Kaki Zayn mengorak langkah mencari kelibat Alisha. Dia sanggup tamatkan awal sesi kuliah. Dewan kuliah Alisha berada dituju. Pintu kuliah dibuka.
Kosong. Tiada penghuni.
Zayn menutup semula. Dia tersalah dewan. Maklumlah dia masih belum fasih dengan selok belok infrastruktur di sini. Mata melilau mencari kelibat gadis itu. Runsing terhadap gadis itu menggunung.
Langkah Zayn berhenti bila terdengar seperti suara seseorang. Awalnya mahu abaikan tetapi bila dengar suara itu. Terbatal niatnya.
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah suara itu, semakin dekat semakin jelas nada suara.
Dia mengintai di sebalik dinding.Dari sudut penglihatannya, benarlah tekaan dia suara itu milik Alisha dan gadis itu bukan keseorangan. Dia bersama lelaki yang sama pada tempoh hari.
Zayn menyandarkan badan pada dinding.
Suara Alisha mula kendur tapi dia masih boleh lihat reaksi wajah jantan tak guna. Marah. Geram.Itu perasaan dia rasakan terhadap lelaki itu. Perempuan setulus Alisha disia-siakan oleh lelaki yang tak kenal erti kesetiaan.
Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi. Tangisan Alisha tak lagi kedengaran. Dia menoleh. Badan tersentak bila melihat tubuh Alisha sudah di tanah.
Gadis itu terbaring tidak sedarkan.
"Alisha!" Laju kaki Zayn berlari mendapatkan Alisha.
Tubuh Alisha yang lemah dibawa dalam dakapan. Haba tubuh Alisha dapat rasa walaupun berlapik baju. Dahi Alisha disentuh.
Panas."Alisha... wake up." Pipi Alisha ditampar lembut.
Zayn perlu sedarkan Alisha namun hampa tiada sahutan daripada Alisha. Tubuh kecil milik Alisha diangkat tanpa fikir panjang.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
"Kondisi cik Alisha okay cuma perlu rehat secukupnya dan kurangkan stress," ujar seorang doktor lelaki.
"Thank you doktor," balas Zayn
Doktor itu mengangguk kecil, bahu Zayn ditepuk beberapa kali sebelum doktor itu hilang dari pandangan.
Alisha ditempatkan di bilik sakit VIP. Semua atas arahan Zayn. Dia tak lepas dari menatap wajah tenang Alisha.
Di saat itu juga mata Alisha perlahan-lahan tercelik. Dia terkejut bila pandang tepat pada mata kehijauan milik Zayn. Pandangan mereka bercantum.
Alisha melilau sekeliling. Otak ligat memproses apa yang berlaku. Dia melihat tangan yang sudah dicucuk jarum.
"Apa jadi? Macam mana saya boleh kat sini?" Suara serak Alisha memecahkan kesunyian.
Zayn tidak membalas malah menghulurkan segelas air kepada Alisha.
"Minum dulu," arah Zayn.
Alisha akur dan meneguk air sehingga habis. Hilang rasa perit. Lega.
Zayn mengambil cawan daripada Alisha sebelum meletakkan semula di tempat asal. Wajah tenang kembali tegang. Ada seseorang perlu di tazkirah sekarang ini.
"Awak sedar tak awak demam. Kenapa degil nak pergi kuliah?"
Alisha menunduk. Siapa je berani lawan kalau sedang kena marah. Orang yang memarahinya pula orang lebih atas. Persis bos sedang memarahi pekerja.
Zayn mengeluh perlahan. Terbantut amarahnya lihat wajah mendung Alisha.
"Kalau saya tak ada. Tak tahu siapa akan jumpa awak, Alisha. Apa penting sangat jantan tu," ujar Zayn lemah.
Alisha tersentak. Dia kembali teringat kejadian tadi. Sungguh perit untuk dia telan semua kata-kata yang keluar dari mulut Zafran.
"Encik d-dengar perbualan tadi?" Tanya Alisha. Selimut dicengkam kuat.
Berharap Zayn tak dengar perbualan dia. Rahsia yang disimpan rapat. Tiada siapa yang tahu termasuk Lisa. Orang paling rapat dengannya.
Zafran dan ibu saja tahu tentang kejadian 10 tahun yang lepas.
"Tak. Saya hormat privacy orang." Walhal dia memang dapat dengar satu persatu patah perkataan. Tipu sunat, tak salah.
Lega dada Alisha dengar jawapan Zayn. Hanya tuhan saja tahu betapa takutnya dia jika trauma yang selama ini dia simpan diketahui orang.
Zayn tersenyum nipis bila lihat wajah gadis itu kembali murah.
"Alisha, boleh saya nak cakap sesuatu?" Suara Zayn lembut sahaja. Dia menyandarkan badan pada kerusi.
Alisha mengangkat wajah lalu memandang tepat ke arah mata Zayn. Mata itu selalu buat dirinya tenang.
"Lelaki yang tulus tidak akan sesekali buat awak kecewa. Malah dia akan buat dunia berbicara tentang keindahan yang ada pada diri awak." Terukir senyuman manis Zayn kepada Alisha.
Dia ingin gadis ini tahu bahawa gadis secantik dia layak untuk dapat lelaki yang tulus menghargai segalanya tentang dia.
Air mata Alisha deras mengalir. Zayn terkejut tak menyangka Alisha akan menangis.
"Senang je dia tukarkan saya dengan orang lain..."
Akhirnya terluah isi hati Alisha.
Zayn tersenyum nipis. Dia bukan doktor pakar cinta untuk rawat hati luka. Demi cik bunga dia cuba untuk rawat semula hati yang patah.
"Alisha, awak kena ingat hati manusia boleh berbolak balik. Sejauh mana awak berharap untuk dia setia tapi kalau dia pilih untuk curang. Dia akan curang," ujar Zayn.
Luluh hatinya bila gadis ini menangis persis budak kecil. Wajah Alisha yang basah dengan air mata direnung.
"Curang itu pilihan dan setia itu mahal." Sambung Zayn.
Tangan digenggam kuat. Menahan diri. Dia mahu lap air mata itu tapi mustahil. Dia tiada hak untuk bertindak sebegitu.
Alisha mendengar segala kata-kata yang keluar dari mulut Zayn. Dia tak mampu pertikaikan kerana itu semua betul.
"Kami kenal bukan suatu jangka masa yang singkat. Lama, sangat lama. Dia ada tika waktu hidup saya tak tentu arah. Dia tolong saya bangkit. Betul lah cakap dia semua ni jadi sebab salah saya sendiri."
Alisha ketawa halus. Kepala menunduk ke bawah. Bermain jari sendiri.
"Alisha dengar sini. Tak perlu letak kesalahan tu pada diri awak. Itu semua kuasa tuhan. Semua berlaku atas kehendak-Nya," ujar Zayn tenang.
Bibir bawah digigit. Sejujurnya hati mula terasa tenang. Kata-kata jejaka ini benar memujuk hatinya.
"Kenapa encik baik sangat dengan saya?"
"Tiada sebab. Saya buat apa hati saya suruh. Awak masih tak ingat saya. Perkenalan kita bukan di kafe tapi tempat lain."
Dahi Alisha berkerut seribu. "Maksud encik?"
"Each flower conveys its own beautiful story , which is both frangrance and beautiful." Zayn ulang semula ayat terakhir yang Alisha pernah pesan pada dirinya.
Alisha terdiam. Dia mencerna. Memori silam kembali berputar. Mata Alisha membuntang.
Iya, dia pernah jawab panggilan dari telefon Lisa. Dia dengar segala luahan Zayn. Ayat itu keluar tanpa dia sedar. Saat tersedar, dia cepat-cepat tamatkan panggilan. Terus kering air mata Alisha.
"Maksudnya lelaki dalam telefon tu encik lah?!" Suara Alisha naik satu nada.
Bibir Zayn melebar. Wajah Zayn terlihat sangat tampan dengan mata kehijauan yang dapat memikat siapa saja yang merenung anak mata itu. Sangat mempersonakan.
"Nice to meet you, miss flower."
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomansaZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023