BAB 36

3.8K 185 10
                                    

KERETA dipandu laju tanpa hala-tuju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA dipandu laju tanpa hala-tuju. Hujan yang turun dengan lebat itu seakan menggambarkan keadaan hati Elyana sekarang. Tangisan masih tidak berhenti sedari tadi. Dia mahu melepaskan tangisan sepuas-puasnya. Hatinya luruh apabila teringatkan semua perkara yang diceritakan oleh Selisya sebentar tadi.

Sejujurnya, kisah silam yang Selisya ceritakan tentang apa yang Raess telah lakukan terhadapnya itu cukup buatkan hatinya terluka. Tetapi, jauh di sudut hati, ada satu lagi perkara yang lebih menyakitkan.

Flashback

"You rapat ke dengan Raess?" soalannya itu automatik buatkan Selisya tertawa.

"Raess and me? hahaha tipu sangatlah kalau I jawab 'No'. Kami memang rapat, sejak kecil lagi. My father and his father are friends. So, dari dulu lagi kami berkawan. Selama I berkawan dengan dia, I memang dah kenal sangat dengan perangai dia. He is so protective. Dulu waktu ada orang kacau I or cuba nak mengorat I, I selalu mengadu dekat Raess. And after that, memang habislah dia kerjakan budak-budak lelaki tu. Cute kan? He used to treasure me so much! but now, dah kurang sikit, maybe sebab dia malu or mungkin juga sebab... you?" terselit nada sinis di akhir ayatnya.

Selama mereka bersembang, Elyana hanya perhatikan riak wajah Selisya. Setiap kali dia bercakap tentang Raess, pasti mulut wanita itu tidak lekang dengan senyuman yang lebar. I can see it. The sparks in her eyes when she talks about my husband.

My husband.

Melihat Selisya yang seakan tahu semua perkara tentang Raess buatkan dia berasa terkilan. Terkilan dengan diri sendiri? Mungkin. Dia adalah isteri kepada Tengku Raess Aedden, tetapi dia langsung tidak mengetahui apa-apa tentang suaminya sendiri. Kenangan mereka? satu pun dia tidak ingat. Selama mereka berkahwin, Elyana berasa yang dia masih tidak mengenali suaminya. Makanan kegemaran. minuman, perkara yang Raess suka. Kosong.

Kenyataan bahawa ada perempuan lain yang lebih mengenali Raess lebih dari dirinya sendiri buatkan perasaan Elyana berkecamuk.

Fikiran Elyana melayang entah ke mana. Keretanya hanya bergerak tanpa ada hala tuju langsung. Macam kereta yang bawa dia sekarang ni, bukan dia yang bawa kereta.

Elyana tersedar dari lamunan panjang. Sisa air mata dilap pada baju. Keningnya berkerut apabila matanya melihat kawasan sekeliling. Jalan mana ni? Dan di mana dia sekarang? Perasaan cuak mula menjengah diri. Sudahlah tiada satu pun kereta yang lalu-lalang di kawasan ini. Jam tangan dikerling.

12:30 A.M.

Lampu ditukar High beam disebabkan oleh jalan yang amat gelap dan berliku-liku. Elyana berselawat di dalam hati. Hatinya berasa tidak sedap. 'Macam mana aku boleh tak perasan ni.' Keluhnya di dalam hati.

Kereta dipandu dengan kelajuan perlahan. Nafas lega dihembus apabila ada satu motosikal yang muncul dari belakang.

Fuh ada juga orang, tak adalah sunyi sangat. Matanya sekejap-sekejap di kerling ke belakang.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now