Miss Flower | 05

14.4K 631 3
                                    

Tangan halus milik Alisha mengetuk daun pintu bilik Lisa beberapa kali sebelum dikuak perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan halus milik Alisha mengetuk daun pintu bilik Lisa beberapa kali sebelum dikuak perlahan. Terpancul wajah Lisa yang sedang khusyuk memilih baju dengan rambut yang serabai.

Stress gamaknya tak jumpa pakaian yang berkenan.

"Lisa, kau pakai baju warna apa?"

Baju yang berselerak atas katil dilihat sekilas. Perempuan kalau nak Bersiap. Tak berselerak, tak sah.

"Alisha tolong... aku tiada baju..." pinta Lisa.

Alisha terjeda. Baju penuh dalam almari dia cakap tiada.

"Kau punya tiada baju tu padahal berlambak dalam almari," bebel Alisha.

Mulutnya tidak berhenti dari membebel kalau duduk sebumbung dengan Lisa.

Lisa sengih persis kambing. "Maksud aku baju tu semua dah pakai. Kau faham kan?"

Alisha mengeleng. "Baju kau tu semua boleh pakai lagi. Tak koyak, masih cantik. Jangan membazir. Kalau kau tak nak pakai, lagi bagus kau sedekah dekat anak yatim. Dapat pahala."

"Baik ustazah Alisha. Saya terima teguran ustazah tapi ustazah kena tolong saya pilih baju. Saya tiada idea nak pakai apa. Kalau saya pakai dress mahu terkejut budak tahfiz kat majlis tu nanti."

Lisa ketawa halus.

Alisha mencubit lengan Lisa. "Main-main, eh?"

"Gurau je. Cepatlah tolong aku."

Alisha memerhati baju yang berselerak dia atas katil. Setiap satu diperhatikan, semua cantik dan berjenama. Nama lagi Lisa, taraf macam Lalisa Manoban. Tak main baju marhaen macam dia.

Mata Alisha tertarik dengan baju abaya warna biru gelap. Lantas, dicapai dan dihala ke arah Lisa.

Berkerut dahi Lisa. "Kau nak aku pakai ni? Baju besar gedabak ni?"

Laju Alisha mengangguk. "Ini nama dia abaya adik manis. Kau pakai pasti cantik. Sesuai dengan kau tinggi. Aku tak tahu pula kau ada baju abaya, Kau beli ke?"

Lisa bukan jenis suka beli pakaian yang begitu apatah lagi jubah, pandang pun tidak.

Lisa pura-pura ketawa. "Aku nak beli baju macam ni. Nggak kamu. Ini papa aku bagi."

Mulut Alisha membulat 'o'.

"Kau yakin aku cantik pakai abaya ni?"

"Cantik. Mata sedap memandang. Manalah tahu nanti ada pak ustaz sangkut dekat kau masa majlis nanti," seloroh Alisha.

Wajah Lisa terus berubah masam. "Tak nak. Ustaz suka poligami. Aku tak suka poligami. No no no..."

Tawa Alisha terletus. Dia tahu Lisa sangat anti dengan lelaki yang bergelar ustaz.

"Poligami kan sunnah..."

"Talk to my hand. Banyak lagi perkara sunnah boleh buat dari berpoligami. A big no! Say no to honey!"

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now