Miss Flower | 07

12.3K 519 3
                                    

Laju saja kaki melangkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laju saja kaki melangkah. Debaran di hati usah di cerita. Laju saja berdegup. Hairan berdebar sebab disoal atau mulut manis Encik Si Mata Hijau.

Parah. Mata dengan mulut sama saja, dua – dua berbahaya.

"Kau pergi mana? Jumpa angah?" seloroh Lisa.

"Siapa angah? Tak kenal." Alisha menayang wajah hairan. Angah mana pula ni.

Bibir Lisa melebar, menayang wajah gatal.

"Kau tengah sembang tu lah angah. Ena cakap mata abang dia paling cantik tu. Itulah orangnya."

Mulut Alisha membulat 'O'.

Pipi tiba – tiba membahang. Teringat kata – kata jejaka itu tadi. A pretty girl will choose a pretty flower.

Ah! Kenapa dia perlu melting dengan ayat itu? Biasa aje kan.

Abaikan perasaan bercampur baur, Alisha membawa diri ke meja makan yang tersedia pelbagai jenis makanan.

Perut berbunyi untuk diisi.

"Alisha sini! Ada favourite dish kau, mushroom soup!" Lantang suara Lisa bergema. Padahal jarak tak lah jauh mana. Tak perlu kuatkan suara, dia tetap boleh dengar.

"Mana ?!" jawab Alisha teruja. Dalam banyak makanan, ini satu-satunya makanan yang dia tak akan tolak selain teh hijau dan aiskrim vanila.

Lisa terus mencapai mangkuk yang berisi sup cendawan serta garlic bread lalu dihulurkan kepada Alisha.

"Kau nak apa-apa lagi tak? Aku nak pergi ambil makanan lain?" soalan Lisa dibalas dengan gelengan.

Lisa balas dengan senyuman nipis. Sudah masak dengan perut sempit Alisha.

"Aku cari tempat dulu. Kau sambung misi mencari makanan," ujar Alisha sebelum berlalu pergi.

Meja kosong di hujung bawah kanopi. Di sini lebih selesa sebab tak terlalu ramai orang nak dibanding dengan ruang makan di dalam rumah. Meriah dengan gelak tawa. Mungkin saudara mara dan kawan-kawan mak sedara Lisa. Itu yang nampak begitu akrab.

Alisha melihat makanannya dengan penuh teruja. Satu suapan ditelan, mata terpejam rapat. Sedap. Dia makan dengan penuh nikmat. Suapan demi suapan, hingga licin tak tinggal sisa sikit pun.

Dahi Alisha berkerut. Ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. Dada terasa seperti dihimpit dengan sesuatu yang berat. Nafas tiba-tiba tak teratur. Kerongkong terasa sempit.

Mangkuk kosong di pandang sekilas. Ya tuhan, jangan cakap dia kena alahan. Alahan pada daging.

Daging? Macam mana boleh ada daging dalam sup cendawan. Mustahil.

Dada semakin memberat. Tak, ini tak mustahil. Ini benar – benar gejala terkena alahan. Kaki Alisha laju berlari. Tandas dituju. Dia memuntahkan semula kalau tidak...

Nyawa sendiri mungkin melayang.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Lisa baru sahaja selesai memilih makanan. Hairan bila lihat Alisha tiada di meja, hanya tinggal mangkuk kosong. Namun dia hanya beriak biasa, mungkin Alisha ke tandas.

Dengan bismillah, satu suapan selamat di dalam mulut.

"Mana kawan Lisa? Rasanya tadi ada sini," sergah Zayn tanpa salam. Mata melilau mencari kelibat Alisha.

Dahi Lisa berkerut mendengar pertanyaan Zayn. Entah datang dari pelosok mana, sibuk mencari anak dara orang.

"Cuba sembunyikan sikit perangai stalker angah tu. Ini kalau Alisha tahu. Confirm dia tak suka angah." Lisa menjeling Zayn.

"Dia dah tahu. Angah cakap tadi," balas Zayn bersahaja.

Lisa terbatuk – batuk dek tersedak. Ada yang mati tercekik. Air diteguk perlahan. Abang sepupunya dengan sikap jujur memang tak boleh dipisahkan. Terlampau jujur buat dia mahu saja jahit mulut Zayn.

"Bukan tadi dia ada dekat sini?" tanya Zayn lagi. Tak puas lagi.

Lisa mengangkat bahu.

"Kalau Lisa tahu, Lisa dah bagitahu angah. Ini memang Lisa tak tahu maybe Alisha pergi tandas. Busybody lah dia ni." balas Lisa. Malas mahu layan tapi kalau tak menjawab memang ke sudah ditanya.

"Bukan senang angah nak hilangkan macho angah ni. Ini semua sebab Cik Bunga," balas Zayn. Pujuk sendiri diciut.

Lisa mengeleng. "Betullah orang kata, cinta ni boleh buat orang yang waras jadi tak waras. Contohnya alien mata hijau depan Lisa ni. Sewel."

"Amboi mulut sedap mengata orang. Mata angah ni rare tau dari mata biru idaman Lisa tu. Bersepah kat eropah sana. Cuba cari mata hijau dekat sana, ada jumpa? Tak kan" Zayn mengecilkan mata.

"Sejak bila Lisa suka mata biru. Lisa suka mata yang menunduk pandangannya bila tengok perempuan," balas Lisa. Suapan masih diteruskan.

"Sebelum nak cari mata macam tu. Pakaian tu, adjust bagi full coverage. Foundation bukan main nak full coverage. Pakaian tak nak pula."

"Angah!"

Zayn ketawa. Lama tak usik adik sepupu sendiri. Tanpa salam, telinga kanan Zayn terangkat ke atas.

"Argh! Mama sakit," rintih Zayn.

"Nak nasihat orang guna bahasa yang baik sikit. Jangan sindir menyindir. Tak baik," tegur Datin Anita, kepala digeleng perlahan.

Zayn menggosok telinga yang terasa pedih. "Tajamnya telinga mama-"

Mulut Zayn kembali terkatup. Jelingan maut Datin Anita memberi amaran untuk dia tidak membalas apa-apa.

Lisa tersengih puas.

"Tolong! Kak Alisha..."

Ena tercungap – cungap berlari ke arah mereka bertiga berada. Terhenti perbualan mereka.

"Kenapa dengan Alisha?" tanya Zayn semula.

"T-tandas... pengsan-"

Berdesup Zayn menghilangkan diri tanpa sempat Ena menghabiskan ayatnya.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now