Miss Flower | 14

11K 468 11
                                    

"Zafran Mikhail

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zafran Mikhail."

Nama lelaki itu diseru dengan satu nada mendatar. Dia datang ke sini dengan satu alasan. Mahu penjelasan dan pengakuan dari mulut lelaki itu sendiri.

Alisha memandang wajah Zafran dengan penuh perasaan kecewa.

Mati senyuman Zafran saat Alisha berdiri tegak di hadapannya. Baju Alisha basah kuyup di pandang tanpa kata. Dia terkejut tapi beriak biasa. Ini adalah penamat antara dia dan Alisha.

Suasana hening sejenak.

Alisha menanti jawapan daripada mulut Zafran. Perempuan di sisi Zafran masih dalam keadaan bingung.

Zafran berdeham.

"Alisha, memandang awak sudah ada di sini. Saya perkenalkan tunang saya, Aleeya Balqis. Baby, ini Alisha Humaira. Kawan yang I selalu cerita pada you," ujar Zafran tanpa hiraukan reaksi Alisha.

Baby? Alisha tercengang. Berbulu telinga. Dengan dia tak pula ber-baby baby bagai.

"Tunang? Kawan?" ujar Alisha perlahan. Satu tikaman tepat di hati. Sakit ya tuhan.

Zayn beriak biasa seolah dia lelaki paling budiman. Perkenalkan kawan kepada tunang.

Alisha terkaku, hatinya bagai ditikam berkali-kali dengan kenyataan yang Zafran lontarkan.

Jadi selama ini Zafran hanya menganggap dia sebagai kawan. Semalam ini dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Ulang, bertepuk sebelah tangan.

Perempuan yang bernama Aleeya Balqis bangun berdiri, sama paras dengan Alisha. Rambut cantik beralun paras bahu. Cantik.

Alisha tak boleh nafikan kecantikan 'tunang' milik Zafran.

"Patutlah kena tinggal. Dah jumpa orang cantik," ujar Alisha separa berbisik.

Zafran merenung tajam ke arah Alisha. Amaran melalui mata untuk Alisha tak buka cerita.

"Hi Alisha, finally kita dapat jumpa. Tunang I selalu cerita pasal you, you childhood friend tunang I kan," ujar Balqis teruja.

Balqis mahu bersalaman dengan Alisha.

Alisha memandang kosong tangan Balqis. Tangan Balqis disambut walaupun hatinya sudah berkecai, dia cuba mengawal diri. Dia tersedar dia diperbodohkan.

"Sejuknya tangan you. Baju you pun dah basah, you datang dari mana sampai basah macam ni ?" Nada suara seakan jujur. Dia prihatin terhadap Alisha.

Maknanya, perempuan ini baik. Dia di dalam hati.

Aleeya Balqis, gadis malang.

Alisha Humaira, gadis bodoh.

Alisha memandang ke arah Zafran namun lelaki itu hanya beriak biasa. Malah pandangan hanya ada pada 'tunang' dia saja.

"Ribut kat luar sana. Duduk dalam restoran mewah tak terasa ribut tu,"perli Alisha.

"Dahsyat. Kuat betul ribut," balas Balqis polos.

"Zafran urusan kita belum selesai. Have fun with your baby. Saya pergi dulu." Perkataan 'baby' sengaja ditekan

Alisha melangkah pergi. Ikutkan perasaan, meja diterbalikkan. Badan Zafran dipukul sekuat hati. Macam mana hatinya terasa sakit macam itu dia mahu buat pada Zafran tapi akal masih waras.

Tiada guna habiskan tenaganya untuk orang yang hancurkan ketulusan dia serahkan. Sia-sia.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now