Miss Flower | 04

14.2K 599 0
                                    

Zayn dari jauh memerhati gerak geri Alisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zayn dari jauh memerhati gerak geri Alisha. Kadang ke kiri, kadang ke kanan. Dia pula pening.

Ini semua cadangan bernas dari sepupunya untuk datang ke sini tetapi untung juga sebab dia boleh berkenalan dengan cik bunga.

Macam mana dia boleh tahu? Firasat dia tak pernah salah.

    Zayn senyum sendiri. Dia tahu Lisa hanya ada seorang kawan saja. Lagi mudah kenal.

Ting!

Angah dah pergi ke kafe yang kawan Lisa kerja tu?

Yes, I met your friend here. Alisha, right?

Telefon berbunyi sekali lagi.

Yes, she is! Cantik kan! Dia lah yang jawab call angah masa angah nak cerita pasal breakup dua tahun lepas. Are you fall in love at the first sight? tapi dia dah taken. Anda sudah terlepas, harap maaf. By the way, cafe kat situ minuman dia semua sedap. Green tea, favourite Alisha ! Saja cakap.

Pesanan dibaca tanpa dibalas. Entah kenapa hatinya sedikit kecewa bila tahu gadis di hadapannya sudah berpunya.

Aduh! Kalah tanpa bertanding.

"Mr. Zayn!" panggil Alisha. Dia meletakkan air minuman di depan kaunter.

Zayn terus bangun dan terus mencapai minuman yang dipesan tadi.

"Thanks, schön," ujar Zayn.

Tangannya pantas mencapai cawan. Matanya sempat mencuri lihat wajah Alisha yang jelas kebingungan.

Mungkin bahasa Jerman terlalu asing bagi gadis ini.

Pandangan Zayn beralih ke arah seorang lelaki berjalan menghampiri Alisha dari belakang.

Lelaki itu menyiku bahu Alisha.

"Apa main siku-siku ni Amin?"

"Amboi hang bukan main lagi dapat customer hensem auto jadi perempuan melayu terakhir nah. Tak padan dengan ada boyfriend," sakat Amin betul-betul di depan Zayn.

Amin rupanya nama dia. Zayn perhatikan saja gelagat mereka berdua.

Alisha mengecilkan mata. Amin dengan mulut murai memang tak dapat dipisahkan.

"Maaf encik. Mulut dia ni memang tiada insuran sikit." Alisha sengih paksa. Muka merah padam menahan malu.

"It's okay, I don't mind. Lagipun dia puji saya hensem. Saya pergi dulu."

Zayn mula melangkah pergi. Telinganya sempat menangkap suara Alisha sedang membebel. Bibir tersenyum lebar.

Tak padan dengan kecik tapi garang. 


-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-


Zayn duduk di kawasan kedai makan, tempat dia dan kawan-kawannya berjanji mahu berjumpa. Cawan di tangan diusap lembut.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now