24 | Aku, Mark dan Mawar

370 11 3
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut

•••

"Hahaha, Akak!!! Macam mana boleh jadi macam ni?" Mawar ketawa berdekah. Kali ini Mawar bukan menangis kerana sedih, tapi kerana terlalu kelakar melihat kain batik yang aku pakai sendiri tadi.

Aku turunkan pandangan pada baju dan kain batik di tubuhku. Bibirku diketap kerana ingin turut ketawa bercampur sekali dengan perasaan malu.

Salah kut cara aku pakai kain batik ni sampai Mawar betul-betul geli hati?

"Ni, baju pula tight in, kain siap lipat macam ni lagi. Kembung betul! Dah macam Mak Pandir dah Mawar tengok. Hahaha!!!" Mawar tak berhenti-henti mengetawakan aku.

Aku sengih menyenget, lalu ketawaku juga tersembur. "Hahaha!!! Mawar!"

Mak Pandir? Siapa pula Mak Pandir ni? Makcik Mawar ke? Ada ke dia samakan aku dengan entah Makcik siapa-siapa pula ni. Aku juga turut ketawa bersamanya.

"Hahahaha!!!" Mawar menekan-nekan perutnya menahan sakit mengetawakan aku tak ingat dunia. "Ok, dah-dah." Air matanya dikesat. "Meh, Mawar ajarkan Akak cara pakai kain batik yang betul." Mawar membetulkan kedudukan duduknya dengan duduk bersila menghadap aku.

"Aduh, teruk sangat ni lipatannya. Tak boleh macam ni." Sengih Mawar bagaikan menahan ketawa daripada terkeluar lagi.

"Jom kita berdiri. Biar Mawar tunjukkan." Lalu aku pun turutkan saja setiap langkah Mawar.

Kami turun dari pangkin dan berdiri menghadap antara satu sama lain. Mawar membuka kembali lipatan kain batik yang aku buat tadi dan dia ajarkan aku satu persatu cara untuk memakai kain batik dengan betul.

Aku hanya memerhatikan tangan Mawar yang lincah sambil kepalaku terangguk-angguk mendengar penjelasan daripadanya. Dah macam kelas memakai kain batik pula rasa.

Selepas puas membetulkan lipatan kain batik aku, kami duduk melabuhkan punggung kembali di atas pangkin. Mawar menghela nafas lega sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang comel. Dia menoleh memandang aku di sebelah.

Aku membalas senyuman Mawar dan memberikan pandangan lega pada Mawar bila melihat emosinya sudah kembali stabil. Tak sangka, kerana kain batik, aku dapat buatkan Mawar tersenyum gembira kembali.

"Oklah Akak. Cuaca makin terik ni. Jom kita masuk. Mawar nak hidangkan lauk. Sekejap lagi mesti Ya dan Po balik untuk makan tengahari." Kata Mawar.

"Ok." Aku mengangguk. Bekas sayur yang disiang Mawar tadi dipegangnya dengan tangan kiri. Tangan kanan Mawar pula laju mencapai tanganku, lalu kami berjalan beriringan naik ke rumah.

Dah macam adik-beradik pula aku rasa.

***

Petang ini Mawar ingin mengajakku mengayuh basikal sambil pusing-pusing kampung melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Selepas itu, Mawar mahu membawa aku pergi makan ke warung kawan baiknya di hujung kampung. Katanya makanan di sana semuanya sedap-sedap sekali.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now