Watak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
•••
Aku kejang tersentak.
Seluruh peluh di dahi aku lap dengan belakang tapak tangan. Aku termenung sekejap memutarkan kembali kejadian tadi. Suhu penghawa dingin aku tinggikan supaya pengudaraan menjadi kurang sejuk. Kedua lengan aku gosok, cuba meredakan perasaan debar. Dadaku urut sambil mataku meliar di sekiling kereta mencari kelibat Irshad.
Mimpi?! Huh! Mimpi buruk rupanya. Aku telan air liurku yang mengering. Tekak terasa kelat dan pedih kerana haus. Ditambah dengan perasaan terkejut membuatkan hatiku sungguh berdebar-debar.
"Huh! Macam mana aku boleh tertidur?" Aku tepuk dahi dan lap seluruh mukaku yang sedang berpeluh. Jam di tangan aku pandang sekejap. 3.52 pagi?! Aku tarik nafas dan hembus berulang kali. Sesak dada bila teringatkan mimpi tadi. Macam mana aku boleh mimpi yang Irshad nak bunuh aku?
Mukaku raup dengan kedua tapak tangan. Rambut yang berserabut aku kemaskan ke belakang telinga. Aku tarik nafas sekali lagi. Dua tiga kali aku ulang tarik nafas untuk meredakan perasaan debar. Aku pejamkan mata sesaat, lalu ku buka mata sambil menarik nafas panjang.
"Nothing to worry, Qistina. He's not here. Yeah. He's not here. You're okay." Aku angguk berkali-kali, mengiyakan kata-kataku sendiri untuk menyedapkan hati.
Bila diriku kembali tenang, air liurku telan sekali lagi lalu aku perbetulkan cermin dan kedudukan dudukku dan cepat-cepat aku beredar dari situ.
Hatiku rasa tak sedap.
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...