BAB 47

3.6K 184 2
                                    

"Okay, enough

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay, enough. Tell me. What's wrong?"

Raess pandang Elyana dengan pandangan kosong. Keningnya terangkat sebelah tanda tidak faham dengan maksud isterinya itu.

"What? Kenapa dengan saya?" soal Raess. Punggungnya berganjak ke tepi untuk melihat televisyen dengan jelas.

Elyana tayang wajah tak puah hati. Dia kembali berdiri di hadapan Raess dan menghalang lelaki itu dari melihat televisyen.

Mulutnya berdecit kecil ketika Raess hanya mengabaikannya. Remote tv terus diambil dan butang off ditekan.

"You're acting weird today. Pagi tadi abang langsung tak jamah pancake pisang yang El masak lepastu abang  tak chat El macam selalu pun. Daripada abang balik tadi sampailah sekarang abang layan El macam nak tak nak aje. Kenapa ni? El ada buat salah ke?" terang Elyana panjang lebar.

Raess hanya diam tapi matanya tajam merenung sepasang mata Elyana.

Elyana mengeluh kecil. "Kalau El ada buat benda yang abang tak suka, bagitahu. Jangan diam macam ni. I tak suka." sambung Elyana lagi.

Raess berdiri lalu kakinya melangkah untuk meninggalkan ruang tamu. Namun lengannya diselar oleh Elyana. Wanita itu kembali menghalang langkahnya.

"Raess, please..."

Raess melepaskan pegangan Elyana. "Elyana I want to ask you something. Who am I to you?" soalnya dengan riak wajah yang serius.

Kening Elyana terus berkerut mendengar soalan itu.

"My husband."

Raess angguk kepala beberapa kali. "So, am I an important person to you?"

"A-apa yang awak cakap ni? Of course you're important to me. Abang orang yang paling penting dalam hidup El."

"If I really matter to you, you'll tell me everything, won't you?"

"Yes! Of course." jawab Elyana dengan penuh yakin.

"Kau ada sorokkan apa-apa dari aku?"

Elyana terdiam. Kepalanya menunduk memikirkan sesuatu. 'Dia...tahu?'

Kepala dipanggungkan dan bibirnya mengukir satu senyuman kecil. "Tak ada."

Raess tersenyum sinis. "Okay, then." Dia terus melangkah menaiki tangga dan membiarkan Elyana seorang diri.

Elyana mahu mengejar langkah Raess tapi nasibnya kurang baik apabila dia tersilap langkah dan membuatkan dia terjatuh.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now