BAB 45

3.6K 188 6
                                    

Elyana termenung jauh ke luar sambil otaknya berusaha memikirkan satu alasan untuk dia berikan pada Raess supaya dia dapat keluar dari rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elyana termenung jauh ke luar sambil otaknya berusaha memikirkan satu alasan untuk dia berikan pada Raess supaya dia dapat keluar dari rumah.

Keluhan berat dilepaskan. Bosannya... nak ajak siapa main dengan dia ni? Raess sudah pergi ke pejabatnya katanya harini ada banyak meeting penting. Lepastu dia tinggal je isteri dia ni seorang diri dalam rumah besar ni!

Ey geram betul! Riak wajah tidak puas hati mula terpancar di wajah. Pagi tadi, dia sudah minta izin untuk pergi ke butiknya tapi Raess tetap berkeras mengatakan bahawa keadaan sangat bahaya untuknya.

Walaupun kejadian pahit itu sudah berlalu sebulan yang yang lepas, lelaki itu tetap tidak mahu dia keluar dari rumah.

Sebulan?! Siapa je yang tak bosan. Pipi ni pun dah tersembul keluar dah sebab asyik makan je.

Nak buat macam mana? Bosan kan, so kita makan. Lagipun, siapa suruh suaminya itu belikan makanan banyak-banyak dalam peti ais.

I makan sebab tak nak membazir.

Perempuan tak pernah salah. Ingat tu.

Matanya memincing melihat pengawal yang menjaga kawasan sekeliling rumah itu. Jari telunjuk naik mengetuk dagu.

Ha!

Mulutnya terus tersenyum nakal. Jom kita main picnic!

"Hisy. Kalau kau orang tak nak main picnic, I lari rumah. Takpun, I panjat bumbung."

Barz terkial-kial apabila direnung tajam oleh isteri majikannya itu. Wajah Amin dan Azam dipandang.

Kedua lelaki itu menggeleng kepala dengan membuat isyarat mata untuk tidak bersetuju. Mati mereka kalau Raess tahu tentang benda ni.

"Bazar!" jerit Elyana. Matanya merenung mereka tajam sambil tangan memeluk tubuh. Lama betul fikir ni kenapa? Orang ajak berkelah aje pun bukan panjat pokok!

"Barz puan. Nama saya Barz bukan bazar." Jawab Barz dengan nada pasrah.

"Tapi Tengku Raess arahkan kami-" belum sempat dia menyatakan sebabnya, Elyana terus memotong.

"Aip. Sekarang dekat rumah ni ada siapa?"

"Puan Elyana." jawab mereka bertiga serentak.

"Tengku Raess awak tu tak ada kan? Jadi, awak kena ikut arahan orang yang ada di rumah. Dan orang yang ada di rumah sekarang ni ialah, saya! So, maksudnya sekarang ni arahan saya seorang sahaja yang valid. Arahan Tengku Raess tak valid sebab dia tak ada. Faham?"

"Tapi puan-"




"Okay, next question! Kalau ada beruang kejar kita, kita cakap apa kat dia?"

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now