BAB 28

4.6K 191 5
                                    

Tangan yang sedikit menggigil itu digenggam kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tangan yang sedikit menggigil itu digenggam kuat. Berpeluh. Migrain. Sakit perut. Semua rasa yang tidak enak ada dalam dirinya sekarang. Dari mula make-up sampai sekarang dia hanya banyak mendiamkan diri sahaja. Soalan pun dijawab hanya dijawab sepatah-sepatah.

Sedang dia ralit merenung diri dari pantulan cermin, Elyana tersentak apabila bahunya disentuh oleh seseorang.

"El." tegur Wina. Dia melihat Elyana dengan pandangan yang sebak.

Wina mengambil tempat di sebelah Elyana. Matanya merenung anak mata Elyana dalam. Kedua tangan menggenggam tangan Elyana erat.

"Nak kahwin dah kawan baik aku sorang ni." Mata Wina sudah mula berkaca. Elyana juga berasa sebak. Dia membalas genggaman Wina dengan erat. Melihat setitis air mata Wina yang jatuh buatkan matanya turut berkaca.

"Wina... jangan la menangis. Aku baru make-up la..." kata Elyana dengan suara yang bergetar.

Wina tertawa kecil tapi air matanya turun semakin laju. "Tahniah masyik. Nanti dah jadi isteri orang, jangan jadi keras kepala sangat. Dengar cakap suami, jadi isteri yang solehah okay? Kalau kau perlukan aku, just come to me. Aku ada untuk kau."

"Janganlah nangis...kau buat aku sedih." tangisan Elyana juga pecah.

"Thank you for being a great friend and sister to me. Thank you for being a part of my life and always supporting me when I was at my lowest. Only Allah knows how much I love you, masyik," usai berkata begitu, Wina terus bergerak memeluk Elyana. Lama.

"Thank you juga for everything. Kau kawan aku dunia akhirat." Mereka berdua hanya berpelukan melepaskan rasa hiba masing-masing sebelum pintu bilik dibuka oleh Puan Shifa.

"Eh kenapa menangis ni?" soal Puan Shifa lembut. Bahu Wina dan Elyana digosok perlahan. Dia faham perasaan mereka .Iyalah, Wina sudah berkawan dengan Elyana dari kecil lagi. Melihat kawan baik sendiri mahu menjadi isteri seseorang, mesti dia berasa sebak.

Wina bergerak mengambil tisu lalu dihulurkan pada Elyana. Akhirnya mereka bertiga tertawa. "Kenapa kita buat jejak kasih sekarang. Habis make up aku hiks...hiks..."

"Yang kau pergi menangis juga apasal? biar jelah aku sorang aje yang menangis." balas Wina.

"Aku sad la!"

Puan Shifa yang menyaksikan pergaduhan itu hanya menggelang kepala. "Dah sudah. Ni mummy nak bagitau, Tok kadi dah sampai dekat bawah. Nanti mummy panggil El terus turun okay. Tak lama dah, Get ready." Puan Shifa sudah berdiri untuk melangkah keluar tetapi lengannya ditarik dari belakang.

"El takut la mummy. Betul ke apa yang El buat ni..." melihat raut wajah Elyana buatkan hati Puan Shifa tersentuh. Dia yakin Elyana masih keliru tetapi dia percayakan Raess. Raess pasti boleh bahagiakan anaknya. Sebab itulah dia berani lepaskan Elyana pada Raess.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now