Steven melangkah masuk ke dalam pejabat Raess dengan pantas. Envelope di tangannya dipegang kemas.
Raess yang sedang fokus melakukan kerjanya terus angkat kepala apabila dengar pintu pejabatnya diketuk dari luar. Saat dia ternampak envelope di tangan Steven mukanya terus berubah serius.
Envelope itu diambil lalu terus dibuka. Saat melihat isi di dalam envelope itu, Raess mengetap rahangnya. Kuat. Tangannya digenggam sehingga timbul segala urat di lengannya. Steven hanya diam berdiri. Dia tahu Raess sedang mengawal amarahnya sekarang.
Gambar Elyana yang sudah dilumuri dengan cecair bewarna merah itu dilihat dengan sebal. 'How dare you'
*Bukk
Meja kerjanya ditumbuk kuat. Dadanya berombak kasar. "What the hell is wrong with them?"
"Bullshit"
"Aku nak kau pastikan yang dia orang tak boleh sentuh Elyana sedikit pun. Make sure you check on her all the time. Tapi jangan sampai Elyana perasan, aku taknak dia rasa rimas dan terkongkong."
"Noted, sir." Usai berkata begitu, Steven terus melangkah keluar.
*Huh
Tengku Raess Aedden menjatuhkan badannya di atas kerusi dengan kasar. Nafasnya dihembus berat. "If anything happens to her, I swear, I will kill you."
'Try me.'
Elyana menutup butiknya. Seperti biasa, hanya dia sahaja yang masih tinggal. Pekerja lain semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Saat dia mahu mengunci pintu, dia merasakan seperti diperhatikan oleh seseorang. Kepalanya terus berpaling ke belakang.
Kosong. Tiada siapa pun. Hatinya mula berasa tidak enak. Dia terus bergegas pulang ke rumah.
Tiba sahaja di rumah, Elyana ternampak ada satu sampul surat di hadapan pintu pagar rumahnya. Dia terus mengambil surat itu lalu mengunci pintu rumah. Tanpa membuang masa, Elyana terus buka sampul surat itu. Isi surat itu dibaca dengan wajah yang keliru.
*Tchh
Elyana Lyra berdecit. Kepala digeleng kecil. Ini bukan kali pertama dia terima surat seperti ini. Termasuk kali ini, sudah lima kali perkara ini terjadi. Isi kandugan surat itu ialah seperti mahu memberi amaran padanya untuk menjauhkan diri daripada Raess. Elyana keliru. Kenapa? dan siapa yang berani lakukan perkara ini? Lagipun, mereka semua sudah bersetuju untuk tidak menghebohkan tentang pertunangan ini pada sesiapa pun. Hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. Jadi, persoalannya sekarang ini, macam mana individu ini boleh tahu? Haih Elyana terus memicit kepalanya. Pusing.
Elyana membuat keputusan untuk tidak memberitahu Raess tentang perkara ini kerana dia tidak mahu lelaki itu risau. Biarlah. Selagi individu itu tidak keterlaluan, dia hanya akan simpan sahaja perkara ini.
Mak Tih sedang tekun menyiram pokok di halaman rumah agam Tengku Hadi. Hari ini dia berasa sangat senang hati kerana tugasnya semua selesai dengan cepat. Dia menyiram pokok sambil bernyanyi .
"Shikk shakk shokk zubiya hariri zaguerrok~
Shikk shakk shok-
*Prang
Oh mak kau!"
Hampir terkeluar jantung Mak Tih apabila terdengar seperti ada kaca yang jatuh dari dalam rumah. Getah paip di tangannya terus dicampak lalu dia terus berlari masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan di dalam. Tingkat dua terus dutuju.
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
Romantik「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki...