Lambaian tangan dari seseorang yang sedang duduk di meja sebelah kanan dalam restoran itu menggamit langkah Elyana. Wanita yang berpakaian agak seksi itu menayangkan senyuman yang manis kepadanya. Pipi mereka dilaga tanda mesra.
"Finally berjumpa pun kita!" ucap Selisya dengan nada yang teruja.
Elyana hanya tertawa kecil. Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan Selisya. Riak wajahnya cuba dikawal sehabis baik. Hatinya gusar, dia rasa seperti diperhatikan sepanjang perjalanan ke sini. Dan yang paling membimbangkan, dia telah melakukan satu kesalahan.
Melanggar arahan suaminya sendiri.
Ya. Usai turun dari kereta Raess, lelaki itu awal-awal sudah berpesan bahawa dia harus memberitahu Raess dahulu jika dia mahu pergi ke mana-mana. Tetapi, dia yakin jika dia beritahu Raess bahawa dia mahu berjumpa dengan Selisya, dia yakin yang suaminya itu tidak akan benarkan sama sekali.
Selepas mereka berdua membuat pesanan, Selisya kembali memberi perhatian sepenuhnya terhadap Elyana. "So, how's life?"
"Alhamdulillah everything's fine. How about you?" jawapa Elyana hanya pendek sahaja. Jujur, dia tidak tahu apa yang dia mahu ceritakan pada wanita ini. Takkan dia nak cakap 'Tengah dalam fasa nak ingat siapa husband sendiri?'
"Nah, mine is not really good. Spend most of my time working and shopping. Ulang benda yang sama je. I Usually..." perbualan antara mereka berlarutan hingga hampir setengah jam.
"Tengku Raess Aedden, he's your husband right?" soal Selisya secara tiba-tiba setelah mereka berdua diam untuk beberapa saat.
Elyana yang sedang meneguk hot chocolate terus panggung kepala saat medengar soalan itu. Kepala diangguk perlahan-lahan.
"Yes, nak dekat sebulan dah kami berkahwin. Why?" lihat dari riak wajah Selisya, Elyana berasa wanita ini seperti mahu memberitahu sesuatu kepadanya.
"No, I just curious lah macam mana you guys boleh got married. Like how you boleh terima dia as your husband." soal Selisya dengan nada yang sarkastik.
Berkerut dah Elyana apabila mendengar soalan itu. "Apa maksud awak?" wajah Selisya dipandang serius.
"Aik? Korang kan musuh dulu? I rasa semua orang pun tahu yang korang berdua ni memang terlalu benci antara satu sama lain. Especially you." Elyana terdiam. 'Musuh?'
Aku dengan Raess?...
Selisya tersenyum dalam diam. Suka dia melihat reaksi wajah Elyana.
" I bencikan Raess?"
Selisya angguk kepala dengan bersungguh-sungguh. "Yup. You dulu benci sangat dengan Raess sampaikan tengok muka dia sikit pun, you taknak. Tapi I faham je kalau you benci dia. Iyalah, apa yang dia buat dulu pun melampau. Kalau I pun I marah." ujar Selisya.
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
Romance「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki...