Alisha bagai tersedar dari mimpi ngeri. Badan lemah tetap saja digagahi juga untuk bangun. Tekak terasa haus persis baru tamat maraton 100km. Perit.
Mata melilau melihat sekeliling. Asing. Ruang bilik yang cukup luas. Dua kali ganda dari bilik tidur sendiri. Dinding putih bersulam emas. Nampak klasik.
Persoalannya, dia dimana? Bilik siapa pula ni? Seingat dia, tempat terakhir di tandas. Bukan dalam bilik mewah ini. Otak ligat berfungsi cuba untuk mengingati apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana dia boleh ada di sini. Pelik.
Alahan!
Bila teringat betapa nikmat dia melahap makanan kesukaannya tak syak wasangka akan berlaku malapetaka yang tidak disangka. Azab yang dicipta sendiri. Oleh kerana kecuaian sendiri, maut hampir singgah.
Kalimat alhamdulillah meniti di bibir pucat Alisha. Tuhan masih izinkan dia untuk bernafas. Nikmat apa yang dia mahu dustakan sedangkan tuhan begitu pemurah untuk beri peluang lagi dan lagi.
Kaki turun menyentuh lantai. Dia cuba melangkah walaupun setiap langkah terasa longgar. Tak sampai tiga langkah, dia terjelepok jatuh ke lantai.
Alisha kutuk diri sendiri. Dah tahu diri tu masih lemah, degil nak gagahkan diri juga. Badan dipaksa bangun. Gagal. Tubuhnya begitu lemah.
"Alisha!"
Wajah Alisha terteleng ke kanan, ke arah suara yang menyeru namanya. Suara tak asing. Suara Encik Si Mata Hijau.
Zayn terus menerpa Alisha. Dulang diletak di lantai. Dia duduk melutut di depan Alisha. Sama paras dengan kedudukan Alisha. Anak mata berwarna hijau merenung segenap wajah pucat Alisha. Semakin bertambah lagi kerisauan.
Sepatutnya Lisa yang datang bagi ubat dan jaga Alisha tetapi dia sendiri membantah dan mahu dirinya merawat gadis di hadapannya. Alasan?
Hati yang suruh. Naluri yang mendesak.
"Encik buat apa kat sini ?" tanya Alisha hairan.
Soalan Alisha dibiar tergantung sepi. "Siapa izinkan awak bangun sendiri ?"
Nada tidak tinggi tetapi cukup tegas di telinga Alisha. Pandang dibalas pandang. Salah ke kalau dia nak bangun?
Zayn cuba untuk mengangkat Alisha. Namun pantas Alisha menepis. Dalam lemah pun tenaga masih ada. Membulat mata Alisha merenung Zayn.
"Awak nak buat apa dengan saya ?!" Alisha menjauhi Zayn.
Fikiran negatif menerpa minda. Lelaki dan perempuan dalam ruang yang sama, tambah lagi di ruang yang sangat asing. Dia perlu berhati - hati dengan segala kemungkinan.
Zayn tak terkejut melihat reaksi Alisha malah bibir melebar nipis. Ya, dia senyum. Dia faham akan tindakan gadis polos di hadapannya. Silap sendiri tak jelaskan niat tulusnya.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
Roman d'amourZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023