Miss Flower | 11

12.3K 498 5
                                    

Alisha bersandar pada kerusi kayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alisha bersandar pada kerusi kayu. Mata melilau segenap kafe. Tempat dia bekerja. Dia bukan datang sebagai pekerja tetapi sebagai pelanggan. Bukan curi tulang tapi cuti.

Sadis betul. Orang bercuti pergi mall, pergi cafe hunting tapi Bercuti di tempat dia bekerja

Alisha ketawa sendiri.

Dari ketawa bertukar senyuman manis. Jejaka yang dinanti-nantikan sudah tiba. Siapa lagi kalau bukan...

Zafran Mikhail.

"Sorry lambat."

Alisha mengeleng. Bibir tak lepas dari senyuman.

"Tak apa."

"Alisha, minggu depan ada reunion dengan sekolah kita yang dulu. Awak nak ikut ke?"

Tanpa salam Zafran buka topik perbualan yang semahunya dia mahu ungkit. Dia sudah melupakan zaman persekolahannya. Semua termasuk kisah hitam...

Alisha pejam mata sejenak. Cuba hapuskan bayang - bayang yang cuba takutkan dirinya.

"T-tak kut. Saya busy." Alisha senyum paksa.

"It's okay. Saya ajak kawan saya yang lain," balas Zafran bersahaja.

Alisha mengeluh perlahan. Mula lah muncul perasaan serba salah.

"Sorry sebab tak boleh teman awak."

Zafran senyum nipis. Dia bangun berdiri.

"It's fine. Saya pergi dulu. Ada hal nak kena settle. Take care, bye." Zafran pergi tinggalkan Alisha dalam keadaan terpinga-pinga.

Ajak berjumpa untuk cakap itu saja. Dia membazir masa hampir sejam tunggu tapi berbual tak sampai 5 minit.

Alisha bersandar lemah pada kerusi. Wajah berubah mendung, sama mendung dengan langit di luar. Saban hari jarak antara dia dan Zafran semakin jauh seakan ada sesuatu yang berubah.

Dia berubah atau Zafran yang berubah?

Dia ada buat silap membuatkan Zafran menjauhkan diri?

Mata beralih pada tubuh. Datang syaitan bertopengkan dirinya sendiri lalu berbisik jahat.

Kau tak cantik. Zaf tak pandang kau sebab kau hodoh-

"Kakak cantik!"

Alisha tersentak. Terus lenyap bisikan-bisikan tadi. Mata beralih memandang budak kecil berdiri di hadapannya bersama sejambak bunga di tangan.

Budak kecil itu menghulur jambakan bunga kepada Alisha. Dia tersenyum.

"Adik, kenapa bagi kakak bunga ni?" Soal Alisha hairan. Mana tidaknya, tiba-tiba bagi bunga tanpa sebab.

"Ada uncle hensem suruh bagi kakak. Uncle hensem pesan kakak cantik jangan sedih nanti dah tak cantik. Ryan pergi dulu nanti mama cari. Bye, kakak cantik."

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now