Kamus Siamme
Po Atuk
Ya NenekWatak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut
Hun Haqeem sebagai Abang Ammar
Nafiz Muaz sebagai Abang IanMedia
Mark ketika mengikuti Qistina dan Mawar bersiar-siar menikmati pemandangan sawah padi.
Imej
Watak Abang Ian dan Abang Ammar sebagai bayangan pembaca.
•••
Aku membonceng di tempat duduk belakang basikal milik Mawar, menikmati angin petang yang indah sambil Mawar mengayuhnya dengan santai. Rambutku yang panjang mengurai berterbangan dibelai angin kuat di kawasan sawah padi yang terbentang luas.
Mula-mula terasa gayat juga bila membonceng di belakang. Tapi lama kelamaan perasaan ini menjadi sangat teruja naik basikal bersama Mawar. Pandai Mawar mengayuh basikal klasik milik Po. Sedangkan aku, basikal moden pun tak pernah aku kayuh.
"Seronoknya.....!!!" Jerit aku riang. Kedua tangan aku depakan tanda aku sungguh menikmati keindahan ciptaan tuhan di hadapan mata ini.
Mark di belakang setia mengekori kami dengan motor kapcainya. Mawar membawa aku pusing-pusing disepanjang jalan sawah padi yang berada di kampung itu. Ada kawasan yang menghijau gebu, ada juga yang matang dan hampir menunggu masa saja untuk dituai.
Kata Mawar, aku beruntung kerana datang pada waktu yang tepat ketika sawah padi ada yang masih segar menghijau.
Cantik, cantik, cantik sangat! The best scenery ever! Ahh, rasanya macam tak mahu balik je. Kenapalah kampung Mawar ini serasa begitu indah dan damai sekali untukku? Kalau boleh, aku nak tinggal di sini lebih lama.
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...