University of Manchester, United Kingdom.
Elyana POV
"Ok class that's it for today, please send me your work before 10 p.m thank you."Aku hanya dengar suara itu samar samar , dimanakah aku, apakah yang terjadi sekarang, kenapa aku rasa macam di awang awangan ni? AHHHHH !
Aku...
Aku...MENGANTUKNYA YA ALLAH. HUWAAA!! apa yang jadi dalam kelas tadi pon aku tak tahu. Haihh apa nak jadi dengan kau ni Elyana.
"Woi" kedengaran suara jembalang di sebelah kananku.
"Woi"
"WOI!"
"OHH KAU " terkejut aku apabila mendengar sergahan dari orang sebelah. Kuat gila suara minah ni boleh pecah gegendang telinga aku. Cukup sebulan lagi dah boleh pekak kot rasanya. Takpe nasib sayang.
"Eishhh Wina apa jerit-jerit ni , jangan la kacau shush gi main jauh."
Dengan keadaan yang masih mamai aku menjawab. Penat gila weh siapkan assignment sampai pukul 4 pagi semalam. Tapi salah aku jugak , siapa suruh buat last minute. Haa mendapatlah kau elyana.
"Hotak kau jangan kacau.Class dua jam tadi aku rasa satu apa pon tak masuk dalam otak kau eihhh dah dah bangun. Jom balik " Balas wina kepada elyana.
Geram je aku dengan dia ni orang dah suruh buat kerja awal dia jawab "chill" ha sekarang tengok siapa yang macam orang takde hala tuju.
Siapa yang banyak sangat membebel tu? haaa tu lahh Wina , best friend aku AKA my lovely masyikk . Aku panggil dia masyikk sebab dia tu kuat betul membebel, lepastu perangai macam makcik bawang tahu tak ! Setiap hari ada je benda yang dia nak ajak bergosip ishh bila la nak insaf yekk ? Haa kau tanya la dia sendiri mana aku tau.
"Ishh baiklah intan payung, jom" aku mengemas barang dan kami bergerak keluar dari kelas.
"Wehh sebelum balik , kita pergi food hunting dulu jom! Bosan la kalau balik terus. Nanti duduk dalam bilik je. Lagipun kita tak pernah pergi lagi food festival tu ."
Cadangan wina itu berjaya menarik minat aku. Kami juga masih tidak mengisi perut dari pagi kerana bangun agak lambat untuk bersiap ke kelas. Food festival itu juga kami tidak pernah pergi sebab terlalu sibuk menyiapkan assignment dan design baju untuk final nanti.
"Boleh jugak lagipun perut aku ni dah lapar gila dah dari malam semalam tak makan." Jawab Elyana.
"Itulah kau semalam aku dah suruh kau makan dulu kan , tapi kau buat dunno je .Padan muka" Hm mula dah membebel .
Kami pon bergerak untuk pergi ke food festival. Jaraknya tidaklah terlampau jauh dengan kolej, jadi kami hanya berjalan kaki sahaja.
" Weh nanti aku nak pinjam nota kau tau, macam biasa hehe" Walaupun si wina ni banyak membebel, dia jugalah penyelamat aku apabila aku tidak sempat menulis nota penting di dalam kelas. 'Sebab itu la kita sayangggg dia'.
"Itulah kau, tido lambat lagi kan dah tak boleh focus dalam kelas. Lepastu siapa yang kau cari untuk mintak nota? aku jugak..."
bla...bla...bla .Aku tidak mendengar apa yang dibebelkan oleh wina kerana ada ciptaan tuhan yang sangat indah di depan aku saat ini.
Oh my gosh! MY MR .VANILLA!! 'jeritku di dalam hati'.
AAAA!!! HENSEMNYA DIAAA OMOOO !
Cehh aku hanya mampu menjerit di dalam hati sahaja , nak tegur dia ? Lambat lagi nyah. Benda itu lah yang paling aku takut padahal dia bukannya zombie pon. Tapi entahlah.
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
Romance「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki...