Kamus Siamme
Po Atuk
Ya NenekWatak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut
Hun Haqeem sebagai Abang Ammar
Nafiz Muaz sebagai Abang Ian•••
Lebih sepuluh saat bertentang mata dengan Mark, jantung aku bagai nak meletup rasanya. Renungan wajah Mark yang kacak mampu mencairkan hati mana-mana gadis sekalipun. Walaupun Mark tak senyum padaku, tapi riak wajahnya yang serius pun mampu membuatkan aku terpesona dalam debaran.
Apalah agaknya tanggapan Mark pada aku ketika ini? Adakah Mark sedang marah padaku?
"Akak!" Kemunculan Mawar menyentakkan pandangan antara aku dan Mark. Lirikan mata kami terus teralih ke arah Mawar yang sedang berdiri tegak di sebelah Mark.
Ah, lega. Lega sangat bila Mawar muncul. Aku dapat rasakan ketegangan antara aku dan Mark tadi terus terputus. Mawarlah penyelamatku!
Mawar tersengih seperti kerang busuk memandang aku dan Mark silih berganti.
"Er- ehem!" Mark bangkit dari duduk. Kopiah di kepala dibetulkan sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket baju melayunya.
Nak ke mana pula Mark ni?
"Akak dengan Abang Dhani..." Mawar menunding jari telunjuknya ke arah kami berdua bersilih ganti. Bibir Mawar masih tak lekang dengan senyuman nakalnya itu.
Aku memandang Mawar cuak. Janganlah Mawar ni fikir yang pelik-pelik pula.
"Er- Abang gerak dulu. Mawar kata nak pergi kedai makan Makcik Aini malam ni, kan?" Tanya Mark laju seakan cuba memotong percakapan Mawar supaya tidak meneruskan kata-kata usikannya.
Mawar mengangguk laju sambil tersenyum lebar.
"Ok, jumpa kat sana. Abang ada hal sikit nak kena selesaikan dulu. Kejap lagi Abang datang." Kata Mark.
"Ok!" Mawar berikan isyarat tangan tanda faham.
Mark sempat mengerling pada aku dan dia terus berlalu pergi berjalan ke arah tempat parkir untuk mendapatkan motor kapcainya.
Oh, tahu segan juga seorang Mark ni ya. Tadi pandai sangat mengusik Abang Ammar. Bila kena batang hidung sendiri, pandai pula nak menggelabah.
Aku menoleh memandang Mawar. Dia juga boleh tersengih-tersengih bila melihat gelagat Mark yang nampak sedikit tak tentu arah tadi, sama seperti aku.
Baru kena usik sikit dah nak lari? You're my heroin, Mawar! Hahaha!
Mawar menoleh laju ke arah aku setelah bayang Mark hilang sambil mengetap bibir dalam senyuman nakalnya.
Dah kenapa pula Mawar ni...?
"Ceh... ceh-ceh..." Dia datang ke arah aku dan terus duduk bersimpul. "Baru je sekejap Mawar tak ada, Akak dah dating dengan Abang Dhani ya..." Pahaku dicuit lembut oleh Mawar.
Sengaja mahu mengusik akulah tu.
Sikit pun aku tak terasa malu. Datinglah sangat. Kalaulah Mawar tahu kenyataannya dan macam mana layanan sebenar Mark padaku, pasti Mawar tak akan kata begitu.
"Ish, mana ada. Apalah yang Mawar cakapkan ni. Mawar tu, lama betul berborak dengan Makcik-makcik tu. Borakkan apa je?" Tanyaku cuba mengubah topik. Tak mahu diusik oleh Mawar lagi.
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...