6 | Mabuk Liar

8.4K 63 0
                                    

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn
Hafidz Roshdi sebagai Ashraf Syiran
Aiman Hakim sebagai Nik Adam
Soo Wincci sebagai Min Charleen
Amelia Henderson sebagai Amira Thripura

•••

Aku terus keluar dari kelas sebaik saja kelas Business tamat. Jam di iPhone X milik aku, aku tatap sekilas - 12:02 pm. Lunch hour! Aku dah lapar tahap gaban. Perut aku asyik berbunyi dari kelas Law lagi.

Belum sempat kaki aku melangkah ke kafe, bahu aku dicuit seseorang dari belakang.

"What?"

"For you."

Aku terkedu. Belum sempat aku bertanya lebih, perempuan itu terus berlalu pergi. Macam takut-takut sangat dengan aku. Bukan aku nak makan kau pun.

Kad yang kini sudah bertukar tangan aku pandang pelik. Siapa pulalah yang bagi kad ni? Aku malas nak fikir panjang. Kad di tangan aku simpan terus ke dalam beg tangan dan aku berlalu untuk ke kafe. Ash and the gang mesti dah lama tunggu aku kat sana.

"Hello, baby." Sapa Adam sebaik saja aku sampai di tempat mereka lepak.

"Hye handsome. Where's Ash?" Mata aku melilau mencari susuk tubuh itu sebelum aku labuhkan punggung duduk di sebelah Adam.

"Dia... err- ada hal sikit." Jawab Adam lambat-lambat. Dia tersengih nakal sambil memandang ke arah tandas di kafe. Amira turut tersengih sama. Mesti ada sesuatu ni.

"Okay, fine." Aku malas nak fikir. Air Adam aku capai dan aku hirup sedikit. Raspberry Caramel Macchiato, one of my favourites drink here. Sweet!

Aku pandang Charleen pelik. Aku rasa dia agak lain hari ni. Wajahnya kelihatan sunggul dan kurang senang duduk. Asyik diam je dari tadi.

"Are you okay, Leen? Anything wrong?" Tanya aku risau. Dia tak pernah diam macam ni sekali.

"Err- yes.. I'm okay. Just little bit tired. I'm fine." Dia tersenyum nipis. Jelas senyuman dia nampak kepura-puraan di situ. I know something is not right here.

Aku membalas senyum. Apa lagi yang boleh aku katakan kalau dia sendiri kata yang dia ok saja.

"Sorry, Qis. I'm late." Ash tiba-tiba muncul di tepi aku dengan baju dan rambutnya yang sedikit tak terurus.

My expectation was right. Aku angkat kening sebelah dan meniliti dari atas hingga bawah tubuhnya sehinggalah dia melabuhkan punggung di sebelah aku. "Iya pun tutuplah dulu zip seluar you tu. Tak elok orang tengok." Tegur aku tanpa melihat wajahnya sambil air Adam aku sambung hirup.

Dia terkedu dan cepat-cepat betulkan zip seluarnya yang terbuka luas. Adam dan Amira mengekek ketawa melihat Ash kelam kabut begitu. Aku pula tersengih saja. Malas nak cakap lebih.

"Kau ni pun Ash. Agak-agaklah. Siang-siang pun jadi." Adam masih ketawa tak berhenti. Ini kali pertama dia melihat Ash serabut macam tu sekali selepas 'projek'.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now