BAB 43

3.2K 141 4
                                    

Tengku Raess Aedden mengeluh berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Raess Aedden mengeluh berat. Tangannya menggenggam tangan isterinya erat. Seperti tidak mahu lepas. Sesekali tangannya diangkat mengusap wajah isterinya.

Sebak hatinya melihat keadaan Elyana sekarang dengan kesan lebam dan luka kecil di wajah mulusnya. Sekiranya dia tiba lebih awal, pasti isterinya tidak akan dipukul teruk begini.

Lelaki tu memang dah melampau.

Perasaan marahnya meluap-luap apabila mengingat kembali kejadian sebentar tadi. Wajahnya yang tenang terus bertukar bengis dan sesekali dia menundukkan kepalanya.

"You'd better bear the consequences, Ziyyad."

Pintu wad Elyana diketuk lalu Steven mula melangkah masuk ke dalam. "All set, Tengku."

Tanpa membuang masa Tengku Raess terus berdiri dan mengucup dahi isterinya sebelum keluar dari wad. Pengawal di luar wad. Dia mengarahkan pengawal di luar wad untuk memastikan bilik itu dikawal ketat, dan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk tanpa izinnya.



Mata Ziyyad ditutup dengan kain hitam dan kedua-dua tangannya diikat dengan tali. Sebaik sahaja kereta berhenti, dia segera ditarik keluar dengan kasar.

Ziyyad hanya akur mengikut langkah orang-orang itu kerana dia sudah tidak berdaya untuk melawan lagi. Mereka ramai jadi mustahil baginya untuk melarikan diri.

Langkahnya terhenti apabila dia merasakan seperti sedang menaiki tangga kayu. "Cepatlah bodoh! Tercegat apa yang kau tercegat lagi."

Ziyyad diarahkan  untuk duduk di atas sebuah kerusi dan badannya diikat erat pada kerusi tersebut. Akhirnya kain yang menutup matanya dibuka dan Ziyyad mula membuka matanya perlahan-lahan.

Sunyi.

Tempat ini.

"Hai." matanya memandang tepat ke hadapan, di mana Tengku Raess Aedden sedang berdiri dengan jarak yang agak jauh.

Ziyyad memerhati sekelilingnya. Dia sedang... berada disebuah rumah. Rumah yang amat dibencinya.

Tapi macam mana?

"Kenapa? Terkejut? Atau dah lupa? Tak akan dah lupa kot. Come on, Ziyyad" Raess hanya berdiri sambil berpeluk tubuh, memandang lelaki otu dengan pandangan sinis.

"Aku hantar kau balik rumah ni. Kau tak suka ?" Ziyyad terus tertelan air liur mendengar kata-kata itu. Raess dipandang tajam.

Ya, sekarang dia sedang diikat di dalam rumah arwah ibu bapanya. Rumah ini pernah dia jual suatu ketika dahulu , semata-mata untuk mendapatkan wang bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama Elyana.

Raess hanya memandang Ziyyas sambil tersenyum sinis. Dia berdiri betul-betul di luar rumah, memastikan semua tingkap dibuka luas. Supaya lebih mudah. Mudah untuk dia menyaksikan lelaki ini tersiksa.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now