahdi, dia terus berangkat ke hospital.
"Saya tinggalkan Eva pada akak ya. Terima kasih" ucap Nahdi sekali lagi sebelum berlalu pergi.
Hanis langsung masuk ke dalam dan melihat Eva yang sedang tidur dengan nyenyak. Tiada lagi bantuan alat pernafasan kerana nafas Eva juga sudah kembali teratur.
⚓
Ruslan yang menanti di lobi bawah terus bergerak ke arah Nahdi. Permintaan Nahdi padanya cukup membuatkan Ruslan tersentak. Dia tidak tahu daripada mana kekuatan Nahdi itu muncul.
"Maaf ganggu masa kerja kau" ucap Nahdi.
"Tak apa. Aku faham. Lagipun aku memang ada meeting berdua dengan Tuan Amri tu. Alang-alang aku nak kau yang pergi" cadang Ruslan.
"Kau yakin yang benda ni tak kan ganggu pekerjaan kau?" Soal Nahdi. Dia risau jika Ruslan dibuang kerja.
"Aku tak kisah dah. Syarikat ni boleh membuatkan aku jatuh nanti. Aku tengah tunggu nak resign je" luah Ruslan.
"Huh? Resign? Kau serius?" Tersentak Nahdi dibuatnya.
"Nanti aku cerita dekat kau. Jom. Kita naik atas. Nanti tak jadi pula" ajak Ruslan.
Nahdi berasa risau terhadap Ruslan. Dia tidak mahu mengaitkan masalahnya dengan Ruslan. Biarlah dirinya sahaja yang menerima kesannya.
Mereka berdua berjalan di ruangan eksekutif untuk CEO itu sahaja. Mujurlah Ruslan berjaya memujuk Atiqah iaitu setiausaha Tuan Amri untuk masuk ke dalam. Atiqah juga terkejut apabila Ruslan memberitahu bahawa Nahdi adalah suami kepada Eva.
"Aku nak kau masuk seorang je. Aku dah tolong kau sampai sini" ucap Ruslan saat mereka berada di hadapan pintu bilik Tuan Amri.
"Terima kasih Lan. Aku akan kenang jasa kau"
"No hal. Semoga dipermudahkan" balas Ruslan dan berlalu pergi.
⚓
Tuan Amri yang sedang duduk berehat bersama air kopinya memandang ke arah pintu biliknya yang dibuka daripada luar. Seingatnya dia tidak meminta Atiqah untuk ke situ.
"Kau tahu kan aku tak minat orang ganggu waktu rehat aku" ujarnya dengan nada garang.
"Assalamualaikum Tuan" sapa Nahdi dengan tenang.
Tuan Amri yang melihat Nahdi di situ terus tersentak. Cawan kopinya terus dihempas ke atas meja. Dadanya juga berdegup laju.
"Kau buat apa dekat sini? Siapa benarkan kau datang sini" marahnya dan mula berdiri.
"Sepatutnya papa jawablah salam saya dulu" sindir Nahdi dengan sebuah senyuman.
"Kau jangan berani nak panggil aku papa. Aku jijik" kutuknya dan mengambil tongkatnya supaya dapat mengimbangkan badan.
"Saya tak nak berlama dekat sini. Saya cuma nak beritahu Tuan. Stop ganggu Eva dan saya. Saya tak kan lepaskan Eva. Walaupun Tuan paksa saya untuk ceraikan dia ataupun Tuan minta Eva sendiri untuk dilepaskan. Saya tak kan sebut perkataan cerai itu" luah Nahdi.
"Oh. Jadi sekarang kau nak ugut aku lah? Kau tahu aku mampu buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang aku nak?" Ujarnya dengan nada bongkak.
"Semua Tuan boleh dapat tapi bukan Eva" jawab Nahdi dengan yakin.
"Dia tu darah daging aku. Anak kandung aku. Kau tak kan dapat dia. Walau macam mana sekalipun, dia hak aku"
Tuan Amri masih dengan diri sombongnya. Wajahnya terus berubah apabila dia melihat Nahdi berlutut di hadapannya. Dirinya terus berasa gegar saat itu.
"Saya minta izin pada Tuan untuk beri Eva kebahagiaan dengan saya. Saya tak kan halang Eva untuk ikut cakap Tuan. Tapi saya minta daripada Tuan supaya jangan pisahkan kami berdua. Saya perlukan dia dan begitu juga dengan Eva. Saya takkan putuskan hubungan ayah dan anak antara Eva dan Tuan. Cuma saya mahu bahagiakan Eva. Saya minta izin Tuan supaya jangan seksa Eva lagi. Berilah dia kebahagiaan dan ketenangan" rayu Nahdi sambil menundukkan kepala.
"Ceit. Kau fikir kau siapa untuk berganding dengan anak aku? Gagah sangat ke kau? Sebab kau askar sahaja tak mampu buatkan aku megah dengan diri kau. Aku tetap nak kau ceraikan Eva. Aku dah ada calon yang lebih sesuai untuk anak aku. Hidup dia akan mewah untuk seumur hidup" ujar Tuan Amri dengan gahnya.
"Apa sahaja saya boleh buat asalkan bukan dengan perpisahan dengan Eva. Saya cintakan dia dan dia juga cintakan saya. Saya tak kan benarkan mana-mana lelaki untuk dapatkan dirinya. Maaf jika saya berkasar bahasa dengan Tuan. Tapi saya masih ada hak atas Eva kerana dia adalah isteri saya. Hanya Allah yang mampu pisahkan kami berdua. Maaf kerana menganggu waktu Tuan. Saya cuma minta supaya Tuan matikan hasrat untuk lihat kami berdua berpisah kerana saya tak kan lepaskan Eva pada sesiapa" ucap Nahdi dan berlalu pergi.
"Celaka. Kau dah cabar aku!!!" Tengking Tuan Amri bagai orang gila walaupun Nahdi sudah pergi.
Dadanya turun naik apabila melihat kesungguhan Nahdi. Daripada ayat Nahdi yang cukup tenang itu sahaja sudah cukup mengugat dirinya.
Telefon yang berdiri mengejutkan Tuan Amri. Dia lantas mengangkat panggilan tersebut dan wajahnya terus berubah riak. Daripada marah kepada terkejut.
"Elianor" ucapnya dengan gigi yang diketap kuat.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...