Alisha semakin hari semakin sibuk, pagi kelas dan petang kerja sambilan. Hujung minggu pun sama, malam saja waktu dia berehat.
Kenapa sesibuk itu?
Kerana dia ingin merawat hati yang luka. Biar tiada masa untuk dia fikirkan tentang dia walaupun sesaat. Badan yang terseksa tidak mengapa asal jiwa aman.
Dalam banyak hal. Hal ini paling merumitkan. Habis akal mahu lupakan. Habis daya untuk tidak fikirkan tentang dia. Akhirnya, dia kalah. Karam ke dasar lautan.
Alisha sedang menyiapkan diri untuk bekerja. Pakaian seragam dikenakan dengan selendang hitam. Bibir dicalit sedikit pelembab bibir sekadar menambah seri muka.
Lisa baru saja pulang dari London. Dia belum tahu tentang hubungan Alisha dan Zafran. Alisha memilih untuk berdiam dahalu kerana belum sedia untuk bercerita.
Dikerling kearah Lisa yang sedang menonton drama Melayu. Dia perasan pandangan pelik Lisa
Lisa memaling tubuh ke arah Alisha. Skrin tv dibiarkan terbuka. Perhatian beralih pada kawannya.
"Alisha kau kerja. Bukan sepatutnya kau cuti?"
"Aku kerja. Kau fahamlah kafe tu kalau tak cukup staff jadi macam mana. Tak menang tangan," balas Alisha.
Baju seragam dikemaskan. Alisha menuju ke arah Lisa. Dia duduk di sebelah Lisa. Awal lagi kalau dia mahu ke tempat kerja.
Lisa merenung wajah Alisha.
"Kau tak penat ke Alisha? Aku yang tengok kau ni penat. Habis study sambung kerja pula. Kau ada masalah kewangan ke?" Tanya Lisa, dibalas dengan tawa.
"Jangan risau kalau duit aku kering. Aku tahu nak cari siapa," balas Alisha. Bibir melebar penuh makna.
Kening Lisa bercantum. "Siapa?"
"Lisa Rosalind."
"Itu aku!" Terletus tawa Alisha.
Lisa turut ketawa. Dalam tawa Alisha dia dapat rasa jiwa kawannya sedang hancur. Tangan Alisha dicapai lalu dibawa dalam genggaman.
"Alisha, aku kenal kau. Aku tak paksa kau untuk buka cerita tapi aku nak kau tahu. Aku selalu ada untuk kau." Tangan Alisha diusap.
Alisha diam sejenak.Nafas ditarik dalam.
Hati ini berat untuk meluah tapi dia tiada tempat untuk meluah selain Lisa."Aku dengan Zafran dah putus."
"What! Tiada ribut tiada angin tiba-tiba putus. Kau okay tak?!" Dua belah pipi Alisha ditekup.
Bibir Alisha mula mencebik. Tipu lah kalau dia cakap dirinya baik-baik saja. Separuh dirinya hilang. Kalau dibelah dadanya, masih ada kesan torehan. Masih berdarah.
"Ha-hati aku sakit Lisa. Sakit sangat. Dia dah bertunang. Dia tipu aku," luah Alisha dalam sebak.
Lantas Lisa bawa tubuh Alisha dalam dakapan. Belakang tubuh diusap lembut. Hati sama sakit.
"Aku cuba untuk lupakan dia... tapi susah..." Alisha teresak dalam dakapan Lisa. Sakit masih terasa.
"Alisha, kau tak perlu paksa. Take it slowly. Rawat hati kau dengan cari kebahagiaan yang sebenarnya," Lisa senyum nipis. Pilu hati dengar esakan kawan sendiri.
"S-sakit..." Rintih Alisha.
"Kalau jumpa jantan tak guna tu. Aku humban dia dalam tong sampan. Biar berkawan dengan sampah. Sama sifat. Dua-dua sampah." Lisa mengetap gigi. Geram.
Alisha ketawa dalam tangisan. Amukan Lisa terdengar kelakar di telinganya. Tak boleh bayang kalau Zafran kena lempar dalam tong sampah.
"Aku tengah sedih ni Lisa. Kau melawak pula."
"Sorry sorry. Jom sambung sedih," seloroh Lisa.
Lantas, mereka berdua ketawa.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Sejadah ditenung lama. Awal Alisha bangun demi mendirikan solat istikharah. Dia amat memerlukan pertolongan Dia sekarang ini. Tangan ditadah ke langit..
"Ya rabb, dengan rendah hati aku minta Engkau berikanlah aku petunjuk. Jikalau benar dia bukan jawapan dalam setiap doaku. Engkau lenyapkan namanya dalam hati ini."
Tap! Air mata Alisha menitis.
"Jujur hati aku sangat rapuh. Aku berserah kepada Mu, ya rabb."
Alisha tersungkur dalam esakan. Di atas sejadah dia mendakap diri. Memberi kekuatan untuk diri sendiri.
Terimbas kembali kenangan dia dan Zafran, sungguh indah. Biarlah dia imbas sebelum dia melupakan semua kenangan itu.
Di saat kesunyian, Zafran hadir mengisi kehidupannya. Di saat sedih, Zafran datang menghiburkan dirinya.
Dulu dia tiada sesiapa, hanya ada ibu dan Zafran saja. Ayah sudah menghadap pencipta. Kalau ayah hidup pasti dia akan dimarahi kerana terlalu percaya pada lelaki.
Namun semua itu hanya tinggal kenangan.
Terhapus semua janji setia yang ditaburkan. Runtuh segala impian. Perit untuk dia hadapi tetapi itu adalah kenyataan yang harus diterima.Kini awak sudah mati dalam kamus hidup saya. Terima kasih atas segala kenangan. Selamat tinggal Zafran Mikhail. Kisah kita sudah berakhir.
Di sepertiga malam dan bersaksikan sejadah di mana tumpahnya air mata. Aku kuburkan cinta yang aku agungkan buat selamanya. Dengan izinNya aku relakan cinta ini pergi.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomanceZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023