Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Gadis sederhana tinggi meneliti badannya dari pantulan cermin. Badan yang jauh berbeza dulu dengan sekarang. Badan yang langsing yang cukup sempurna di matanya.
Puas meneliti tubuhnya, pakaian pula diteliti buat kali terakhir. Baju kurung moden berwarna biru lembut dan tudung bawal biru gelap dililit kemas.
Dia, Alisha Humaira.
Kakinya melangkah menunju ke tempat dia menimba ilmu. Berjalan kaki bukan suatu yang memenatkan sebab jarak antara kuliah dengan rumah sewanya dekat saja.
Ping!
Bunyi hon kereta dari kereta belakang mengejutkan dia.
"Eh, mak kau hijau!" Alisha terperanjat. Dada diurut perlahan. Nasib tiada sakit jantung kalau tidak sudah arwah jawabnya. Dia beristighfar dalam hati.
Luruh jantung.
Alisha berpaling ke belakang, mahu lihat siapa gerangan yang tiba-tiba menekan hon sedangkan dia sudah berjalan di laluan pejalan kaki.
Nah, rupanya kawan rapat sendiri. Lisa Rosalind, kawan waktu sama-sama meraung sebab mahu bebas pakaian seragam pengakap.
Kawan dua darjat. Lisa datang dari golongan berada manakala dia hanya golong biasa-biasa saja. Dalam sistem hierarki, mungkin dia tersenarai dalam golongan bahawan.
Alisha menghampiri kereta Audi kawannya.
"Alisha kau hijaukan mak aku, sampai hati."
"Kau lah main sergah. Siapa je tak terkejut," balas Alisha bersama jelingan. Bukan melatah tapi terkejut.
Lisa sengih persis kerang busuk.
"Sorry. Naik lah, penat aku pecut kereta dari rumah aku semata nak pick up kau. Kau nak jumpa supervisor kau kan?"
Alisha tersenyum senang, dapat kawan yang baik hati juga satu rezeki dan nikmat yang jangan dipersiakan.
"Iya tapi alang-alang aku nak join kuliah dia sekali."
Tak salah cari ilmu lebih.
Alisha membuka pintu di bahagian co-pilot. Kereta milik Lisa mula bergerak membelah jalan. Dia dan Lisa belajar ditempat yang sama cuma bidang saja yang berbeza.
Dia pelajar bahagian arkitek. Lisa pula pelajar business dan mula sudah sibuk dengan urusan intern dan uruskan syarikat ayahnya.
"Kau free tak weekend nanti?"
Suara Lisa memecah kesunyian. Matanya fokus pada pemanduan.
Alisha kerling Lisa sekilas.
"Tak, aku kerja separuh hari. Kenapa tanya ?"
Baginilah kehidupan seorang yang bergelar Alisha, dia bukan lahir dari keluarga yang senang. Dia perlu buat kerja sambilan untuk menampung yuran pengajian. Pinjaman wang tidak menjadi pilihan, takut kelak dia tak mampu untuk bayar hutang yang berjumlah puluhan ribu.
"Petang kau free lah kan. Ikut aku nak?" Sebelah kening Lisa terangkat keatas, dia menunggu jawapan daripada Alisha.
Kening halus Alisha bercantum. "Nak pergi mana? Buat apa ?"
Lisa sengih sendiri. Dia sudah mengagak Alisha akan banyak tanya. Susah betul nak diajak keluar kalau ada alasan memerlukan alasan baru dia mahu turut serta.
"Teman aku pergi rumah mak sedara aku, dia baru pindah dari Jerman. Dia ada buat majlis kesyukuran. Aku segan nak pergi sendiri sebab family aku tak boleh datang. Kau kena teman aku." Lisa masih fokus pada pemanduan.
Alisha mengeleng kepala, menolak pelawa Lisa.
"Tak nak, aku sudahlah tak dijemput takut nanti dilabel tetamu tidak diundang pula." Kalau Lisa segan, dia berjuta kali segan.
Lisa menggaru kepala yang tidak gatal. Alisha kalau cakap A sesudahnya A lah jawapan dia, tak boleh diubah.
Keras kepala betul.
"Please Alisha teman aku, nanti aku cakap kau kawan aku. Aku janji kita pergi makan je lepas tu terus balik. Boleh lah si cantik, si manis," pujuk Lisa walau apa cara sekalipun Alisha kena ikut.
Alisha diam sejenak. Dia sedang memikirkan keputusannya. Pergi atau tidak. Lama dia berfikir hingga kereta sudah berhenti di hadapan dewan kuliahnya.
"Okey aku join. Kau pegang janji kau, lepas makan terus balik. Jangan melencong ke tempat lain," ujar Alisha. Bukan boleh percaya, tahu - tahu di mall.
Dia terlebih makan garam dengan perangai Lisa si kaki shopping.
Lisa bersorak teruju, pujukan yang berhasil. Lisa mengangkat tangan seakan mengangkat sumpah menunjukkan yang dia akan berjanji mengikut segala perintah Alisha.
"Aku janji. Lagipun ada someone teringin sangat nak jumpa kau."
Dahi Alisha berkerut seribu. Someone?
"Merepeklah kau. Aku pergi dulu. Thank you tumpangkan aku."
Beg dan buku diambil lalu keluar dari perut kereta. Dia sudah lambat.