Walaupun pagi yang cukup cerah tetapi tidak bagi Alisha. Dia sudah lambat untuk supervision meeting dengan supervisor. Sudah banyak hari ditangguh atas faktor kesihatan.
Tapi hari ni boleh pula dia lambat bangun. Padah bila tidur selepas subuh. Dia terlajak tidur.
Kejadian pengsan akibat alahan sudah seminggu berlalu, tiga hari dia ditahan di rumah Datin Emila dan dijaga sepenuhnya oleh Lisa dan Zayn. Kalau Lisa ada kelas, Zayn akan ambil alih.
Di saat itu, dia mula mengenali Zayn. Hubungan dia dan Zayn semakin rapat tapi dia hanya menganggap Zayn sebagai kawan sahaja. Hati masih milik Zafran Mikhail.
Ringkas sahaja dia bersiap, dicapai segala benda yang mudah. Sweatshirt brown, jean palazo dan jersey shawl. Asal cukup syarat tutup aurat sudah memadai.
Dahi yang suci itu ditepuk perlahan. Habislah nanti kena marah. Mulut tak habis mengutuk diri sendiri. Tiba-tiba telefon berdering menerima pesanan.
Lisa Bestie
Oit makcik lupa nak cakap aku tinggal kereta kat rumah, kunci kat tempat biasa. Pakai lah. Bye aku gerak.
Alisha bersorak gembira. Setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya. Jadi kita perlu sabar dengan setiap ujian. Pasti ada ganjarannya.
Perasan Lisa dibalas terlebih dahulu sebelum Alisha berlari mencapai kunci. Setelah enjin kereta dihidupkan, dia terus bergerak ke tempat appointment. Pejabat Dr.Ain.
Jam dilihat, dia sudah lewat 30 minit. Kalau bukan sebab dia cari tempat letak kereta tadi, mesti dia tak lewat sangat. Entah berapa bakul dia mengutuk diri sendiri.
Malang sungguh hari ini!
Kaki laju melangkah ke kawasan pejabat para pensyarah. Pintu yang tertera nama Dr.Ain dipandang dengan penuh debaran. Tidak pernah dia setakut ini.
Dengan lafaz bismillah pintu kayu itu dibuka perlahan dan terpancul seorang jejaka yang bertubuh tegap, tangan sibuk mencari sesuatu di almari yang penuh dengan fail.
"Yes miss ?" Soal jejaka itu bersama senyuman seakan sudah menyangka kehadiran seseorang.
Alisha terkesima. Hampir seminggu wajah ini tak kelihatan tetapi sekarang di depan mata, dalam pejabat Dr.Ain.
Dia tersalah masuk bilik ke?
Alisha berundur ke belakang, label nama dilihat.
Dr. Ain Bin Aiman. Dah betul.
Atau dia sedang bermimpi. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Tak mimpi .
"Awak tak bermimpi, Alisha Humaira. Saya ambil alih tugas Dr.Ain buat sementara waktu. She is one of my friend. Friend help friend," ujar Zayn tenang.
Beberapa fail dibelek sebelum dia mencapai fail yang dicari. Kaki terus melangkah ke arah meja. Meja yang sepatutnya milik Dr.Ain dan kini milik dia.
"How coincidental..."
"Well, to tell you the truth. Yes, it's coincidental but I made my promise with Dr. Ain before know she is your supervisor."
"Awak ni siapa sebenarnya. Kat mana - mana mesti ada awak."
"Ini namanya jodoh, cik bunga."
Mata Alisha naik ke atas. Menyampah.
"Siapa cik bunga. Awak tak jawab lagi soalan saya. Awak ni siapa ?!" Wajah Alisha berubah serius.
Zayn ketawa halus. Wajah garang Alisha mencuit hati. Hati seakan digeletek halus. Geli hati.
"Let me introduce myself formally. I'm Zayn Maccallan Bin Tan Sri Alan. I'm 27 years old. I grew up in Germany, and now I'm back in Malaysia to spend the rest of my life here. Is that enough young lady?"
Zayn menyandar badan pada kerusi. Puas dengan pengenalan sendiri.
"Apa sebab kelayakan awak untuk ambil tugas Dr.Ain. Saya ada hak untuk tanya sebab saya perlu cari orang berkelayakan untuk guide saya." Tangan bersilang ke dada.
Zayn mengangguk perlahan. Tangan berdetak di atas meja menjadi sebuah melodi. Dia tak nafikan. Alisha betul. She has her right.
"I have the title of Dr. since I finished my PhD last year, and I have a double degree. I have fulfilled all the requirements to be your supervisor, Miss Alisha," balas Zayn tenang.
Alisha kemam bibir. Ini orang cakap, don't judge books by its cover. Diri sendiri terkena dengan soalan yang kurang cerdik dari akal fikirannya.
Alisha menunduk. "Sorry. Saya bersikap kurang professional."
Bibir Zayn merekah nipis.
"You have your right, Alisha. Lagipun Dr. Ain sendiri tak bagi notis pada awak. Saya tolong sampaikan maaf dari pihak. Dr. Ain."
Alisha diam sejenak. "Kalau saya nak tanya boleh?"
Zayn senyum nipis. Nak tanya pun minta izin. Alahai, comel.
Eh? Salah ni. Itu orang punya, Zayn.
Zayn berdeham. "Feel free to ask. Apa yang awak nak tanya?"
"Dr. Ain pergi mana? Kenapa Dr. Zayn yang ganti?"
"Just call me Zayn. Dr tu buang. Kita berdua je bercakap casually je dengan saya. Dr. Ain ambil emergency leave dan terus sambung cuti bersalin."
Alisha mengangguk. Faham.
Maksudnya, dia akan selalu jumpa Encik Si Mata Hijau. Tidak... Dalam ramai tenaga pengajar dalam universiti ni, kenapa perlu dia juga.
Kenapa...
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomansaZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023