Miss Flower | 06

13.8K 551 1
                                    

Puas Alisha meronda rumah mewah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puas Alisha meronda rumah mewah ini. Dia hanya bersiar-siar di luar rumah. Adab di tempat orang perlu dijaga. Hormat privasi tuan rumah. Tidak boleh sesuka hati main terjah rumah orang tanpa keizinan tuan rumah sendiri.

Alisha menuju ke arah kolam. Rasanya boleh buat acara renang, besar sungguh. Dalam gelap malam, air kolam kebiruan masih dapat dilihat dengan bantuan lampu di sekitarnya.

Tidak pelik kalau harga rumah agam ini bernilai jutaan ringgit. Kawasan luar rumah pun sudah menakjubkan apatah lagi hiasan di dalam rumah.

Mungkin dia akan pengsan kalau meronda rumah adam ini.

Kaki Alisha direndam hingga ke buku lali, rasa sejuk air menyentuh kulit. Mata meliar melihat sekitar kolam, satu persatu diperhatikan. Ada gazebo, Nammora sun lounger dan mini taman permainan. Mungkin ada budak kecil di rumah ni.

"Hi young lady, jauh termenung."

Suara garau yang menyapa gegendang telinga Alisha, suara seakan pernah didengarinya sebelum ini.

Alisha berpaling ke arah suara yang menegurnya. Membulat mata dek kerana terkejut melihat wajah seorang jejaka yang cukup dia kenali.

"Eh? Encik Si Mata Hijau," ujar Alisha tanpa sedar.

Zayn ketawa halus. "Encik Si Mata Hijau awak panggil saya?"

Alisha terus menekup mulut. Bukan dia cakap dalam hati ke?

Zayn mengambil tempat duduk di sebelah Alisha. Jarak dicipta, takut Cik Bunga tak selesa pula.

"Encik yang dekat kafe hari tu kan? Macam mana encik boleh ada kat sini?"

Soalan yang bernas Alisha. Ingat kau seorang saja boleh dijemput, sudah pastinya orang yang ada di sini adalah tetamu. Cuba tanya soalan yang bijak sikit. Mahu saja selam kepala dalam kolam.

"Saya stalk awak. Itu yang saya ada dekat sini," seloroh Zayn.

Bulu roma Alisha mencanak naik. Seram. Tiba-tiba dia teringat balik kata-kata Amin tempoh hari.

Umi, Maira takut!

Zayn ketawa. Geli hati lihat perubahan wajah Alisha.

"Just kidding, young lady. This is my parents' house. So, there is nothing wrong for me to be around here, right miss Alisha?"

Zayn memandang wajah Alisha. Wajah gadis ini tanpa senyum pun dah manis, kalau senyum confirm potong kaki.

Mata coklat gelap milik Alisha ditenung sejenak sebelum terbatas bila Alisha mengalihkan pandangannya.

Alisha berdehem cuba hilangkan getaran di jiwa. Mata hijau milik Zayn sangat mempersonakan sampai dia terasa tergugat dengan kecantikan mata milik jejaka ini.

"Awak tak ingat saya?"

Soalan Zayn mendatangkan kerutan di dahi Alisha. "Ingat. Encik yang beli iced latte tu. Saya tak nyanyuk."

Zayn tersengih dengan jawapan polos Alisha.

"Are you a rose or a lily? Which one are you?"

"Huh?!" Suara Alisha terkuat sedikit. Kenapa pelik sangat soalan mamat ni?

"Just choose..."

Alisha memandang pelik ke arah Zayn. Eh, main paksa-paksa kita pula. Ada yang kena siku nanti.

"I chose Lily."

"Why?"

Tadi dia mahu selam kepalanya tetapi kali ini rasa mahu selam kepala Encik Si Mata Hijau ni. Sudah disuruh pilih, ditanya pula.

"People will always choose a rose in the first place because it's beautiful, but honestly, every flower has its own beauty. Their scent is still fragrant. And yes, I choose a lily because no one else will."

'Dan akulah Lily itu.' Bisik hati Alisha.

Bibir Zayn melebar nipis. Mata hijau merenung lembut wajah Alisha yang langsung tidak memandangnya.

"I love the way you think, young lady. But you're wrong. I also chose a lily because it's lovely."

Alisha diam sejenak. Pipi mula membahang. Kenapa dia terasa seakan hidungnya kembang padahal si lily yang dipuji bukan dia.

"S-saya masuk dalam dulu. Lisa cari saya."

Alasan dicipta untuk keluar daripada ruang yang semakin lama semakin sempit. Oksigen terasa seakan berkurangan di ruang udara.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now