26 | Syahdu

308 10 1
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut
Hun Haqeem sebagai Abang Ammar
Nafiz Muaz sebagai Abang Ian

•••

Aku mengajak Mawar untuk pergi ke surau menaiki Baby memandangkan Mawar ada beritahu jarak surau agak jauh sedikit di hujung kampung. Jadi aku rasa kesian jika Mawar terpaksa mengayuh basikalnya sambil membonceng aku ke sana. Boleh tahan lenguh juga kaki dia nanti. Aku tak mahu menyusahkan Mawar. Jadi aku terus tawarkan saja untuk pergi ke sana menaiki keretaku.

Reaksi Mawar sangat-sangat gembira. Katanya, ini pertama kali dia menaiki kereta mewah seperti ini. Mawar begitu teruja sekali sehinggakan mulutnya tak habis-habis memuji kecantikan dan keindahan keretaku.

Aku hanya tersenyum-senyum kerana terhibur melihat Mawar berceloteh. Mawar sungguh comel dengan telatahnya itu.

Sesampai saja kami di surau, Mawar menyuruh aku memarkir kereta di bawah bumbung yang sememangnya dikhaskan untuk para pengunjung meletakkan kenderaan mereka di situ.

Boleh tahan besar juga surau kampung Mawar ini. Bisik hatiku.

Surau kampung ini kelihatan sungguh cantik. Dari jauh lagi aku sudah pun nampak cahaya yang terpancar dari surau ini, terang dan bersinar-sinar membuatkan aku sangat terpukau. Reka bentuk, corak geometri islamik serta warna yang digunakan semua berasaskan putih dan kelihatan sangat bersih.

Betul ke ni surau kampung Mawar? Entah-entah aku termasuk ke alam bunian mana entah ni. Fikirku dalam teruja bercampur musykil.

Tak sangka, kampung Mawar yang begitu klasik ini ada surau yang kelihatan begitu mewah. Yalah, bilik mandi rumah Mawar sendiri pun ada di luar rumah. Macam pelik pula ada surau yang begitu cantik seperti ini di sini.

Rasa tak sabar pula nak masuk dan melihat-lihat suasana di dalamnya. Agaknya macam manalah rupa di dalam sana ya?

"Jom, Akak. Sempat lagi ni nak solat Maghrib." Kata Mawar di sebelah tempat duduk penumpang.

Aku mematikan anganku dan mengangguk kepala. Aku buka kunci pintu dan kami pun melangkah keluar dari kereta.

Terasa sedikit janggal dengan pandangan orang kampung sebaik saja mereka mula melihat kami melangkah keluar dari perut kereta. Orang-orang di situ memberikan seribu satu pandangan bermakna yang aku sendiri tak dapat ungkapkan. Bisikan-bisikan halus mula kedengaran membuatkan aku mula rasa tak selesa.

Ada yang tak kena ke?

Aku pandang Mawar. Mawar hanya memberikan segaris senyuman dan isyarat seakan menyuruh aku membiarkan saja dan mengikut dia masuk ke dalam. Tanpa membantah, aku turutkan langkah Mawar.

Perlahan-lahan kakiku melangkah menuju ke pintu utama surau itu. Aku ikut Mawar meletakkan selipar kami di rak kasut, lalu kami melangkah menuju ke dalam.

Aku tarik nafas pendek dan hembus perlahan. Jantung aku berdegup laju. Rasa berdebar-debar tiba-tiba saja muncul. Sambil berjalan, mataku sempat mengerling keadaan sekeliling. Ternyata banyak sangat mata-mata memerhati dengan terang tanpa berselindung. Jelas sekali mereka memandang aku sambil berbisik-bisik sesama sendiri.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now