Watak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Teeradon Supanpopinya sebagai King Qashah Hud•••
Aku pulang ke rumah Qashah selepas kejadian malam tadi sebab aku tak mahu Irshad mencari aku di rumah. Qashah sendiri pun tak tahu yang aku nak ke rumahnya malam ini. Aku ada call Qashah sebelum datang ke sini, tapi panggilan aku tak dijawab olehnya.
Aku sampai di hadapan rumah yang tertera A204 itu, lalu aku buka pintu rumahnya menggunakan kunci pendua yang diberikan Qashah pada aku. Sebaik sahaja aku masuk, aku nampak Qashah sudah terbaring tidur bergelempangan di atas lantai ruang tamu dengan kawan-kawan serumahnya dan mungkin ada beberapa kawan dari kolejnya juga tidur di situ.
Terlalu ramai sehinggakan aku tak boleh mengira berapa jumlah mereka semuanya dengan lampu rumah yang hanya bersuluh dari dapur sahaja, menyukarkan lagi pandangan mataku untuk melihat dengan lebih jelas. Entah apa yang mereka raikan malam tadi sehinggakan ruang tamu bersepah teruk dengan makanan ringan di merata-rata tempat dan PlayStation yang tak habis dimainkan. Dasar anak-anak nakal.
Aku malas nak ambil pusing dan aku terus masuk ke dalam bilik Qashah. Nasiblah bilik Qashah ni tak bersepah teruk seteruk di ruang tamu itu.
Letihnya. Aku letakkan beg tangan aku di atas kabinet yang terletak bersebelahan dengan katil Qashah. Aku tanggalkan dress aku yang sudah terkoyak teruk dikerjakan Irshad tadi dan campakkan ke hujung katil, kemudian aku gantikan dengan baju Qashah yang aku ambil dari almari baju miliknya. Nasib Qashah dah tidur. Kalau dia nampak aku dalam keadaan begini, mesti aku akan disoalnya bertubi-tubi.
"Besarnya." Aku ketawa sendiri. Geli hati pula tiba-tiba bila aku kenakan baju Qashah yang besar ini ke tubuhku. Memanglah besar nak dibandingkan badan sado Qashah dengan badanku yang ramping ini. Apalah kau, Qis.
Selesai menyalin baju, aku terus rebahkan badan aku ke katil dan automatik mata aku tertutup rapat perlahan-lahan kerana terlalu penat.
***
"Qis... Hey." Aku terasa pipi aku beberapa kali ditampar lembut oleh seseorang. Aku menepis tangan itu dan sesekali hidung aku pula dicuitnya.
Siapa pula yang kacau aku tidur ni... "Hmpt! Janganlah..." Aku terus-menerus menepis tangan yang menganggu lena tidurku dan tiba-tiba pipi aku pula dicubit kuat.
"Aduh!" Aku bangun bila terasa pedih pada pipi kiri aku. Aku gosok-gosok pipi sambil aku menguap kecil, dan kemudian aku kelipkan mata beberapa kali supaya figura di hadapan aku kelihatan lebih jelas. Aku nampak sesusuk tubuh sedang berdiri betul-betul di sisi katil tempat aku tidur sambil si dia bercekak pinggang memerhatikan aku yang masih mamai.
Oh, Qashah rupanya. Aku tiba-tiba lupa yang aku tidur di rumahnya malam tadi. "Hello, brother!" Aku tersenyum manja dengan mataku yang terkebil-kebil cuba mencari penglihatan yang masih belum jelas.
Qashah menggeleng kepala melihat aku tersengih-sengih. Dia duduk dan terus memusingkan kepalanya memandang pada dress yang aku campak di hujung katil semalam. Dia angkat dan tunjuk padaku. "Who did this to you?" Tanya Qashah dengan kening sebelahnya diangkat. Dia mesti tertanya-tanya kenapa dress aku boleh terkoyak teruk sampai macam tu sekali.
Aku tergamam, lalu aku bangun dari katil dan terus merampas dress itu daripada tangan Qashah. "Nothing. Er- semalam er-..." Aduh. Apa alasan yang aku boleh berikan pada Qashah? Nak menipu? Tapi nak cakap apa?
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...