Miss Flower | 08

11.9K 516 16
                                    

Zayn berlari bagai tak cukup tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zayn berlari bagai tak cukup tanah. Luas langkahnya. Fikirannya penuh dengan kata – kata adiknya. Alisha pengsan. Gigi diketap kuat. Langkah dilajukan.

Tak pernah dia terlampau risau pada seseorang tapi persoalan apa sebabnya, sedangkan Alisha dan dia baru saja berkenalan.

Kenapa hatinya begitu risaukan keadaan gadis tu sedangkan mereka bukan sesiapa? Nak kata kawan pun tak.

Zayn berhenti melangkah saat terdengar suara erangan halus yang datang dari tandas. Jantung mula berdegup laju bercampur risau.

Pantas pintu tandas dikuak. Membulat mata Zayn disaat pandangannya dihidangkan dengan sekujur tubuh yang lemah terbaring di lantai tandas. Tanpa kata dia terus menerpa ke arah gadis itu.

"A-Alisha..." Kepala Alisha yang berlapik tudung diangkat perlahan lalu direhatkan di pehanya. Wajah gadis penuh dengan bintik – bintik merah.

Pipi Alisha ditampar perlahan untuk sedarkan gadis itu.

"En-encik... to-tolong saya," ujar Alisha dalam payah.

Hiba Zayn merenung bibir biru itu yang susah payah bergerak meminta tolong. Dada gadis itu mula berombak naik turun mencari udara. Alisha seakan kehilangan nafas.

"Alisha still with me. Buka mata. Jangan sesekali pejamkan mata," arahan Zayn dibalas dengan anggukkan lemah Alisha.

Tubuh Alisha diangkat senang. Zayn melangkah keluar. Saat kakinya keluar dari tandas. Muncul Lisa, Ena dan mamanya dengan wajah cuak.

"Kenapa dengan Alisha?!" tanya Lisa dengan wajah terkejut. Matanya tidak lepas memandang Alisha yang berada dalam dukungan abang sepupunya.

"I don't know. Her face turned red and she can't breathe." Zayn mengerling sekilas wajah Alisha terlindung di sebalik dadanya.

"R-red? Can't breathe." balas Lisa cemas. Dia berpaling ke arah Datin Anita.

"Mak Lang ada letak meat ke dalam mushroom soup tu?"

Datin balas dengan anggukkan.

Lisa terjeda. Bibir mula bergetar perlahan.

"Alisha has a severe allergy to meat. Wh-what should we do..."

Membuntang mata Zayn. "What?!"

"Bawa gadis ni ke bilik kosong. We don't have time. Alahan boleh bawa maut kalau lambat dapatkan rawatan," celah seorang gadis.

Zayn terus memandang ke arah suara yang menarik perhatiannya.

"Qash? Anita?"

"Hallo!" sapa Qash dalam bahasa Jerman.

"Cepat angah," gesa Lisa. Boleh pula Zayn terpaku saat nyawa kawannya dalam taruhan.

Zayn seakan baru tersedar. Dia terus melangkah melepasi Qash. Qash sempat berbisik sesuatu di telinga Zayn.

"Bro, jangan risau tunang aku doktor. Your girl will be alright. Trust me."

Zayn senyum nipis. Lega bercampur hambar.

My girl? She isn't mine. Her heart doesn't belong to me.

Zayn menyambung langkahnya. Dia menuju ke bilik tetamu di tingkat dua. Dia memilih untuk menggunakan lif, lebih cepat nak dibandingkan dengan beratus tangga perlu di daki.

Setiap langkah dia tak lepas mengerling ke arah Alisha. Dia mahu pastikan Alisha sedarkan diri. Setiap kali itu telinganya dapat menangkap bibir pucat tu mengadu kesakitan.

Dan hatinya turut sakit...

Anita membuka pintu untuk memudahkan Zayn masuk ke dalam bilik. Katil yang saiz queen dihampiri. Tubuh Alisha dibaringkan dengan penuh cermat.

"Sakit..." rintih Alisha bersama air mata.

Zayn menyapu air mata Alisha dengan ibu jari.

"Tahan sikit je lagi and you'll be fine. Put your trust on me young lady," pujuk Zayn bersama senyuman nipis.

Alisha mengangguk lemah. Terpujuk dengan kata-kata Zayn. Dia memandang sepasang mata indah. Rasa sakit dibawa pergi saat pandangan mereka bersatu.

Kenapa hati aku tenang saat merenung mata dia?

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Tubuh Alisha yang lemah di pandang sekilas sebelum Zayn menumpukan perhatian sepenuhnya pada Anita, tunang kepada Qash.

Lisa setia di sisi Alisha.

"Kondisi dia makin pulih. Ubat yang saya bagi mungkin ada kesan yang kuat," jelas Anita. Tangan disilang ke dada, wajah di garangkan.

"Lepas ni kena berhati-hati dalam pemilihan makanan. Alahan ni berkaitan dengan salur darah dan sangat berbahaya. Mujur saya ada epinefrin lebih dalam kit kecemasan kalau tidak, tak tahu lah nasib girlfriend awak, Zayn."

Zayn berdeham perlahan. Belakang tengkuk digosok perlahan. Tak memasal dia pula yang dibebel. Tadah sajalah telinga.

Lisa yang turut mendengar perbualan Zayn dan Anita, hanya diamkan saja walaupun dia tahu hubungan Alisha dan Zayn hanya sekadar kenalan. Tak penting untuk dibahas memandangkan keadaan kawannya lebih penting.

"Bila dia akan sedar?" tanya Zayn. Matanya beralih melihat wajah pucat Alisha.

"Soon. Dia tengah tidur nanti dia bangun lah tu," balas Anita.

Zayn mengangguk perlahan. Mata tak lepas dari menetap wajah Alisha dari tadi.

"Jangan risau. She'll be fine. Saya turun bawah dulu," pinta Anita. Dia tersenyum nipis saat memandang wajah Zayn. Jelas terpampang wajah risau Zayn. Sikit pun Zayn tak boleh sorokkan.

Ruang bilik hening seketika sebelum suara Lisa memenuhi ruangan bilik..

"It'll be nice if you are her real boyfriend. You treat her the way she needs to be treated," ujar Lisa bersama tawa halus.

"Apa maksud Lisa, treat her the way she needs to be treated? Angah tak faham," balas Zayn bersama kerutan di dahi.

"All I can say is, you are much better than her boyfriend. The way you care for her," terang Lisa.

Bertambah kerutan di dahi Zayn. Semakin dia tak faham apa maksud disebalik kata-kata Lisa.

"Kenapa Lisa cakap macam tu? Boyfriend Alisha tu kaki pukul ke?" tanya Zayn.

Terletus tawa Lisa. Jauh betul fikiran abang sepupunya.

"Dia tak dayus. Dia baik cuma..."

Lisa terdiam sejenak sebelum menyapu ayat seterusnya.

"Lisa tak nampak ketulusan dia pada Alisha. Apa yang Lisa nampak Zafran layan Alisha atas sebab mereka membesar dari kecil. Atas sebab..." Lisa tersenyum nipis. Tak mampu habiskan ayat yang terakhir.

Kening Zayn naik terangkat sebelah. Ayat terakhir yang tergantung mencuit hatinya tapi dia memilih untuk tidak bertanya lebih.

"Then, how should her boyfriend treat her?" Soal Zayn semula.

"With love I guess, not sympathy. I don't know. Lisa tak pernah bercinta jadi Lisa tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang Lisa tahu. Lisa harapkan Alisha jumpa kebahagiaan dia." Wajah lena Alisha direnung sejenak.

"She will find her happiness one day. As you wish, inshaAllah," balas Zayn bersama senyuman. Mata melirik jatuh ke wajah tenang gadis itu.

Gadis yang buatkan hidupnya penuh dengan persoalan. Apa makanan kegemaran dia, apa warna kegemaran dia dan semuanya tentang dia.

Tetapi hati gadis itu sudah dimiliki membuatkan dia berhenti tertanya-tanya. Dia cuba mencipta jarak. Malangnya, mereka semakin mendekat.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now