Kamus Siamme
Po Atuk
Ya NenekWatak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut
Hun Haqeem sebagai Abang Ammar
Nafiz Muaz sebagai Abang Ian•••
Pin-pin! Pin...........!!!
Bunyi hon yang kuat tiba-tiba saja bergema di seluruh kawasan perkarangan surau yang sudah pun sunyi, menyelamatkan suasana tegang antara aku, Mawar dan lelaki-lelaki kampung ini.
Semua tercari-cari dari arah mana bunyi hon yang bising itu datang. Tak jauh dari tempat parkir kereta, kami nampak satu cahaya kekuningan menyuluh datang menghampiri ke tempat kami. Ianya sebuah motorsikal.
Pin-pin, pin..........!!!
Hon dibunyikan berkali-kali. Seolah-olah pemandunya sengaja melakukan bunyi bising itu untuk menarik perhatian kami semua.
Kami bertujuh terdiam tak bersuara, hanya memerhati saja pemandu motorsikal itu datang ke arah kami dari arah pintu masuk utama surau. Ianya figura seorang lelaki.
Semakin motorsikal itu dekat, semakin aku dapat melihat dengan jelas bayangan pemandunya.
Mark!
Aku dan Mawar saling berpandangan. Automatik bibir kami menguntum senyuman lebar kerana perasaan lega yang tak terkata.
Mark datang untuk kami...
Mark memberhentikan motor kapcainya betul-betul di sebelah aku dan Mawar. Tongkat motor diturunkan.
"Kau orang buat apa berkumpul kat sini? Dah lewat ni. Ceramah pun dah lama habis. Imam nak tutup pagar tu. Dah, boleh balik." Kata Mark sambil memerhatikan lelaki-lelaki ini dengan pandangan tajamnya.
"Alamak... Hero kita dah sampailah... Kacau betul. Dahlah, jom blah!" Azim membuat muka cemberut dan mengajak kawan-kawannya pergi dari situ.
"Sekejap. Tunggu. Sebelum kau orang pergi, aku nak check dulu kereta ni." Kata Mark menghalang mereka dan terus melangkah ke arah kereta aku.
Lirikan mata mereka mengekori langkah Mark, bagaikan tak puas hati.
"Apa pasal pula?" Tanya salah seorang kawan Azim.
"Manalah tahu ada yang calar atau rosak ke... Dekat sini juga aku boleh claim. Tunggu situ kalau tak nak aku report kau orang dekat AJK sebab menganggu budak-budak perempuan ni." Ugut Mark dengan tenang tanpa melihat mereka. Mark seakan-akan berlakon dengan sibuk membelek pintu luar bonet enjin keretaku.
"Alamak, jantan ni. Budget bagus pula kau ni. Tak hamaklah aku nak buat apa-apa kat kereta ni. Ha, checklah cepat. Ada ke tak ada?!" Azim berang dituduh.
"Buka pintu kereta. Check everything. Tengok kalau ada benda hilang atau tak." Arab Mark tanpa melihat langsung wajahku. Kemudian, Mark menoleh ke arah Mawar. "Mawar, tolong tengok body kereta. Ada calar tak?"
Mawar mengangguk. Aku pula hanya menurut saja. Kami melangkah ke arah kereta. Dua lelaki yang tak mahu berganjak dari kereta aku tadi automatik memberikan tindak balas bila Mawar memberikan isyarat menyuruh mereka ke tepi. Barulah mereka berganjak sedikit, memberikan ruang untuk aku dan Mawar lalu.
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...