AAAAAAAHHH!!!"BOSSSSSSS!!"
Kedua-dua menjerit kerana masing-masing pun terkejut . Tangan Elyana yang ingin menghayun kayu ke arah 'Pencuri' itu terhenti selepas tersedar siapa individu yang sedang merangkak di bawah meja itu.
Raess terus membuka suis lampu untuk melihat muka pencuri itu dengan lebih jelas.
*tap
Sebaik sahaja lampu dibuka, Elyana terus menghembuskan nafas lega apabila wajah Viktor yang terpampang di hadapannya sekarang ini. Lelaki itu masih mencangkung di bawah meja dengan muka dalam ketakutan.
Syukur. Dia bersyukur bila dapat tahu yang kedainya tidak dipecah masuk oleh pencuri. Wajah Elyana terus bertukar garang.
Viktor yang berasa takut dan bersalah itu berdiri perlahan-lahan sambil meletakkan tangan dibelakang. Kepala terus ditunduk, tidak berani mahu melihat wajah garang majikannya itu.
"What are you doing here?! Terkejut tahu saya tengok ada benda merangkak bawah meja tadi. Nak gugur jantung saya". Soal Elyana dengan nada garang.
"Nasib baik saya tak pukul awak degan kayu ni. Kalau tidak memang innalillah dah!" Sambungnya lagi. Ya, nasib baik Viktor jerit 'Bos' tadi. Kalau tidak memang dah lama kayu tu hinggap di muka Viktor.
Viktor terus angkat muka kepala yang tidak gatal digaru "Sorry b-boss sa-ya cu-cumaaaa". Tergagap-gagap dia mahu beritahu perkara sebenar.
"Cuma apa?!"
"Cuma nak cari kunci kedai sahaja"
"Cari apa?" soal Elyana lagi. Dia mahu dengar dengan lebih jelas. Keningnya terangkat sebelah.
Viktor yang berdebar-debar itu bermain dengan jarinya. "Kun-kunci hilang.." Jawabnya perlahan.
Elyana pandang Viktor dengan pandangan yang tidak percaya. Dia mencekak pinggang sambil mengurut kepala. Raess yang ditepi meja itu hanya santai bersandar sambil melihat perbualan antara majikan dan pekerja itu.
"Lepastu? Kenapa you tak call or chat I? You tahu tak, nak tercabut jantung I ni bila Madam Ween telefon I bagitahu yang butik kena pecah masuk!"
Viktor masih tunduk kepala bermain dengan jarinya. Takut! 'Bukan jantung boss je yang nak tercabut ni , jantung saya pun rasa nak meletop bila tengok ada singa belakang saya tadi' bebel Viktor di dalam hati.
"Sorry boss. Actually saya takut nak bagitahu boss. Saya panic sangat tadi, itu yang saya masuk ikut pintu belakang".
Elyana menggelengkan kepalanya. "Ha jumpa ke tak kunci tu?" Viktor geleng kepala. "Not yet"Perlahan sahaja suara itu menjawab. Dari rumah dia cari sampai ke kedai pun masih tak jumpa. Manalah kunci tu lari agaknya kan?
"Takpalah, kalau tak jumpa juga nak buat macam mana. Nanti esok pagi you datang rumah I ambil kunci". Elyana turut kesian dengan Viktor. Dari reaksi muka lelaki itu nampak sangat yang lelaki itu amat takut dan bersalah.
Viktor pandang Elyana dengan terkejut. Raess yang dengar jawapan Elyana itu terus pandang tepat ke muka gadis itu. Keningnya terangkat ke atas mendengar jawapan Elyana. 'Baik rupanya ladyboss sorang ni. Tadi bukan main muka garang macam nak makan orang'.
Tengku Raess Aedden sedang leka bermain telefon sambil bersandar pada pintu keretanya. Elyana keluar dari butik sambil tersenyum manis. Dia berdiri tepat dihadapan Raess tanpa berkata apa-apa.
Raess pandang gadis itu dengan pelik. Kedua keningnya diangkat tanda menyoal. Elyana geleng kepala. "Thank you sebab sudi teman saya tadi. Walaupun pencuri tu hanyalah pencuri taik ayam sahaja, tapi saya amat menghargai kebaikan anda wahai Tengku Raess Aedden yang tampan".
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
Romance「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki...