Semua pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat itu mendiamkan diri. Tidak ada sorang pun yang berani angkat kepala memandang Tengku Raess Aedden di hadapan. Masing- masing sudah kecut perut. Gulp.
Tengku Raess Aedden memandang semua pekerjanya dengan pandangan yang sangat tajam menunjukkan yang dia sangat marah sekarang. Tangan dikepal penumbuk apabila tiada sorang pun yang mahu mengaku.
Dia membuat mesyuarat kerana ada pembelot yang telah menyeleweng duit syarikat dan menyebabkan projek besar bersama syarikat Rein's Holding tidak berjalan lancar seperti yang dirancang. Setelah mendapat tahu perkara itu, Raess terus menyuruh Steven, iaitu orang kanannya untuk mencari pelaku hingga ke lubang cacing.
Setelah mendapat tahu bahawa pembelot itu merupakan salah sorang daripada ahli yang bekerjasama mengusahakan projek ini, Raess terus mengamuk besar.
Raess tersenyum sinis apabila masih tiada orang yang mahu mengaku. " Don't make me repeat the same question. And if I do, I'm sure that you won't like it"
Rahangnya diketap kuat. Raess berjalan mengelilingi meja dan berhenti di belakang Encik Shahir. Encik Shahir merupakan salah seorang daripada orang yang penting dalam menjayakan projek besar itu.
Dia letak kedua tangannya di atas penyandar kerusi lelaki itu. " Your perfume must be expensive right? Cause it smells damn good" soal Raess dengan lagak seperti seorang psiko.
"I heard that you buy a new car Mr Shahir. Masyuknya, bulan lepas beli kereta baru. Bulan ni pun beli lagi. Boss kau pun kalah" sindir Raess . Dia melonggarkan tali lehernya apabila Encik Shahir masih diam tak berkutik.
*Bang
Laptop milik Encik Shahir dibaling hingga pecah. Terbuntang mata semua staff melihat tindakan boss mereka itu. Gila! sekali baling je. Memang idola kan boss ni?
Encik Shahir terus bangun. Badannya menggigil melihat pandangan mata tajam Raess yang seperti mahu membunuhnya. Muka lelaki itu merah padam. Dia terus melutut di hadapan Raess.
"Saya minta maaf Tengku Raess. Saya hanya mengikut arahan sahaja. Ali yang arahkan saya untuk membuat transaksi palsu tu. Dia bagitahu saya yang Tengku dah tahu tentang semua pengeluaran duit tu. Ali pun dah maklum-"
"Ali? Ali mana? Ali baba ke? Aku nak jumpa Ali! aku nak dia nyanyi lagu sesungguhnya! Itu lagu favourite aku" Kuzail dan Noah dengan rasa tidak bersalah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Masing-masing memegang ais krim. Seorang satu tub.
Itu nak makan ke melantak sampai satu tub.
*Pukk
"Itu alif satar la bangang. Ni Ali yang dherbs tu. Serbuk arang gigi dherbs, dua kali sehari dherbs!" Kuzail terus duduk di tempat Raess. Noah pula? dia duduk di tempat Steven yang berada di sebelah kanan kerusi Raess.
"Ehh tu alif syukri la! kau pun sama bangang dengan aku. Cakap orang" Kuzail terus menyuap ais krim ke dalam mulut. Mereka buat tak endah sahaja pandangan tajam Raess.
Raess memejam matanya. Apa benda yang setan-setan ni buat kat sini!
Dia kembali berpaling menghadap Shahir yang jelas menunjukkan dia dalam ketakutan. Huh.
"Kau dengar sini setan. You're fired! Aku taknak tengok muka kau lagi dekat dalam syarikat aku. Kalau aku nampak muka kau lagi, Aku akan pastikan kau keluar dari sini dengan tangan kudung. Faham!"
"Ouh yeah, kau jangan lupa pesan dekat Ali. Partner kesayangan kau tu supaya lari selagi boleh. Aku akan cari dia sampai ke lubang cacing and aku akan pastikan yang dia ingat aku sampai bila-bila"
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
Lãng mạn「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki...