BAB 21

4.2K 167 8
                                    

James author. Car's outside
I'm staring at the same four
Walls in a different hotel
It's an unfamiliar feeling
But i know it so well
Oh, but you know the truth
I had rather hold you
Than this mobile in my hand
But I guess it will do
Cause for you
I would run up My phone bill

Beberapa orang penonton mula bergerak meletakkan bunga ros di hadapan penyanyi pilihan mereka. Siapa yang mendapat jumlah bilangan bunga ros  yang paling banyak , dialah yang akan menjadi pemenang.


You say I'm always leaving
You when you need me the most
But the cars outside
But i dont wanna go tonight
I'm not getting in the Addison Lee
Unless you pack your bags
You're coming with me
I'm tired of loving from afar
And never being where you are
Close the windows lock the doors
Don't wanna leave you anymore
Ooh- ooh Ah
Don't wanna leave you anymore.



Setelah nyanyian tamat, semua orang mula bertepuk tangan. Elyana lihat ke arah jumlah bunga dengan teliti. Memuncung mulutnya apabila bilangan bunga di hadapan Raess sama banyak dengan penyanyi itu.

Mereka masing-masing mendapat lima kuntum bunga. Seri?

Riak wajah Elyana bertukar apabila ada seorang gadis kecil berjalan di hadapan mereka dengan memegang sekuntum bunga ros bewarna putih. Terkedek-kedek dia berjalan menuju ke hadapan.

Melihat langkah gadis itu seakan mahu pergi ke arah Raess, hati Elyana mula berdebar. 'Alaa adik sayang, please don't choose him....'

Raess pandang ke arah Elyana dengan senyuman mengejek. Tetapi senyumannya mati apabila langkah gadis kecil  itu bertukar arah. Akhirnya dia memilih untuk meletakkan bunga ros itu ke dalam bekas penyanyi itu.

Penyanyi itu menjadi pemenang. Semua orang bersorak gembira.

Elyana mengemam bibir. Dia juga sudah bersorak di dalam hati. Melihat muka cemberut Raess buatkan dia rasa mahu menghamburkan tawanya. Tapi dia takut kena balik jalan kaki je nanti.

"That little girl is so cute right?" Suit Raess kembali dipulangkan pada tuannya. Raess hanya menjeling Elyana dengan hujung mata dan terus bergerak ke kereta. Tercetus tawa Elyana apabila Raess terus meninggalkan dia di belakang.

Sepanjang perjalanan, mereka masing-masing hanya mendiamkan diri.

Sampai sahaja di hadapan butik, Elyana terus duduk duduk menghadap Raess. "Ehemm! Jangan lupa janji you hahahahhah bye! Assalamualaikum!"

Usai berkata begitu, dia terus keluar dari kereta dengan gembira. Hampir tergelak besar dia melihat reaksi lelaki itu tadi.

"Haih comel betul Mr. Vanilla saya ni. Seronok juga bergurau dengan dia ni! nanti nak buat lagi la"

Raess di dalam kereta hanya menggulingkan biji matanya tanda menyampah. Dia tayang riak wajah bosan. Tanpa melengahkan masa, dia terus bergerak ke office untuk sambung bekerja.














"Tak boleh.. Cik kena ikut peraturan butik ini." Masuk sahaja butik Elyana terdengar ada pergaduhan di meja kaunter. Berkerut dahinya melihat keadaan yang agak tegang antara Victor dan pelanggan. Tanpa berfikir panjang, dia terus mendekati mereka.

"Hi, is there any problem?" soalnya penuh lemah lembut.

Seorang perempuan yang sedang bercekak pinggang pusing menghadapnya dengan muka yang bengis. Dia pandang Elyana dari atas ke bawah. "You owner butik ni ke? " soalnya kasar. Elyana menayang senyuman kecil. "Yes I am. Can I know what's happening here?"

*Pak

Membulat mata Victor melihat tindakan tindakan gadis itu. Air liur ditelan perit.

Mata Elyana terpejam apabila gadis itu bertindak untuk mencampak baju tepat pada mukanya.
Nafas dihela perlahan.

Baju yang sudah selamat mendarat di atas lantai itu diambil dan dipagang kemas.

"Kenapa baju ni tak sama macam yang I nak? I dah tunjuk design baju yang i nak haritu kan? Ini! Tengok! Kenapa diamond dia tak banyak macam dalam gambar tu? Ni mesti sebab pekerja you yang pemalas ni kan! Habis rosak dress kahwin I!" Victor hanya mendiamkan diri sahaja. Tangan digenggam erat.

"Saya rasa pihak kami sudah maklumkan pada Cik minggu lepas bukan? Kami hanya mengikut permintaan yang sesuai dengan jumlah bayaran sahaja. Cik cakap nak bajet baju dengan harga Rm 7k sahaja, jadi kami pun buatlah sehabis baik untuk memadai baju Cik dengan harga yang ditetapkan".

Tenang Elyana membalas.

Belum sempat wanita itu mahu mengherdik, Elyana memotong. "Lagipun, saya diberitahu dari staff saya bahawa pihak kami sudah pun menelefon Cik untuk beberapa kali, tetapi satu panggilan pun tidak diangkat."

"What? Hei! I bagi 7k tu kira banyak la! Apa salahnya kalau you tambah je diamond tu lebih sikit? Itu pun nak berkira ke? Lagipun, I tiada masa lah nak angkat panggilan korang ni. I busy." jawab wanita itu angkuh.

Elyana tergelak sinis. Melihat reaksi Elyana yang seakan ingin mengejeknya, gadis itu naik berang.

"Cik, saya ni berniaga bukan bersedekah. Kalau semua orang saya buat macam tu, bankrup la saya. Baik saya buat baju untuk diri sendiri je. Lagi satu, kalau Cik rasa tiada masa langsung nak jawab panggilan dari pihak kami, kami pun 10 kali ganda tiada masa untuk melayan karenah Cik yang mengarut ni.

I'm sorry if I'm being rude to you, but my mom taught me to respect people who know how to respect others."

Wanita itu menjeling Elyana lalu menyenggol lengan tunangnya di sebelah sebagai isyarat untuk membelanya. Lelaki itu hanya mengeluh panjang.

"Err.. kalau you buat dulu macam yang dalam gambar tu boleh? Nanti I bayar kemudian."

Terangkat kening Elyana. 'Nanti? Fuhh'. "Saya minta maaf tapi saya rasa dah tidak boleh nak bertolak ansur lagi. Awak dengan tunang awak datang butik saya, marah ,tengking, maki, dan menghina pekerja saya sesuka hati. Baju tu pun kalau awak nak tahu sudah lebih dari jumlah 7k yang awak banggakan sangat tu.

So, let's end this nonsense. Saya nak tunang awak ni minta maaf pada pekerja saya terlebih dahulu. If not then our deal is over. No objection,  Take it or leave it" tegas elyana berkata. Jika dia sahaja yang dihina, tidak apa dia tidak kisah . Tetapi dia cukup tidak suka apabila perkerjannya yang dicaci oleh pelanggan.

"What? You nak I yang minta maaf dulu? Huh. In your dreams! Korang semua ni tak layak la nak dapat kata maaf daripada I!"

Elyana hanya tersenyum kecil sambil angguk kepala beberapa kali. "Okay then? Dekat depan sana, pusing kanan sikit, you akan nampak pintu keluar. Kalau boleh cepat sikit pun lagi bagus. Terima kasih."

Huh! Beg tangan diambil kasar dan wanita itu terus keluar dari butik. Lelaki itu tunduk sedikit kepalanya tanda minta maaf pada Elyana dan terus mengikuti langkah tunangnya.

Elyana pejam mata lalu mengeluh berat. Pelipis dahinya diurut. "Makin lama makin pelik perangai manusia yang datang butik ni. Kenapa ya?" Victor dan Hasya masing-masing turut angkat bahu mereka  dan terus bergerak  mengemas semua barang yang berselerak di atas lantai.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now