BAB 41

3.9K 256 7
                                    

"Where are you going?!" Jeritan dari Tengku Hadi menyentakkan Tengku Raess yang sedang bermain di dalam biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Where are you going?!" Jeritan dari Tengku Hadi menyentakkan Tengku Raess yang sedang bermain di dalam biliknya. Dia terus berlari menuju ke pintu dan melekapkan telinganya pada pintu bilik.

"Safira Filya! Answer me!"

"Lepaslah!"

Budak lelaki yang berusia enam tahun itu mengeluh berat. Apa lagi yang terjadi ni. Setiap hari mesti terjadi pergaduhan dalam rumah ini. Sampaikan dia sendiri sudah tidak tahan.

Dua adiknya yang sedang bermain di atas katil dikerling. Tombol pintu dibuka dengan kadar perlahan. Tidak mahu membuat sebarang bunyi.

Dia mengejar langkah papa dan mommynya. Sampai sahaja di ruang tamu, dia terus berdiri dibelakang dinding.

Kepala dijengul sedikit ingin mengintai apa yang terjadi. Nampak seperti pergaduhan yang besar.

"Aku nak keluar dari rumah ni! Aku dah tak tahan la nak hidup dalam tempat yang macam neraka!" jerit Safira Filya, ibu kandung kepada Tengku Raess Aedden.

"Apa benda yang you merepek ni?! Anak kita macam mana? Takkan you nak tinggal dia orang macam tu aje?!" Tengku Hadi sudah hilang sabar. Luggage besar isterinya itu ditarik.

"Pergi mampus lah dengan anak-anak! I penat, dah tak tahan nak hidup macam ni. I nak bebas!" jawab Safira Filya dengan nada tinggi.

Tengku Hadi genggam tangannya kuat. Lelaki berkulit putih yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan pintu itu dipandang tajam.

"Who is he?"

"My boyfriend." jawab wanita itu tanpa berfikir panjang.

*Pang

Tengku Hadi terus menampar wajah isterinya itu. Wajahnya memerah menahan diri dari bertindak lebih agresif. Suami manakah yang boleh bersabar apabila isterinya keluar rumah berhari-hari lamanya dan pulang dengan lelaki lain. Selama ini dia sabar sahaja, tapi kali ini memang sudah melampau.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? You are still my wife!Kau boleh mengaku yang jantan tu teman lelaki kau depan aku? suami kau sendiri!"

Safira Filya pegang pipinya sambil tersenyum sinis. "Kenapa? kau rasa tercabar? kalau kau rasa aku ni isteri derhaka, tak berguna, kau ceraikan je lah aku! apa susah? Aku pun dah muak, bosan hidup dengan kau." jawab wanita itu dengan penuh berani.

"Ini rupanya perangai sebenar kau."

"Haah. Kenapa? Jahat ke? Maaflah tapi aku cuma balas benda yang sama kau buat dekat aku. Jangan ingat I tak tahu you pun ada simpan perempuan lain belakang I kan? huh patutlah selalu balik lambat, asyik berkepit dengan telefon. Rupanya simpan perempuan lain. Now look? kifarah untuk you. You dah tak ada apa-apa sekarang Hadi. Dan I... I taknak hidup dengan orang yang susah dan penipu macam you." Wajah Tengku Hadi direnung dengan riak puas. Sudah lama dia pendam rasa di dalam hati.

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now