Sejambak bunga mawar merah direnung dengan penuh teruja. Mata Zayn melilau melihat sekeliling restoran yang ditempah khas olehnya, sebuah restoran mewah yang berada di tengah bandar Berlin, Jerman.
Zayn membalas senyuman pelayan yang menghidangkan makanan.
"Dankeschön. (terima kasih)"
Zayn tersenyum puas melihat makanan yang terhidang, semua makanan kesukaan buah hatinya.
Jam tangan berjenama Rolex dikerling sekilas, sepatutnya buah hatinya sudah sampai 30 minit yang lalu namun bayang-bayang pun tidak kelihatan.
Jam berdetik mengikut arus masa, hampir sejam Zayn sabar menunggu walaupun hakikatnya dia paling benci orang membuang masanya.
Bila hati dibutakan dengan cinta, benda yang dibenci boleh jadi suka.
Selang beberapa minit kemudian, akhirnya muncul juga kelibat buah hatinya yang dinanti-nantikan. Bibir Zayn melebar senyuman, hatinya girang gembira melihat pujaan hati.
Seorang gadis memakai dress biru labuh, rambut panjang paras pinggang cantik beralun mengikut rentak kaki yang melangkah menghampiri Zayn.
"Sorry, I lambat," kata buah hati Zayn.
"It's fine, Alicia. I pun baru sampai."
Alasan dicipta demi menjaga hati sang kekasih. Sejambak bunga mawar merah tadi dihulurkan kepada Alicia.
"For you."
Alicia tidak menyambut huluran itu sebaliknya menolak.
"Zayn, I don't think I can keep our relationship anymore..."
Zayn terpaku, adakah telinganya salah dengar ataupun sekadar ilusi. "Pardon Alicia Warda ?"
"Kita putus. You and me, we break up."
Zayn terdiam, telinga tidak salah dengar. Wajah Alicia ditenung dengan tenang. "Out of the blue, seriously ? Tell me why?"
Alicia membalas renungan Zayn.
"I ada lelaki lain, jauh lebih sempurna daripada you. Be with you is just a mistake that I made, I'm sorry."
Zayn ketawa sinis. Semudah itu Alicia memberi alasan, tidak sangka gadis ini mengejar kesempurnaan daripada ketulusan.
"Wait a minute, what kind of joke is this, Alicia? A mistake? I think I made a mistake in cherishing you as my girlfriend. Also, don't get lost in daydreams, Alicia Warda."
Jari berdetak di atas meja. Silih berganti. Senyuman sinis terbit di bibir.
"There's no such thing as a perfect man. We're all human, flawed in our own ways. Perfection doesn't exist in the dictionary of life, neither for men nor for women. It's simply not achievable."
Zayn meneguk rakus air yang sudah tersedia di situ sebelum bangun berdiri, anak mata hijau merenung tajam gadis dihadapannya.
Kecewa? Jauh sama sekali. Zayn menghampiri Alicia.
"That was a cringe reason but acceptable. Be happy with that lucky man. Ciao."
Lucky with U and N at front.
Lalu kaki Zayn membuka langkah meninggal Alicia tanpa menoleh.
I don't beg for love.
Bunga tadi dibuang tanpa rasa serba salah, baginya bunga ini sudah tiada nilai.
Sedih, tidak mungkin kerana lelaki yang prinsip, dia tidak akan memperjuangkan sesuatu yang sudah tahu kesudahannya.
Lelaki sempurna konon, rasanya dia jauh lebih dari sempurna.
Rupa ada tidak perlu jelaskan, wajah dia terlalu tampan dengan anak mata hijau pelengkap ketampanannya.
Harta, tujuh keturunan belum tentu habis, dia salah satu pewaris Mac Empire, syarikat yang bertaraf antarabangsa dan dia juga merupakan pengasas minyak wangi di Jerman yang kini mula mencanak naik.
Zayn mencapai telefon lalu nama Lisa, sepupu paling rapat dicari dan terus panggilan dibuat. Tidak sampai seminit, panggilan dijawab.
"Lisa, I ended things with my girlfriend. The funny thing is, she admitted it was a mistake. Haha, she made a joke after confessing her feelings to me a year ago."
Zayn pura-pura ketawa. Padahal hatinya sudah panas dengan api yang mula membara. Api marah lebih besar dari lautan kesedihan.
Diam, tiada sahutan dicorong sana.
"Lisa? Lisa Rosalind? Hello, are you there?"
Zayn menjuahkan telefonnya darinya telinga. Panggilan masih berjalan. Zayn dekatkan semula telefon.
"Lisa, dah bisu ke? Bukan Lisa suka angah putus dengan girlfriend angah tu-"
"Sir, pardon me, but I want to say that out of a million petals, each awaiting your gaze, if a rose escapes your hand, maybe a lily awaits."
Suara lunak itu diam sejenak sebelum menyambung ayatnya.
"Each flower conveys its owns beautiful story, which is both fragrance and beautiful. I hope you find your flower." Panggilan terus ditamatkan.
Zayn terdiam, otak cuba memproses. Itu bukan suara sepupunya, Lisa tetapi suara gadis lain. Lembut saja tutur kata gadis itu jauh berbeza dengan Lisa yang agak kasar bila bertutur.
"Flower..."
Bibir Zayn melebar tanpa sedar.
Siapakah gadis itu? Hatinya mula tertanya-tanya kerana dia mula terpesona. Cepatkan hati mula berubah, namun apakan daya dia tiada kuasa untuk menghalang panahan hati sang jelita yang berbicara tadi.
Lagipun Alicia boleh ada lelaki lain jadi tidak salah untuk dia juga ada wanita lain.
Nama Alicia Warda yang terpahat dihati pantas dipadam tanpa rasa kesal. Dia tiada masa untuk meraung kesedihan pada manusia yang tidak kenal erti ketulusan dan kesetiaan tanpa melihat kesempurnaan mahupun kekayaan.
Dua perkara itu hanya bersifat sementara.
Tulus dan setia bersifat kekal untuk manusia yang ikhlas seperti dia.
"I hope you find your flower..."
Suara merdu gadis itu menjelma di gegendang telinganya. Bibir bak delima makin melebar, hati mula berdansa dengan irama yang sungguh asyik.
"My flower... nice words young lady..."
Zayn ketawa halus, dia seperti orang kurang siuman. Senyum sendiri, ketawa sendiri.
Ah! Siapa kau wahai si gadis bunga atau...
I can call you miss flower.
Zayn ketawa besar.
Sah, dia sudah gila. Dia melangkah pergi dengan senyuman tak lekang dari wajah tampan, senyuman paling manis.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomanceZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023