17 | Dia

803 15 0
                                    

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani

Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn

•••

Aku berlari-lari anak di persisiran pantai, ketawa riang sambil sesekali aku mengerling ke arah belakang melihat dia mengejarku. Telatah dia membuatkan aku geli hati dan teruja. Aku berlari meninggalkan dia di belakang sambil ketawa suka. Ombak yang menderu dan angin yang menerpa wajah terasa tenang sekali. Bagai dibuai mimpi yang indah. Asyik dan bahagia rasanya.

Aku berhenti berlari dan berdiri memandang ke arah laut. Aku pejamkan mata, menarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan sambil aku depakan kedua tangan, menikmati buaian angin bagai membelai lembut jiwa aku yang sedang berbunga-bunga.

"Ini mimpi ke? Kenapa terlalu indah...?" Kataku sendiri sambil tersenyum.

Tiba-tiba dia datang dan memeluk tubuhku dari belakang. Tangannya kemas melilit pinggangku, dagunya dirapatkan ke bahuku dan pelukannya semakin erat sehingga nafas suamnya dapatku rasakan dekat sekali.

"I love you..." Bisiknya lembut. Suaranya yang garau dan maskulin membuatkan hatiku begitu cair mendengarnya.

Bahagianya aku rasakan saat ini. Jantungku berdetak laju kerana begitu berbunga mendengar ungkapan itu. Terasa ikhlas sekali mendengarnya.

Suasana tenang dan damai dinikmati seketika sambil kami berpelukan melihat pemandangan matahari terbit di waktu pagi yang sejuk dan berembun. Mulut kami terdiam, mataku pejamkan rapat sambil telingaku terbuai mendengar bunyi burung-burung berkicauan.

"Tenangnya..." Bisikku perlahan.

Kami berpelukan lama. Entah mengapa aku sukakan pelukan dia. Dia yang lain. Dia yang bukan seperti dia yang aku pernah kenal sebelum ini.

***

Dua minit berlalu. Entah mengapa suasana terlalu sunyi. Tiada sesiapa pun di sini melainkan kami berdua.

"Sayang..." Dia bersuara setelah lama kami berdiam diri. Aku hanya menunggu dia menyambung ayat lagi.

"Kau aku punya... Sampai bila-bila aku punya." Bisiknya perlahan.

Aku buka mata yang terpejam dari tadi. Darahku berderau seketika bila tersedar suara yang tadi berbisik padaku berubah sedikit kasar dan keras. Seolah-olah nadanya seperti menyimpan rasa sakit dan marah. Suaranya bukan suara yang sama berbisik padaku tadi. Bibirku terkaku dan aku mengeraskan sedikit tubuhku supaya dapat menjarakkan diri antara kami.

Apabila dia sedar perubahan pada gerak tubuhku, pelukannya malah lebih kuat dan erat. Perlahan-lahan aku cuba toleh ke belakang untuk melihat wajah dia, tapi tangannya agak berkeras untuk melepaskanku.

"Irshad??!!!" Jeritku terkejut. Aku tolak kedua tangannya dan berpusing badan, lalu aku berundur jauh selangkah.

"Lari daripada aku lagi?" Tanyanya serius dengan wajah tanpa perasaan.

"Ma- ma- macam mana you bo-?"

"Kenapa?!" Dia melangkah ke hadapan menuju ke arahku. Wajahnya kini berubah lebih bengis dan terus tubuhku di tolak kasar jatuh ke belakang.

Aku jatuh tersungkur basah ke dalam air. Entah mengapa air yang aku rasakan cetek di tepi persisiran pantai tadi, tiba-tiba saja sudah separas leherku seperti aku sudah berada jauh di tengah laut.

Aku panik! Irshad pula tenang sekali melihat aku lemas. Dia seolah-olah tiada rasa gementar, malah tenang berdiri bagai sedang berpijak di atas sesuatu yang rata tanpa sedikit pun terganggu dengan ombak kuat yang menghempas. Aku di hadapannya pula sedang tergapai-gapai mencari sesuatu untuk berpijak. Aku rasakan kini yang tubuhku sudah berada betul-betul di tengah laut yang dalam!

"Ugh! Gulp!" Berkali-berkali aku tersedak kerana tertelan air laut. Hidungku juga terasa perit sekali apabila termasuk air.

"Ugh! To- long!!! To- long!!! Ugrrhh- tolong!!! To-longgg!!!" Jeritku sedaya upaya dalam suara yang tenggelam timbul akibat lemas di dalam air laut yang sedang berombak kuat.

Semakin lama Irshad yang tenang itu semakin kelihatan menjauh dariku dan akhirnya bayangan Irshad hilang sepenuhnya daripada pandangan mata aku. Pendengaran aku juga semakin lama semakin hilang. Tiada lagi bunyi deruan ombak dan angin kuat.

"Gulp ugh!!!" Tercungap-cungap aku mencari nafas.

Dalam keadaan aku lemas begini pun mindaku masih lagi boleh teringatkan dia. Mana dia pergi menghilang? Kenapa dia tinggalkan aku sendiri dan Irshad pula yang memelukku tadi?

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now