BAB 49

261 32 0
                                    

"Awak balik pukul berapa hari ini?" soal Elyana sambil tangannya menyembur YSL Libre pada badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak balik pukul berapa hari ini?" soal Elyana sambil tangannya menyembur YSL Libre pada badan. Raess yang sedang berdiri dibelakangnya hanya mendiamkan diri.

Dahi Elyana berkerut melihat suaminya itu. Dah kenapa diam pula ni?

Raess hanya berdiri tegak sambil merenungnya melalui pantulan cermin. Masih tidak mahu bercakap.

"Kenapa tengok I macam tu?"

"No more abang?" soalnya sepatah. Wajah Elyana terus dijeling. Ush tajam betul jelingan dia.

Elyana ketap bibir menahan tawa melihat wajah yang sudah mula berubah masam itu. Alamak! Dia terlupa. Kan dah merajuk encik suami.

"Ups, my bad. Saya terlupa. Abang nak balik pukul berapa harini?" soalan itu diaju sekali lagi tak apalah asalkan suaminya bahagia. Elyana berpaling menghadap Raess dan dia mendekatkan jarak antara mereka. Kedua lengannya diletakkan di atas bahu Raess.

"Aduh sayang!" aduh Raess kuat secara tiba-tiba.

Elyana cuak. Terus gelabah dia dibuatnya. Matanya membuntang sambil kedua tangan diangkat ke atas. "Kenapa?" jelas riak risau di wajahnya.

"Aku rasa macam tak larat nak pakai tie. Tangan ni rasa lembik lagilah. Dari semalam lagi semuanya sebab kau la ni." jawabnya sambil bibir mula tersenyum nakal.

Elyana turut membalas senyuman itu. "Tak payah nak lembik sangatlah. Cakap je nak saya pakaikan untuk abang. Mengada betul." ayat terakhirnya disertakan dengan satu jelingan tajam. Tersengih Raess dibuatnya.

Elyana memakaikan tie untuk Raess dengan tekun. Raess pun tekun juga. Tekun merenung isterinya yang cantik ini. Wajah isterinya ditatap dengan penuh minat.

"Done," kedua bahu Raess ditepuk beberapa kali lalu Elyana berpura-pura seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Tapi macam tak lengkap la, macam kurang sesuatu." ujarnya. Jari telunjuk diangkat mengetuk dagu.

"Apa? Kau nak cakap aku tak cukup hensem ke harini?" soal Raess dengan nada tidak puas hati. Cermin terus dia dekati dan penampilannya dibelek satu persatu. "Handsome. As always."

Elyana menekup mulutnya dengan tangan. Confidentnya laki aku ni?! Mana dapat keyakinan diri sampai macam ni sekali? Aku kena cari tahu ni siapa guru dia.

Tapi itu memang kenyataan pun. Suami dia memang hensem sebab tu dia takkan lepaskan Raess. Terutama sekali dekat perempuan gedik tu. Menggeletis.

"So, what's your plan for today?" Tangan Raess bergerak menolong Elyana menyarungkan gelang dan cincin di tangannya.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! Where stories live. Discover now