BAB 38

4.6K 224 7
                                    

Periuk dipanaskan untuk beberapa saat lalu Elyana mula memasukkan dua sudu mentega

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Periuk dipanaskan untuk beberapa saat lalu Elyana mula memasukkan dua sudu mentega. Setelah mentega sudah cair dia terus masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang sudah dipotong halus.

Apabila warna bawang itu sudah bertukar keperang-perangan, dia terus masukkan daging kisar dan sayur lobak merah. Selepas itu barulah dia masukkan beras dan air. Periuk itu kembali ditutup dan hanya perlu tunggu untuk dimasak sahaja.

Sementara menunggu bubur masak, Elyana melangkah naik ke atas untuk melihat keadaan Raess. Senyap je. Dah mandi ke?

Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu dibuka perlahan. Mata Elyana jatuh pada Raess yang sedang berdoa di atas sejadah. Tidak mahu mengganggu fokus Raess, dengan perlahan lutut dilabuhkan di atas lantai tepat dibelakang suaminya. Dia menunggu Raess habiskan doanya sambil mengaminkan juga doa tersebut.

Usai berdoa, Raess terus pusing kebelakang. Wajahnya terus bertukar gembira apabila melihat wajah isterinya itu. "Come." Elyana dipanggil mendekat. Wanita itu tidak membantah malah dia hanya akur mendekati Raess.

Raess terkedu saat Elyana merangkul kepalanya lalu badannya dipeluk erat. "Aik? tadi bukan ke dah peluk lama? Rindu sangat ke?" terlepas tawa di mulut apabila perutnya dicubit perlahan. Mereka hanya mendiamkan diri sambil melayan perasaan masing-masing.

Belakang badan Elyana ditepuk perlahan seperti seorang bayi. "Rindu sangat." jawab Elyana perlahan. Tapi cukup jelas di telinga Raess.

"Kalau macam tu, jangan tinggal aku seorang lagi. Boleh?" Elyana kembali duduk menegak selepas mendengar soalan itu. "Boleh! Tapi ada syarat."

"What is it?" soal Raess dengan kening sebelah yang terangkat.

"Awa- ehh! bubur saya!" tak sempat mahu menyatakan syaratnya, Elyana terus berlari ke dapur. Nasib dia teringat yang dia tinggalkan bubur dia macam tu aje. Ish Raess la ni yang salah.

Tawa Raess terhambur melihat kelakuan isterinya itu. Haihlah sayang, jangan bakar rumah ni sudah.














"Awak! cepatlah sikit! Lambat lah, macam kura-kura."

"Laju! Laju! Barulah badan tu boleh sihat!"

"Go Raess go!"

Raess yang jauh ketinggalan dibelakang dipandang bosan. Hisy! lambat betul dia ni ya. Elyana berhenti lalu mendekati Raess yang sudah tercungap-cungap. Kasihan.

"Awak penat ke? Macam dah tak larat je saya tengok. Kalau tak larat, duduk dulu jom." pertanyaan Elyana dibiarkan tidak dijawab.

Bibir dikemam kuat apabila Raess memberikan jelingan tajam kepadanya.

"Ouh come on Tengku. Takkan dah pencen? Tengok saya ni. Hebat, tangkas, laju ssup ssup!" Raess geleng kepala mendengar perkara itu. Tangkas? laju?

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now