BAB 48

4.1K 223 9
                                    

Hasya dan Viktor masing-masing kerling ke arah Elyana yang sedang jauh mengelamun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hasya dan Viktor masing-masing kerling ke arah Elyana yang sedang jauh mengelamun. Dari pagi tadi lagi wanita itu hanya mendiamkan diri sahaja. Satu kerja pun tak berjalan harini.

"Pelik. Selalunya banyak mulut, ni mesti ada apa-apa ni." bisik Viktor.

"Gaduh dengan suami kot." tambah Hasya lagi.

Mereka berdua terus sambung melakukan kerja apabila Elyana tiba-tiba sahaja berdiri dari kerusinya. Wanita itu terus melangkah laju masuk ke dalam pejabatnya dan terus berlari keluar dari butiknya tanpa berkata apa-apa.




"Tengku Raess Aedden ada dekat bilik dia ke sekarang?" soal Elyana pada pembantu peribadi Raess.

"Err Tengku ada dalam bilik dia puan. Tapi..."

"Puan Elyana?" teguran dari seseorang buatkan Elyana berpaling. Steven dan Harvie dipandang dengan senyuman lebar.

My favourite duo!

"Puan El nak jumpa Tengku Raess ke?" Hazrie bertanya dengan ramah. Steven dibelakang sudah berasa gelisah melihat kedatangan isteri majikannya itu.

"Haah. Dia ada dekat dalam kan? Saya nak suprisekan dia." jawab Elyana dengan penuh teruja. Dia tak sabar nak mulakan misi memujuk Raess!

Farha membuat signal mata pada Steven dan Hazrie. 'Matilah.'

Elyana terus melangkah ke pejabat Raess. Tombol pintu ditarik dan saat dia buka sahaja pintu itu, dia terkedu. Badannya mengeras.

Pemandangan di hadapan matanya itu buatkan hatinya  remuk. Dunia seakan berhenti berputar.

"I tahu dia bukan isteri yang baik buat you, Raess. Kalau I yang jadi-"

"Jadi apa? Isteri yang baik untuk suami aku? Over my dead body."

Raess segera menolak badan Selisya yang agak rapat dengannya. Suara Elyana menyentakkan mereka berdua.

Raess memandang wajah Elyana.

"Sayang," ujarnya.

"Sayang kepala hotak you lah Raess Aedden! Apa yang you buat dengan perempuan gatal ni?!" soal Elyana dengan nada yang tertahan.

Selisya hanya berdiri sambil memeluk tubuh sebelah tangannya naik menyimpul rambut karatnya itu.

"It's not what you think, I tak-"

"You diam!" kata-kata Raess dipotong. Dia melangkah masuk lalu bag tangannya dicampak ke atas sofa begitu sahaja. Elyana mula mendekati Selisya.

"Kau buat apa dekat suami aku hah perempuan!" Lengan Selisya ditarik kasar menjauhi Raess. Jijik dia tengok pakaian tak cukup kain perempuan itu. Baik tak payah pakai baju kalau semua nak tayang dekat orang.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now