Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Alisha termenung jauh. Tangan tetap bergerak membuat kerja. Bunyi mesin pengisar kopi bagai melodi di kafe Te Amo, tempat dia bekerja dan juga tempat melepak.
Bahu kanan dicuit seseorang, kepala terus berpaling.
"Alisha, hang tolong jaga kaunter sat. Aku nak pi tandas, tak tahan oi..."
Amin, rakan sekerjanya merangkap junior di universiti yang sama tetapi bidang yang berbeza.
Alisha ketawa, terhibur dengan wajah lucu Amin menahan diri dari terkucil. Kaki terkepit-kepit tambah dahi berkerut menahan rasa, tak tahan sangat tu.
"Pergilah tapi cepat sikit. Takut nanti lantai basah," ujar Alisha dalam tawa.
Sempat Amin menjeling tajam sebelum berlari membawa diri ke tandas. Tugas sudah bertukar dari mengisar kopi bertukar ke menjaga kaunter.
Ting!
Loceng pintu berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk.
Seorang jejaka yang segak berbaju polo dan memakai cermin mata hitam berjalan kearah kaunter di mana tempat dia tengah berdiri sekarang.
Gaya seperti Mat Salleh.
Tiba terasa debaran di dada. Dia jarang berkomunikasi dengan warga asing. Tambah lagi dengan sikap pemalu.
"Hi, sir. Welcome to Café Te Amo. How can I help you?"Bibir melebar. Muka di maniskan.
Pelanggan, pembawa rezeki jadi kena layan baik-baik.
Jejaka itu membuka cermin mata dan melihat menu yang tersedia.
Alisha memberi ruang. Selang beberapa minit, jejaka itu mengangkat wajahnya. Pandangan mereka bersatu.
"Hi, young lady. May I have a cup of iced latte with double shot of espresso."
Alisha terpukau. Cantiknya warna mata dia.
Green eyes.
Bunyi Zayn berdeham menyentakkan Alisha.
"Sorry sir, what's it again?" Bibir bawah digigit menahan malu.
Itulah, sibuk tenung mata anak orang teruna orang sampai lupa tengah buat bekerja sekarang ni.
Zayn ketawa kecil. "Don't bite your lips, young lady."
"Saya nak satu iced latte, double shot espresso," ujar Zayn semula namun kali ini bahasa ibunda dan agak pasar bunyinya.
Alisha terkesima.
Lah! Boleh cakap melayu rupanya. Jarang pelancong boleh bercakap bahasa melayu sefasih ini. Tidak pelat langsung.
"One only," ujar Alisha mahu kepastian. Tangan lincah menekan papan monitor mengambil pesanan.
"Yup, just one cup." Balas jejaka itu mengiyakan.
"Your name sir?"
"Zayn."
Alisha mengangguk perlahan.
Zayn, nama macam Zayn Malik tetapi ini Zayn Malik pakai contact lens warna hijau. Sempat dia ketawa sendiri.
Fokus Alisha!
"Okay, total RM12," ujar Alisha bila selesai mengambil pesanan.
Zayn mengeluarkan not RM50 dari dompetnya sebelum menghulur wang kertas kepada Alisha dan duit bertukar tangan. Dia perhatikan Alisha dalam diam dan terpandang tag nama pada baju Alisha.
Alisha Humaira, schöne.
Zayn berkata dalam hati, senyuman terukir diwajah kacak Zayn tanpa Alisha sedar.
"I will call you when your coffee is ready," ujar Alisha sambil menghulurkan resit pembelian dan duit baki kepada Zayn.
"Thanks. By the way, saya orang melayu je cuma mix sikit," balas Zayn sambil hadiahkan senyuman manis sebelum dia berlalu pergi.
Alisha terjeda.
Orang melayu rupanya! Dua kali dia tertipu. Mati-matian ingat Mat Salleh mana datang tetapi rupanya bangsa sendiri.
Matanya memerhatikan saja Zayn yang duduk di meja berhampiran dengan kaunter sebelum mula membuat air Encik Si Mata Hijau.